Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 3 November 2010

PETUA Penyusuan Yang Berjaya


AMALAN POSITIF
  • Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai susu ibu semasa hamil.
  • Yakin diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  • Susu bayi dalam keaadan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  • Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak berasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting.
  • Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
  • Perlu diingat bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.
AMALAN NEGATIF
  • Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti memberikan susu yang terbaik.
  • Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minumam lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4-6 bulan.
  • Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mngelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya untuk menyusukan bayi.
  • Jangan menyusu dalam keaadan terburu-buru. Masa 6minggu pertama adalah masa 'latihan' untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan masalah.
  • Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar. Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini perkara biasa.

Tiada ulasan: