Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 3 November 2010

RAMBUT Gugur

SALAM semua..
Harap semua sihat sejahtera dan ceria selalu ye..

No punya cerita pla, semenjak dua menjak ni rambut syik gugur le..sekali sisir penuh di sikat tu huhu..kalo syampu pla jangan cerita le..sampai air takleh kua ikut corong lubang tu huhu..

TUKAR SYAMPU? dah..No dah tukar dah..mula-mula ok la juga cz jarang yang gugur. Tapi masuk minggu ke-2 mmmmm sama la juga.

SO No pun cari la info kot-kot No leh wat panduan. Belek punya belek No jumpa satu info ni..meh kita kongsi sama-sama ek..mana la tau kot2 anda pun sama situasi ngan No gak kan huhu..

No punye lagi banyak pada gambar bawah ni huhuhuhu....

Sekadar Gambar Hiasan

Tip atasi keguguran rambut

Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas bersalin adalah perkara biasa. Ia terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita selepas bersalin.

Mungkin masalah ini tidak pernah berlaku sebelum anda melahirkan anak dan pastinya ia membuatkan ramai wanita runsing dan bimbang.

Biasanya rambut wanita lepas bersalin akan gugur ketika usia anak mula menganjak dua bulan ke atas. Wanita perlu peka menjaga kesihatan rambutnya kerana jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rambut wanita menjadi botak.

Untuk menghindari rambut kering dan gugur, beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan.

Antaranya:
  • Penjagaan
    • Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
    • Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
    • Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
    • Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/
  • Bahan yang sesuai.
    • Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.
  • Cucian.
    • Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.
  • Penggunaan krim.
    • Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.
    • Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.
  • Air suam/jus.
    • Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

Tiada ulasan: