Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 26 November 2010

Pil Perancang

tq en.google

Pil Perancang
Terdiri daripada 2jenis. Salah satu daripadanya ialah pil yang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh badan iaitu estrogen dan progestin (Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet dan Mercilon).

Manakala satu lagi jenis pil hanya mengandungi hormon progestin (Noriday). Pil jenis ini kurang efektif dan hanya sesuai digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif. Antara lain, ia juga sesuai kepada wanita yang alah kepada estrogen.

Kaedah merancang kehamilan menggunakan pil perancang amat efektif dan kesannya boleh berbalik iaitu kesuburan akan kembali seperti sedia kala apabila mengambilan pil dihentikan dan ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Penggunaan pil perancang dipercayai mampu mencegah barah ovari dan endometrium, anemia, senggugut, haid yang tidak teratur. Ia juga jarang sekali menimbulkan kesan sampingan. Manakala peratus kejayaan penggunaan kaedah ini boleh dikatakan sehingga 99%.

Kesan sampingan
Saluran darah mungkin tersumbat. Ia lebih ketara terhadap wanita yang merokok dan mempunyai darah jenis A, pening dan mual, sakit kepala dan migrain, muntah, cecair badan susah disingkirkan dari tubuh (fluid retention), buah dada menjadi tegang, tekanan darah naik serta anda mungkin mengalami penurunan atau pertambahan berat badan.

INFO
Anda perlu konsisten jika memilih cara ini. Untuk memastikannya berkesan, anda perlu makan pil ini pada waktu yang sama setiap hari selama 21hari. Setelah itu, anda perlu berhenti mengambil selama 7hari bagi melengkapkan kitaran 28hari. Awas! Kecuaian boleh mengakibatkan anda hamil.

sumber:
Majalah PA&MA 69
Jun 2006

Tiada ulasan: