Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 26 November 2010

Diaphragm

tq en.google

Diaphragm
Kaedah ini merupakan sejenis alat yang berbentuk seperti cawan dan mudah lentur. Alat yang diperbuat daripada getah ini mampu menutup pangkal rahim bagi menghalang kemasukkan sperma dan membunuh sebelum ia sempat bersenyawa dengan telur.

Namun, anda digalakkan menggunakan bersama spermisid bagi meningkatkan keberkesanannya. Gabungan kedua-dua alat ini mampu membunuh atau menghalang pergerakkan sperma. Dengan menggunakan alat yang betul dan konsisiten, keberkesanan diaphragm mampu mencapai sehingga 91%.

Alat ini boleh bertahan dalam jangkamasa yang panjang sekiranya digunakan dengan cermat. Biasanya, anda moleh mengulang pakai alat ini sehingga 2tahun. Dalam pada itu, anda juga perlu membiarkan diaphragm terus kekal berada dalam alat sulit anda dalam tempoh 6-8jam selepas mengadakan hubungan seks. Antara lain, anda juga perlu memakai alat ini setiap kali bercadang untuk bersama.

Kesan sampingan
Mungkin dalam sesetengah kes, penggunaan alat ini boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksik. Ada juga sesetengah wanita yang mungkin mengalami alahan terhadap lateks atau getah selain daripada bengkak ataupun radang servik.

INFO
Setiap kali selepas menggunakan diaphragm, anda perlu mencucinya menggunakan air panas yang dicampurkan bersama sabun lembut. Anda juga perlu membuat pemeriksaan sekiranya ada keretakan ataupun koyakan pada giaphragm. Jika ini berlaku, gantikan dengan yang baru.

sumber :
Majalah PA&MA 69
Jun 2006

Tiada ulasan: