Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 15 November 2010

TELENTANG Dan Kemudaratannya


Jika anak sering ditelentangkan, pembangunannya akan terencat.
  1. Bahagian belakang kepalanya akan menjadi leper.
  2. Hal ini mengurangkan ruang untuknya otak membesar.
  3. Anak akan mudah mengalami masalah kembung perut.
  4. Jika muntah, bahan dari muntah boleh menyebabkan bayi tercekik.
  5. Jari-jarinya lambat dibuka.
  6. Bayi tidak mudah menembungkan matanya untuk fokus jarak dekat. Masalah 'dylexia' mudah timbul.
  7. Kepalanya tidak sering di angkat jika dibandingkan dengan anak yang ditiarapkan.
  8. Mudah gemuk.
  9. Lambat bergerak, lambat menjulur dan kurang meneroka.
Kaedah-kaedah yang perlu diamalkan
  1. Tidur anak dalam posisi miring di sebelah kanan.
  2. Tiaraplah anak (masalah SIDS tidak seharusnya timbul kecuali bagi keadaan-keadaan tertentu).
  3. Anak tidak dibendung. Tiada ada dalil agama atau sains. Anak yang dibendung - terpaksa ditelentangkan!.
  4. Guna tilam yang tipis. Tilam tipis lebih selamat dan anak dapat merasa tekanan lantai.
  5. Tilam perlu disarung dengan kain cadai 'cotton' yang boleh diikat.
  6. Anak tidur tanpa menggunakan bantal kepala.
  7. Waktu jaga, letakkan anak di atas lantai dalam posisi meniarap.
  8. Boleh dukung sekali sekala. Tetapi sering lepaskan anak untuk bergerak di atas lantai.
  9. Jangan gunakan buai kain. Gunakan endoi yang boleh anak ditiarapkan.
  10. Jangan riba anak sehingga anak merasa 'terperangkap' dan tidak mahu bergerak dan meneroka.
  11. Kecuali sebab-sebab tertentu, anak tidak dipakaikan sarung tangan dan sarung kaki.
  12. Untuk memudahkan anak mula meniarap, letakkan bayi di atas dada ibu sejurus selepas bayi dilahirkan.
  13. Pastikan lantai bersih dan tidak mempunyai sesuatu yang bahaya atau yang boleh mencederakan anak.
  14. Keterangan perlu dibuat kepada datuk dan nenek agar mereka faham dan yakin tentang perkara-perkara di atas ini.
sumber:
Buku APA, MENGAPA & BAGAIMANA II
Cara Meningkatkan Intelek Anak
-Kaedah & Program NURY-

1 ulasan:

Bonda Humaira & Uzair berkata...

Assalamualaikum... artikel puan sgt bmanfaat utk sy. Bb saya berusia 3 bulan, sy sgt risau bila lehernya xmampu diangkat semasa tgnnya ditarik dlm posisi telentang. 3 anak sblm semua ok, cpt angkt kepala... tksh atas pkongsian puan..