KETAHUILAH DAN LINDUNGILAH
ORANG YANG TERSAYANG
APA ITU PENYAKIT KELAMIN?
- Sejenis penyakit yang disebarkan / ditransmisikan daripada seseorang kepada seseorang melalui hubungan seks.
- Terdapat lebih dari 25jenis penyakit kelamin (infeksi-infeksi transmisiseks).
- Disebabkan oleh:
- VIRUS, BAKTERIA, KLAMIDIA, FUNGUS, PARASIT
BAKTERIA:
- Sifilis
- Gonorea
- Granuloma Inguinale
- Syankroid
- Jangkitan Uretritis -Tak-Spesifik(NSU)/ dibahagian bawah saluran kencing
- Limforgranuloma venereum
- Herpes Kemaluan
- Ketuat Kemaluan
- Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit(AIDS)
- Jangkitan Kandidiasis
- Tanda-tanda dan gejala adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis penyakit kelamin dan kuman penyebab
- Tanda-tanda biasanya dapat dilihat dipermukaan atau disekeliling kawasan alat kemaluan
Antara tanda-tanda UMUM yang ditemui:
- Bisul atau ulser yang berasa sakit dan gatal pada atau sekeliling kawasan kemaluan kemungkinannya herpes atau syankroid. Bisul atau ulser yang tidak langsung berasa sakit kemungkinannya sifilis.
- Ketumbuhan berbentuk leper atau bunga kobis yang timbul diatas atau sekeliling kemaluan atau didalam tekak kemungkinannya ketuat kemaluan
- Rasa gatal dikemaluan atau mulut mungkin dijangkiti herpes atau penyakit kelamin yang lain. Kaum wanita khususnya, mungkin dijangkiti vaginitis.
- Sensasi panas-hangat (burning sensation) ketika kencing mungkin gonorea, klamidia atau vaginitis. Ia mungkin juga setakat jangkitan pundi kencing sahaja.
BAGAIMANA DI JANGKITI
Penyakit Kelamin ditransmisi secara seksual melalui:
Seks
Penyakit Kelamin ditransmisi secara seksual melalui:
Seks
- Penerimaan atau kemasukan secara seksual samada melalui vagina, dubur, mulut (oral seks, bibir, lidah).
Sentuhan kulit
- Sentuhan atau kontek kulit ke kulit yang rapat dengan bahagian dijangkiti(biasanya alat kelamin) melalu itangan, dildo
Autoinokulasi
- Dari bahagian badan yang dijangkiti ke bahagian badan sendiri yang lain melalui kontek.
- Dari ibu hamil yang dijangkiti kepada bayi mereka
RAMAI YANG TIDAK MENYEDARI
BAHAWA
DIA TELAH DI JANGKITI PENYAKIT KELAMIN DAN TIDAK MENDAPATKAN
RAWATAN
JIKA TIDAK DIRAWAT, PENYAKIT INI:
- Akan merebak
- Menyebabkan komplikasi
- Boleh menjangkiti orang lain yang mempunyai hubungan seks dengan pesakit tersebut
Penyebab:
- Bakteria (Nisseria gonorrhoeae)
- 2 -5 hari; kadang kala 1 -10 hari
- Hujung zakar, dubur, vagina, tekak, mata
Rawatan:
- Antibiotik, dapatdiubati
Lelaki:
- Nanah yang keluar dari alat kelamin
- Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil, hujung zakar - kemerahan
- Kerap hendak membuang air kecil
- Kemungkinan berdarah bila kencing
- Bengkak, sakit kelenjar pada kelangkang
Wanita:
- Biasanya tiada gejala
- Kemerahan pada serviks
- Discaj dari vagina
- Sakit pada kawasan pelvik
- Kerap hendak membuang air kecil
- Sakit bila membuang air kecil
- Tekak, mata, dubur, dll
- Rasa sakit
- Rasa gatal
- Bisul/ kudis/ ulser/ luka
- Kemerahan
- Discaj
- Jika pada dubur: kesukaran membuang air besar
- Jika pada tekak: kesukaran menelan makanan
Ingat:
- Pada wanita: Tanda dan gejala boleh hilang tanpa dirawat TETAPI bakteria masih berada dalam tubuh badan.
- 5% lelaki dan 80% wanita tidak akan menunjukkan apa-apa tanda dan gejala
- Kemandulan, dimana kuman gonorea akan merosakkan organ peranakan seseorang wanita itu.
- Boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran.
- Kebutaan pada bayi jika dijangkiti.
- Fistula (saluranterbuka) pada zakar

Penyebab:
~Bakteria (Treponemapallidum)
Jangka masa pengeraman;
~Biasanya 10-90hari selepas terdedah kepada bakteria ini.
Peringkat penyakit Sifilis:
- Pertama
- Kedua
- Ketigaawal
- Ketiga akhir
~Secara transmisi seksual
~Dari ibu yang dijangkiti kepada bayinya
Tempatjangkitan:
~Berdasarkanperingkat
Rawatan:
~Antibiotik(Penicillinatautetracycline)
SIFILIS PERINGKAT PERTAMA
- Tanda dan gejala awal angkitan ialah 10-90hari selepas terdedah.
- Terdapat kudis atau ulser (kawasan kontek) samada alat kelamin, bibir atau lidah (seksmulut).
- Kudis/ Ulser ini:
- TIDAK SAKIT
- Bentuk bulatan pinggiran yang jelas kelihatan dari 1 hingga 5 minggu
- Pesakit tidak akan merasa sakit.
- Tanda dan gejala boleh hilang tanpa rawatan.
- Boleh menjangkiti orang lain melalui seks.
- Ruam pada seluruh badan tetapi TIDAK GATAL.
- Tompok-tompok putih dalam mulut.
- Keguguran rambut yang teruk.
- Bengkak kelenjar limfa.
- Keletihan, demam, tekak berkudis atau ulser, pening, suara parau atau serak, hilang selera makan.
- Tanda dan gejala boleh hilang tanpa rawatan.
- Boleh menjangkiti orang lain melalui hubungan seks.
- Jika tidak dirawat boleh menyebab keperingkat ketiga.
- Biasanya tiada tanda dan gejala, hanya boleh dikesan melalui ujian darah, boleh hanya kelihatan sehingga 3tahun setelah kali pertama dijangkiti.
- Tanda dan gejala bagi PERINGKAT AKHIR akan timbul 3-25tahun selepas kali pertama dijangkiti
Tanda dan gejala:
- Selalu rasa letih, tidak bertenaga.
- Lumpuh anggota badan.
- Kebutaan.
- Tisu otak boleh mengecil/mengecut.
- Sakit jantung.
- Pembentukan tulang tidak normal.
- Menyebabkan kematian.
Sekiranya seseorang ibu mengandung mengalami jangkitan sifilis peringkat ini, anak yang dikandungnya boleh mati atau cacat apabila dilahirkan kelak(congenital malformation).Kecacatan termasuk:
- Pertumbuhan gigi yang tidak teratur(Hutchinson).
- Pertumbuhan tulang tidak normal.
- Kurang pendengaran atau pekak.
- Kerosakan pada mata boleh menyebabkan buta.
Penyebab:
- Bakteria(Haemophilusducreyi)
JangkamasaPengeraman:
- 12 jam hinggake5 hari
Cara jangkitan:
- Perhubungan seksual.
- Sentuhan / kontek kulit ke kulit secara intim.
- Autoinokulasi.
Tempat jangkitan:
- Mulut, tekak, bibir, lidah, dubur, vagina, zakar
Rawatan:
- Antibiotik
Syanker atau ulser yang lekas berasa SAKIT apabila disentuh.
Kelenjarbengkakdanterasasakitpadatempatdijangkiti
Komplikasi:
Komplikasi:
Peringkat pembawa jangkitan.
Fistula (saluran terbuka) pada zakar, bila membuang air kecil, air kencing akan mengalir melalui kedua-dua pembukaan.
- Chlamydia trachomatis(parasit kecilyang mendiami dalam sel yang dijangkiti olehnya)
- 5hari hingga ke 4minggu
- Perhubungan seksual.
- Sentuhan/ kontek kulit secara intim.
- Dari ibu mengandung yang dijangkiti kepada bayinya
- Mata, uretra, pelvis
- Mudah dirawat dengan antibiotik:
- jangkitan boleh hilang selepas rawatan kecuali dijangkiti semula; tetapi sekiranya tidak dirawat, jangkitan boleh kekal berbulan hingga bertahun
- Kemandulan dan kehamilan yang kompleks/rumit bagi wanita; mudah sakit pada mata yang kekal akibat daripada parut
- Keluar cecair bewarna kekuningan dan putih dari uretra (alat kemaluan).
- Terasa sakit, kemerahan dan pedih pada uretra ketika membuang air kecil.
- Mata merah, pedih, sakit dan membengkak.
Penyebab:
- Virus (Herpes simplex)
Jangka masa pengeraman: 5 -14 hari
Cara jangkitan:Mudahmenjangkitimelalui:-
- Perhubungan seksual.
- Sentuhan/kontek kulit secara intim.
- Autoinokulasi
- Dari ibu mengandung yang dijangkiti kepada bayinya.
Rawatan:
- Jangkitan HERPES ADALAH SEUMUR HIDUP; boleh dirawat tetapi tidak akan pulih.
- Tumbuh blister/repuh/ruam yang sakit, gatal, kemerahan dan bengkak pada kemaluan (perineum, dubur, zakar, vagina), juga mata.
- Sendi-sendi bengkak dan sakit.
- Boleh berlaku beberapa kali setahun;
- dikaitkan dengan tekanan perasaan, penyakit, makanan tertentu(kacang, kopi, alkohol).
- Repuh/ruam boleh kelihatan sehingga 3 minggu, sembuh dengan parut merah, kemudian virus masih berada dalam tubuh badan dan boleh berbalik semula.
- Demam, bengkak kelenjar, pening (akibat meningitis), sakit belakang, gangguan tidur bila reaksi terhadap herpes adalah teruk.
- Jika pertahanan badan lemah, repuh boleh tumbuh diseluruh badan sehingga berbulan-bulan.
- Kesakitan menghalang perhubungan seksual.
- Pesakit wanita yang hamil akan menjangkiti bayinya. Semasa kelahiran, ia akan menjangkiti sistem saraf bayi;
- seringkali menyebabkan kematian awal. Oleh demikian, ibu yang dijangkiti adalah dinasihati bersalin dengan kaedah irisan Caesarean.
- Jika repuh/ruamtumbuh pada serviks, kandungan boleh mati.
- Risiko tinggi bagi wanita dijangkiti mendapat kanser serviks.
Penyebab:
- Virus (Human Papillomavirus)
Jangka masa pengeraman:
- 6 ke 8 minggu; kadang kala sehingga 1 tahun.
- Perhubungan seksual.
- Kontek kulit secara intim; mengusap, membelai, bercumbu.
- Dari ibu mengandung yang dijangkiti kepada bayinya.
- Mulut, tekak, kemaluan, perineum
Rawatan:
- Dibakar dengan laser.
- Dibekukan dengan cecair nitrogen.
- Dirawat dengan asid trikloroasetik, podofillin, atauflourourasil.
Tanda dan gejala:
- Biasanya lembut, berbentuk seperti bunga kobis, keras dan licin disekeliling alat kemaluan.
- Tumbuh dalam kumpulan atau bersendirian.
- Boleh tumbuh menjadi besar, boleh menyekat uretra, vagina, dubur, tekak.
- Ada yang sangat kecil dan tidak kelihatan, memerlukan cuka dan kanta pembesar untuk melihat.
- Kanser serviks, zakar dan dubur.
- Ibu hamil boleh menjangkiti bayi yang dikandungnya.
Penyebab:
- Virus (Human Immunodeficiency Virus)
- Tempoh purata boleh mencapai sehingga 10 tahun TETAPI atau mungkin lebih pendek.
- Wujud apabila pembawa mempunyai tanda-tanda klinikal.
- Melalui transmisi seksual dengan pembawa HIV.
- Melalui darah tercemar dengan HIV kedalam tubuh badan (contonnya melalui jarum dan picagari).
- Melalui ibu yang dijangkiti kepada bayi kandungan, semasa kelahiran dan melalui penyusuan susu ibu.
- Pemindahan darah/produk darah dan organ dijangkiti
- Virus HIV melumpuhkan sistem pertahanan badan menyebabkan pesakit mudah dijangkiti oleh pelbagai jenis kuman dan mengalami beberapa jenis barah yang jarang dijumpai.
- Tiada rawatan atau vaksin setakat ini. Semua pesakit AIDS akhirnya akan mati.
- Tanda-tanda awal yang mungkin dialami termasuklah susut berat badan secara mendadak, bengkak kelenjar, keletihan teruk, keputihan dimulut dan tenggorok, demam, kulit melepuh, batuk berpanjangan dan sesak nafas, serta cirit-birit berpanjangan.
- Tanda-tanda lain termasuklah Kandidiasis, Karposi sarkoma, kanser limfa(Lymphoma), radang paru-paru(Pneumocystis Carinipneumonia), kanser serviks, Tibi, Herpes simplex dan zoster
BAGAIMANA UNTUK MELINDUNGI DIRI ANDA DAN YANG TERSAYANG
JIKA MASIH BELUM BERKAHWIN:
JAUHILAH SEKS
JIKA SUDAH BERKAHWIN:
JIKA SUDAH BERKAHWIN:
Setia pada pasangan anda
amalkan cara hidup sihat
KETAHUI tentang penyakit tersebut untuk mengetahui risiko dan mengenal pasti tanda dan gejala
JIKA TIDAK PASTI, dapatkan khidmat nasihat, pemeriksaan, rawatan daripada pusat rawatan terdekat
BERITAHU PASANGAN
KETAHUI tentang penyakit tersebut untuk mengetahui risiko dan mengenal pasti tanda dan gejala
JIKA TIDAK PASTI, dapatkan khidmat nasihat, pemeriksaan, rawatan daripada pusat rawatan terdekat
BERITAHU PASANGAN
jikalau anda telah dijangkiti
BAGI WANITA:
BAGI WANITA:
Dapatkan pemeriksaan bagi penyakit kelamin secara sukarela sebelum atau semasa mengandung
DAPATKAN RAWATAN AWAL….
JANGAN SESEKALI melakukan rawatan sendiri kerana penyakit yang berlainan memerlukan ubat yang berbeza; dos berbeza, jarak masa pemakanan yang berlainan
RAWATAN YANG SALAH ATAU TIDAK MENCUKUPI tidak akan menyembuhkan diri anda
BERJUMPALAH DENGAN DOKTOR ANDA
DAPATKAN RAWATAN AWAL….
JANGAN SESEKALI melakukan rawatan sendiri kerana penyakit yang berlainan memerlukan ubat yang berbeza; dos berbeza, jarak masa pemakanan yang berlainan
RAWATAN YANG SALAH ATAU TIDAK MENCUKUPI tidak akan menyembuhkan diri anda
BERJUMPALAH DENGAN DOKTOR ANDA
TANPA RAWATAN AWAL ANDA MUNGKIN MENGALAMI KEADAAN YANG LEBIH SERIUS











Tiada ulasan:
Catat Ulasan