Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 25 November 2010

Implan

tq en google

Implan
Ia adalah sejenis hormon sintetik yang terkandung di dalam tiub kecil yang mengandungi hormon pregesteron. Hormon sintetik ini sama seperti hormon yang dihasilkan oleh badan wanita. Alat ini terdapat dalam pelgabai jenis mengikut kesesuaian tubuh wanita yang mahu menggunakannya. Sehubungan itu, kapsul hormon perlu diselitkan dibawah bahagian lengan anda. Dengan yang demikian, anda perlu menjalani prosedur suntikan bagi membolehkan kapsul tersebut berada dibahagian yang terlibat. Selepas disuntik, ia secara perlahan membebaskan sejumlah kecil hormon untuk mengelakkan pengeluaran telur daripada ovari. Hormon ini juga mampu mengubah lapisan rahim dan lendir serviks. Jadi, tanpa adanya telur maka tidak berlakulah kehamilan. Keberkesannya ialah sehingga 99%. Alat ini mampu bertahan sehingga 3-5tahun atau sehingga ia dikeluarkan (bergantung kepada jenis implan digunakan). Ia memberi perlindungan untuk tempoh 24jam. Menariknya, ia turut membantu anda melindungi daripada kanser rahim.

Anda boleh memakai implan sebaik sahaja melahirkan anak dan selamat untuk anda menyusukan bayi kerana alat ini tidak mengganggu peranan hormon prolaktin. Berbanding penggunaan IUD, alat ini sama sekali tidak mengganggu keselesaan sewaktu bersama dengan pasangan.

Perlu diketahui bahawa wanita yang mengidap penyakit hati, kanser payu dara, pendarahan saluran rahim dan darah beku dalam pembuluh darah, miningioma (sejenis kanser otak) tidak boleh memilih untuk menggunakan kaedah ini. Ia juga tidak sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah tekanan darah dan kolestrol tinggi, haid tidak tetap ataupun sedikit dan sakit kepala.

Kesan sampingan
Haid tidak tetap ataupun terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang berminat dengan hubungan seks, perubahan berat badan dan sakit kepala. Dalam pada itu, anda boleh mengetahui kemungkinan mengalami kesan sampingan penggunaan imlpanon dengan mengambil pil perancang kehamilan progestin sahaja sebelum menyuntik implan.

INFO
Terdapat pelbagai jenis dadah (rifampin dan kebanyakan dadah anti epilepsi) boleh mengurangkan keberkesanan implan.

sumber:
Majalah PA&MA 68
Mei 2006

Tiada ulasan: