Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 18 November 2010

ANAK Sering Diusap, Dibelai Dan Disentuh...

nurul husna semasa 8bulan

Sentuhan adalah 'bahasa sayang'.
  1. Anak kecil belum mempunyai bahasa tamadun.
  2. Ia bergantung kepada 'bahasa perasaan' atau 'bahasa emosi'.
  3. Sentuhan adalah 'bahasa mesra' kerana indera sentuhan telah berfungsi semasa di dalam rahim ibunya lagi.
  4. Semasa di dalam rahim ibunya, jenis-jenis sentuhan adalah sentuhan-sentuhan yang membuat ia merasa tenteram dan selesa.
  5. Sebagai respon atau tindakbalas, otak akan mengeluarkan endorphins yang merupakan bahan kimia yang menyenangkan.
  6. Dari pengalaman mengaitkan sentuhan dengan rasa tenteram dan selesa, anak mengikhtirafkan sentuhan sebagai sesuatu yang baik, mesra dan membuat dia rasa disayangi.
  7. Ibu dan ayah yang sering mengusap, membelai dan menyentuh bayi akan membina ikatan mesra (bonding) dengan bayi.
  8. Yang amat penting, bayi turut akan merasa ikatan mesra dengan ibu dan ayahnya.
  9. Sentuhan juga akan meningkatkan taraf kesihatan fizikal dan emosi anak.
  10. Ia diutamakan kerana kaedahnya amat mudah dan mempunyai keberkesanan yang amat besar.
Kaedah-kaedah yang perlu diamalkan.
  1. Semasa hamil, ibu mengusap bayi dengan mengusap perutnya. (kadangkala ayah, kakak atau abang turut mengusap.)
  2. Sejurus selepas anak dilahirkan (jika boleh sebelum tali pusatnya dipotong), ibu letakkan bayi ke atas dadanya dan mengusapnya.(ibu harus juga memberi puting teteknya supaya bayi akan lakukan hisapan dengan menggunakan daya refleks hisapan.)
  3. Dekatkan bayi itu bersama ibunya sebanyak kali dan secepat mungkin selepas dilahirkan.
  4. Ibu sering memeluk, mengusap dan membelai bayi terutama;
    • semasa disusukan
    • semasa hendak ditidurkan
    • semasa bayi sedang tidur
    • semasa bayi dimandikan
    • selepas mandi
    • bila-bila masa yang boleh
  5. Tapak kaki anak dirangsangkan untuk meningkatkan pembangunan refleks babinski.
  6. Ibu perlu perihatin tentang bahagian-bahagian badan (atau masa-masa) yang bayi itu tidak suka disentuh.
  7. Minyak tulin dengan bauan boleh digunakan asalkan bayi tidak mengalami alahan atau kegelisahan.
  8. Semasa mengusap, banyakkan berzikir, bersyair, berbual atau mendengarkan suara merdu.

Tiada ulasan: