Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 2 November 2010

Raksa Sebabkan Keracunan?....

Soalan

BOLEHKAH ibu hamil membuat tampalan atau mencabut gigi? Benarkah bahan yang digunakan untuk menampal gigi boleh mengganggu perkembangan fetus?


Bakal Ibu
Seri Kembangan, Selangor

Jawapan

Amalgam
Puan, rawatan tampalan gigi menggunakan satu bahan yang dikenali sebagai amalgam. Amalgam ini dikhuatiri membahayakan bayi kerana ia mengandungi raksa. Namun banyak kajian menunjukkan bahawa raksa dalam amalgam tadi tidak pernah menyebabkan keracunan kepada ibu atau bayi dalam kandungannya.

Di zaman ini, penampalan gigi boleh menggunakan bahan lain seperti resin. Resin ini didapati lebih selamat tetapi harganya 50 kali ganda lebih mahal dari amalgam. Jika masih musykil, sila dapatkan maklumat lanjut daripada doktor gigi puan.

Tiada ulasan: