Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 24 November 2010

Suntikan Perancang

Semoga anda semuanya dilindungi ALLAH SWT hendakNYA..
No terpanggil untuk berkongsi entri ni pada semua ya..pasal perancang..


Apa itu Suntikan
Terdapat dua jenis suntikan yang boleh anda gunakan daripada Depo-Provera dan Lunelle. Suntikan jenis Depo-Provera dapat mengelakkan pembebasan telur dari ovari dan mengubah lendir serviks di dalam lapisan rahim. Manakala Lunelle pula mengandungi dua jenis hormon (sama seperti kandungan pil perancang). Oleh itu, suntikan ini turut mempunyai kesan sampingan yang sama seperti pil perancang. Walau bagaimanapun, keberkesanan kedua-dua jenis suntikan ini ialah 99%.

Jika Depo-Provera dipilih, anda hanya perlu melakukan suntikan setiap 3bulan. Ia sangat efektif, mampu bertahan lama dan yang paling penting ia dapat mengelakkan kanser rahim. Suntikan jenis ini selamat digunakan selepas kelahiran dan sewaktu menyusukan bayi. Selain itu ia dipercayai dapat mengurangkan masalah sengugut. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan Lunelle pula, anda perlu menjalankan prosedur suntikan sebulan sekali. Ini membolehkan anda kembali subur sekiranya keputusan untuk tidak lagi menggunakannya.

Walau bagaimanapun, pengunaan suntikan tidak dapat melindungi anda daripada masalah STD. Oleh kerana peratusan keberkesanan suntikan adalah terlalu tinggi, tentu sekali ia bertindak dalam tempoh yang panjang. Jadi jika anda bercadang untuk hamil, anda perlu menunggu 6-24bulan untuk kembali subur. Dalam pada itu, ia tidak begitu digalakan untuk digunakan oleh wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kanser payu dara, abnomal mammgram, haid tidak teratur atau sedikit, tekanan darah tinggi, migrain, asma, epilepsi dan diabetes.

Kesan sampingan;
Haid yang tidak teratur, kurang bernafsu, pertambahan berat badan, sakit kepala, kehilangan mineral tulang, ruam atau kulit berbintik-bintik, sering gemuruh dan pertambahan bulu di badan. Maklumat penting yang perlu anda tahu ialah sekiranya ada tanda-tanda kesan sampingan dialami selepas menggunakan apa-apa jua jenis suntikan, ia akan kekal selagi pengaruh suntikan itu berada dalam tubuh anda.

INFO
Sekiranya anda ingin hamil dalam tempoh 1-2tahun selepas menggunakan suntikan, anda dilarang menggunakan Depo-Provera.

sumber :
majalah PA&MA 68
Mei 2006

3 ulasan:

rieyana ynn berkata...

suka baca entry2 mcm ni utk pengetahuan...;d

Norhafiza berkata...

thx sis..nnt klo kakNo sempat, kakNo sambung ngan entri len pla..

rieyana ynn berkata...

suka entry mcm ni utk sebagai pengetahuan...;d