Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 25 November 2010

Intrauterine Device (IUD)

tq en google

IUD
Kaedah ini paling digemari oleh kebayakkan wanita di dunia dalam usaha merancang kehamilan. Alat ini terdapat dalam bentuk T yang bersaiz kecil dan mempunya tali dihujungnya. IUD dimasukkan ke dalam rahim bagi mencegah si pemakai daripada mengandung dan mengganggu sperma.

Dalam pada itu, IUD terdapat dalam 2jenis : progestrone impregnated IUD (Progestasert) dan copper T-shaped UID (Paraguard). Keberkesanan penggunaan Progestasert dianggarkan 99% manakala Paraguard pula ialah sehingga 97%. Ia selamat digunakan dalam tempoh 3-5tahun.

Antara kebaikan yang bakal diperolehi oleh wanita yang menggunakan kaedah IUD ialah alat ini tidak menuntut perhatian yang lebih melainkan anda hanya melakukan pemeriksaan bulanan. Ini perlu dilakukan untuk membolehkan doktor memeriksa alat tersebut. Antara lain, sistem reproaktif tidak akan terganggu melainkan alat ini dkeluarkan. Menariknya kaedah ini tidak akan mengganggu hormon prolaktif bagi membolehkan anda menyusukan bayi tanpa perlu gusar dengan masalah kekeringan susu.

Dalam pada itu anda perlu tahu, penggunaan alat ini turut ada keburukannya. Ia sama sekali tidak melindungi si pemakai daripada jangkitan STD (sex transmitted diseases). Alat ini juga tidak boleh digunakan oleh wanita yang belum pernah melahirkan anak, bercadang mahu menambah bilangan anak, alah kepada bahan yang diperbuat daripada tembaga (jika memilih untuk menggunakan Paraguard), menggunakan injap jantung tiruan ataupun mempunyai sejarah penyakit radang pelvik (PID).

Kesan sampingan
Kekejangan, sakit belakang selain daripada haid yang banyak. Perlu diketahui, alat ini boleh meningkatkan masalah kemandulan. Anda perlu melakukan pemeriksaan ke atas tali dalam tempoh tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh doktor. Malah tali berkenaan juga kemungkinan 'terkeluar' dengan sendirinya tanpa disedari si pemakai.

INFO
Anda perlu segera menghubungi doktor jika anda mengalami masalah berikut: ~Tali IUD tidak berada dalam posisi asalnya,
~Haid lambat dan terlalu sedikit.
~Hujung IUD dapat dirasai d selvik.
~Kekejangan yang teruk dan/atau sakit perut.
~Kesakitan atau berlaku pendarahan sewaktu mengadakan hubungan seksual,
~Demam tanpa diketahui sebabnya.
~Keputihan yang berbau busuk.

sumber:
Majalah PA&MA 68
Mei 2006

Tiada ulasan: