Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 25 Jun 2012

Surat Terbuka Untuk Cumi

RIP4CUMI...3/4-17/6/2012 (mb umo dalam 2.5-3bulan)..CUMI ke3 dalam idup Mama..

Kehadapan Cumi semoga aman disana. 

Cumi...
Mama masih ingat. Masa memula Mama amik Cumi tepi jalan hampir kena langgar..masa tu berderau darah Mama tengok Cumi tergolek. Mama xleh buat pe sbb Mama jauh. Nasib ada wanita India memberhentikan motonya dan mengambil Cumi. Masa dia melintasi Mama, Mama terus meminta dia masukkan Cumi ke dalam kereta Mama. Nama Cumi pun Farihin yang bagi sebab masih rindukan sikecik Cumi Dalam Kenangan. Tp skrg betol2 Cumi kena..mungkin ajal Cumi dah sampai. Mama redha...

Cumi..
Peristiwa berlaku di malam hari. Lepas Abah bawa Mama sekeluarga keluar jenjalan. Kira2 jam 10mlm Mama balik. Disebabkan badan Cumi gelap hitam Abah xperasan Cumi ade depan umah..sekali Abah naik, rasa terpijak sesuatu seiring dengan suara mengiau. Padahal Abah naikkan dh teramat perlahan..sebelum tu berenti kejap seblom masuk umah sebab Abah menyapa Hadcai di luar gate. Mama turun tengok Cumi dah tergolek bawah kereta. Datang Ola dan Oteh cium2 Cumi, jilat2 Cumi. Mama tersentuh. Mama angkat periksa Cumi. Rupanya Abah terlenyek kaki Cumi..patah tulang lutut..ada sedikit cecair keluar dari anus Cumi. Mama angkat Cumi dan letakkan di depan umah, Hadcai pula datang cium dan jilat2 Cumi. Oggy pula keluar datang cium Cumi. Mama rasa mereka semua memberi penghormatan terakhir untuk Cumi.

Cumi Cinta Hati Mama..
Tak sampai 5minit kena, Cumi xde dh tinggalkan kami depan Mama...xde darah2, xde pecah2...mungkin luka dalaman..mungkin perut Cumi pecah didalam. Mama lihat saat2 Cumi nazak. Mama xleh buat pe hanya mampu menggosok badan Cumi yang xbermaya. Mama cium kepala Cumi. Mama usap dengan penuh kasih sayang Mama.
Mama RINDU sbb Cumi la satu2 yang manja ngan Mama..sll minta Mama susukan Cumi..selalu suh Mama cium Cumi..slalu duk atas riba Mama..slalu panjat badan Mama masa Mama baring..slalu suh Mama belai Cumi..Cumi suka Mama layan Cumi. Pantang Mama duduk mesti Cumi bertenggek atas riba Mama. Sekarang Cumi dah xde nak manja ngan Mama.

Cumi Sayang Mama..
Mama suka kaletah Cumi tiap kali mahu menyusu. Nampak je botol mesti cumi xsabar mahu menyusu. Cumi dah pandai pegang botol sendiri dan Mama xsempat nak rakam.

Cumi anak kucing yang tahan lasak. Mama boleh mandikan Cumi dengan air paip je. Cumi x banyak karenah..Lepas mandi Mama keringkan badan Cumi guna hairdryer, Cumi suka. Cumi x banyak meragam.

Cumi Pengarang Jantung Mama..
Walaupon Cumi agak ganjil dari anak kucing lain tapi Mama tetap sayang Cumi. Kuku Cumi xpernah masuk kedalam...selalu menjulur keluar. (mxm lam gambo). Nenek kata Cumi macam Harimau Kumbang sbb badan Cumi x mcm kucing biasa. Badan Cumi melentik. Dlu bulu Cumi panjang tapi skang dah gugo dan yang tinggal hanya bulu karpet. Xpe la..asal Cumi sihat kan...tapiiiii...Cumi skang dalam kenangan Mama..

Akhir kata..Mama dan Abah minta maaf atas apa yang terlaku. Sudah takdir Cumi dengan Mama dan Abah...Maafkan kami....

psst : Oggy, Mama akan jaga sebaiknya..kesian die dh xde kwn huhu..





Rabu, 9 Mei 2012

Pengaruh Youtube

Satu hari No terdengar anak2 duk nyanyi "ade lembu nak jage..ade lembu nak jage.." Aish, lagu pebende lak tuh? No tanye si Faris, anak No yang nombo 2 umo 11tahun tu. Katanya dalam youtube di sekolah. Siyes sebab selama ni No xpernah dengar plak lagu tu.

Ape lagi..bukak youtube haaaaaa....ambik ngko..meremang bulu roma ni hah..nak tau kenape? Anda tengok la sampai abis ye..lihat ada part yang MEMANG TAK SENONOH (isyarat tangan) dan jangan lupa selami la liriknye tuh sekali...


Inilah hidup
Ku di kampung
Hatiku murung
Ku di kongkong
Tiap hari ku, ku kata okay
Tapi dah takdir

Isteri ku control
Ku tak tahan
Asyik kena troll
Kena bahan
Badan berpeluh
Ego ku teguh
Ku takkan runtuh

And it goes like this

Hari-hari kau 
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau bangun lambat
Suka hati
Aku merempat
Kau nak maki
Aku tak tahan
Dengan kau perempuan
Gila meghoyan

Sudah lah Senah
Ku dah penat
Ku balik rumah
Ku nak rehat
Jangan kau angin
Baik kau salin
Aku nak main

And it goes like this

Hari-hari kau 
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Aku mahu
Hidupku senang
Gelang baru
Kilat gila baq hang (habaq hang)
Itulah ganjaran
Ku pasti tak tahan
Gerenti senyuman

Hai bang Samad
Kau dengar sini
Kau nak p*nt*t
Kau dengar cakap bini
Itulah ganjaran
Kau pasti tak tahan
Gerenti senyuman

Hari-hari kau 
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Siyes No cakap memang No marah sangat. Dup dap dup dap rasanya tahan geram. No tanya Faris camne leh tau lagu tu?..Dia cakap kawan dia yang search dan tunjuk padanya... Tengok..walopon kite duk jaga bukan main kat rumah..tapi ingat..PENGARUH KAWAN memang kuat. Ni baru sekolah rendah..esok2 tak tau la macam mane..

Ape yang nak No katakan, lagu tu memang tak sesuai untuk budak2..ape tah lagi budak yang baru nak kenal erti hidup nih. Ye, No tak nafikan rentak lagu tu memang la enjoy sakan tapi tolong la..No sebagai IBU rasa kesal sangat2.

No cakap ngan si Faris lepas ni xmo dah tengok mende2 yang tak sepatutnya kat sekolah dan xmo dengar lagi duk nyanyi lagu tuh. No tanya tau x kenape No marah? Faris geleng kepala.. mmmmm si Faris ni memang lurus budaknye..betul bendul pun ade..No memang risau2 sangat ngan Faris ni..Harap bila dia besar nanti fikiran dia cepat matang..insyALLAH...amiiiiin

***anak2 skarang lebih pandai dari kite..kite igt dorang buta IT..tapi dorang lebih CELIK rupanya..Contoh, si Nurul bagitau nak pinjam broadband sebab nak search gambar tuk siapkan brochure projek sekolahnya. Guna program Microsoft Office Publisher lagi..adeh....

Khamis, 5 April 2012

Tiramisu

Sape gila keju?? Ha, No syorkan cuba la resepi ni ye..memang sedap tp AWAS ye..yang nak diet2 tu sila jangan cuba hihi...

BAHAN
2@3 bungkus biskut Tiramisu/Sponge Finger (No gn Layer Cake perisa coklat)
250g krim keju
250g krim 'whipping'
150g gula
2sudu besar nescafe dibancuh dengan air suam
Serbuk koko untuk hiasan

gantikan ngan 'layer cake'..bahagikan 2keping
CARA
1) Mixer gula, krim keju dan krim 'whipping' hingga sebati dan tidak berketul.
2) Sendukkan adunan tersebut kedalam bekas buat lapisan pertama. 
3) Kemudian rendam biskut/layer cake kedalam bancuhan nescafe dan susun ke atas adunan pertama tadi. Jangan bertindih.
4) Tutup lapisan biskut dengan adunan kedua dan tabur serbuk koko.
5) Ulangi lagi sehingga adunan habis.
6) Sejukkan selama 8jam. Dan sedap dimakan sejuk-sejuk...peeeeeeh..

No amik dari youtube ni.....


SELAMAT MENCUBA....

Khamis, 22 Mac 2012

Aiskrim Homemade



Kali ni No nak kongsi aiskrim yg No dah buat. tapi semalam punya la. 

tabo choc-rice lagi best nih hehe
BAHAN
1tin susu sejat
1tin susu pekat manis
2tin air suam
4sudu besar ovalate (No guna 100g)
Perisa kegemaran

CARA
Mixer semua bahan kira2 15-20minit. No guna kelajuan no3. Simpan lam bekas dan bekukan.

*Klo nak buat banyak perisa, mixer semua bahan kecuali PERISA. Dah cukup masa baru asingkan mengikut perisa yang anda mahu. Kemudian tambah perisa dan simpan serta bekukan.

**Untuk hasil yang lebih gebu (mcm Wall's la lebih kurang hehe)..lepas bekukan kali pertama..amik mixer lagi kali kedua dan bekukan balik..tapi selalunya xsempat pun sbb anak2 mmg tak tahan nak makan hihihi...

Untuk 1adunan tu No dapat 2.7liter..
memang berbaloi.
 
3perisa yang No guna
Kali pertama dlu No dah buat tapi xdapat nk snap sbb masalah kamera. Dlu No letak serbuk koko dan hasilnya anda pasti puas ati. Anak2 pun tak sabar nak makan.

Khamis, 15 Mac 2012

Terlupa Tahap Kronik

No tabik la klo anda memang takde langsung sifat TERLUPA nih. No? hehehehe selalu deee.. Dan yang paling kronik masa balik CNY kat kampung. Tau apa yang No terlupa kali nih????.........

Pagi cam biasa la bersiap2 nak bertolak balik ke Kelantan. Cuma kali ni No bawa balik sekali si Cumi ni. Ala yang No cerita dalam entri Cumi Dalam Kenangan tu..sob sob RIP 4 Cumi...

Ok, dah sampai kelantan macam biasa la tugas anak2 angkat sume barang2 dalam kereta buat masuk rumah. Kemudian tima No nak mandi...jeng jeng jeng...meremang sekejap No tengok ada yang kurang...apa dia? dapat agak tak? beg pakaian No...waaaaaaaaa..cari dalam kereta, cari dalam bilik takde jugak..tanya Abang kot2 dia terlupa amik ke apa ke sebab Abang dia tukang angkut barang masukkan lam boot kereta. Katanya sume dah angkut. Tetiba...........loooo patut la tak terangkut......No p letak belakang pintu dalam bilik ni haaaaaa. Time tutup pintu memang la nampak, tapi klo dari luar masuk lam bilik memang KIRIM SALAM la jawabnye kui kui kui...

Ma pun ofer kain batik dan baju basahan. Boleh la buat pakai sekejap. Malam tu No p pasar malam la jawabnya nak beli barangan yang dalaman dan luaran. No pakai jeans Abang dan blause Ma No..Jeans + Blause??? bantai je laaaaa hahaha..

Beli punya beli yang dalaman je OK..tang slack pula xmuat..time pakai ok tapi nak duduk...alamak sendat la..pastu err errr terkoyak la pulak tang kangkang tuh..ala slack yang 10hengget selai tu..No amik 2lai. Tang baju pulak, balik cuba pakai...mmmmm dah macam barut nangka la pula..tersembol sana sini..2lai juga No beli. Nampak gaya jadi habuan si anak dara No la nanti. Kira xde la nak membazir kan..

Esoknya pagi2 Abang ajak kua p kat mall. Sana leh la kita menerai kan. Alhamdulillah...dapat juga pakaian yang sesuai dan padan ngan No hehehe... Abis, kira selesai 1bab..

Time balik lak kami bertolak seblom Zohor. Dalam jam 12tgh gitu la..Singgah kat masjid area Bukit Bunga, Kelantan tuk jamak Zohor+Asar. Sambung lagi pejalanan dan singgah Magrib kat area Kg Kati, Lenggong Perak.

Buka boot tengok2 beg telekung No pula xde..adeh...pk punya pk..TERTINGGAL lagi kat Bukit Bunga. Kesnya lepas solat No lepak ngan anak2 sambil main ngan Aseng dan Hadcai...(cite dorang dalam entri Ahli Baru). Agaknya masa angkat punggung tuh No melenggang mak inang je masuk kerete huhu....

Nasib baik la No ada sepasang lagi telekung. Kira xde la masalah sangat.

Anda pernah ke dapat NASIB macam No ni???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~