Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 14 Julai 2010

SAYANGI Ibu, Bapa, Mentua Sama Rata

Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

JIKA Allah menurunkan hidayah , segeralah bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita pernah menderhaka kepada mereka?

Maka Ziarahilah pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya . Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka . Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa . Walaupun ibu bapa sudah meninggal , minta maaf berkali - kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa . Allah Maha Pengampun dan luas rahmat - Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat , kemudian baru hendak bertaubat . Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima .

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari . Contohnya , tayar kereta pecah , jangan lihat dengan mata kasar , tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini .

Pertama , bagaimana hubungan kita dengan Allah ? Jika semuanya baik , turun ke peringkat kedua , bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa ? Pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar . Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita . Lazimnya dalam hubungan ini , ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak . Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam , kalau berlaku pertembungan , Rasulullah meminta ibu didahulukan . Tiga kali ibu memanggil , barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun , sebaik - baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua- duanya tidak berkecil hati . Begitu juga dengan nenek, walaupun kata- katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka . Sebenarnya , golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita . Walaupun Allah tidak mengambil kira kata- kata mereka , kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua .

Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri . Jika mereka berkecil hati , samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita . Kita sayang anaknya , jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya ? Saya tahu , ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya . Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung .

Kewajipan anak lelaki , pertama kepada Allah , kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua . Kelima barulah isteri . Jadi , isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar . Sebaliknya , anak perempuan , yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami . Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah ialah ibu bapanya . Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu .

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail . Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah . Isterinya pun tidak mengenali mentuanya . Menantunya berkasar , menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang , Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu , meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru . Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah , isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar , itu adalah bapanya . Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak , lalu diceraikan . Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu . Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda . Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang , baginda berpesan lagi , dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain .

Tiada ulasan: