Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 12 November 2010

ULSER Menyerang Anak

SOALAN
Anak saya berusia 2tahun 6bulan. Sebulan yang lalu dia mengalami sakit lidah dan doktor mengesahkan bahawa ia adalah masalah ulser. Doktor memberikan ubat antibiotik dan ubat sapu. Tetapi walaupun sudah habis ubat itu di gunakan, penyakit anak saya masih belum baik malah bertambah teruk. Kerana itu anak saya tida dapat makan. Akibatnya anak saya dimasukkan ke wad selama 3hari.
Doktor hospital memberikan ubat yang sama seperti doktor sebelumnya. Walaupun sudah dibenarkan keluar, lidah anak saya mash lagi sakit dan rekahan berwarna putih dan tebal masih jelas kelihatan di lidahnya. Saya bertanyakan masalah ini kepada beberapa ahli farmasi dan mereka mengatakan yang ia masalah fungal. Saya keliru dan amat bimbang. Apa sebenarnya penyakit anak saya ini? Tolongah saya doktor.

Amran Ahmad
Cheras, KL

JAWAPAN
Masalah ulser di dalam mulut adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia selalunya disebabkan oleh jangktan virus. Salah satu keadaan yang boleh menyebabkan ulser di dalam mulut adalah penyakit hand-foot-mouth yang selalunya disebabkan oleh virus coxsakie. Apabila bayi atau kanak-kanak mengalami penyakit ulser mulut, ulser ini boleh terdapat pada bibir atas dan bawah, lidah atau lelangit.
Ulser ini akan kelihatan bulat-bulat putih yag dikelilingi oleh kesan merah. Apabila pulih tanda-tanda bulat ini akan hilang terus. Jika lidah itu putih dan merekah, ini mungkin disebabkan oleh kesan tinggalan susu yang sudah dijangkiti oleh fungal (thrush). Apa yang perlu dilakukan dalam hal ini adalah lidah itu perlu dicuci dan ubat antifungus kemudiannya disapu atas lidah.

Dijawab oleh;
Dr Roliza Ibrahim,
Pakar Kanak-kanak.
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor

Tiada ulasan: