Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 25 November 2010

Kondom

cth kondom lelaki - tq en google

Kondom
Alat ini ialah sejenis sarung yang diperbuat dariapda getah lembut dan perlu di sarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghalang sperma, maka tidaklah kehamilan. Keberkesanan penggunaan kondom ialah di antara 80-90%. Namun begitu kaedah ini menjadi lebih efektif jika ia digunakan bersama spermisid. Anda tidak memerlukan preskripsi jika suami anda memilih untuk menggunakan kaedah ini. Tambahan lagi, ia telah terbukti dapat melindungi para penggunanya daripada masalah STD.

Kesan sampingan
Kebocoran ataupun air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Oleh kerana itu, para suami isteri yang mahu menggunakan kondom perlu merancang terlebih dahulu sebelum bersama. Dalam keadaan tertentu, ada segelintir wanita alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan. Antara lain, kondom hanya boleh dipakai untuk sekali penggunaan sahaja dan perlu digunakan setiap kali anda mahu mengadakan hungungan intim.

INFO
Kondom yang dihasilkan daripada membran haiwan tidak dapat melindungi anda daripada HIV.

sumber :
Majalah PA&MA 68
Mei 2006

*Sekarang terdapat kondom wanita juga..sila klik disini untuk keterangan dengan lebih lanjut.*

Tiada ulasan: