Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 21 Disember 2010

9 Kelebihan Mandi



Mandi biasanya dikaitkan dengan aktiviti membersihkan diri daripada kotoran. Tetapi tahukan anda banyak kelebihan jika kita rajin mandi? Jom kita kupas bersama..

1)Hilangkan Bau Badan
Berpeluh je dah tentu kita rimaskan. Apatah lagi bila peluh tu sendiri 'ada bau'. Tak selesa bukan. Nah! Bagi anda yang mengalami bau badan cuba2 la mandi secara teratur ya. Paling tidak pun 3x sehari. Kalo rasa 'ada bau' lagi, tiap kali nak solat tu rajin2 la menyiram ye. Sental la bagi segala kotoran tu ilang jangan duk main jirus je!

2)Redakan Ketegangan
Tak caya? Cuba time anda rasa sakit dan sengal badan tu kan, amik air sejuk atau ketulan ais dan di campurkan ngan air paip dalam anggaran sejuknya sekitar 12'C-18'C. Yang ni sesuai klo kita ada tub mandi supaya kita boleh rilek je duk berendam lam tu. Ini sebabnya, ia berupaya menyempitkan saluran darah kita dan meningkatkan paras gula dalam darah. Masa berendam tu kan, ikatan molekul dan zarah akan disusun semula dalam keadaan yang lebih teratur.

3)Segarkan Tubuh
Ooooo sudah semestinya pabila kita mandi akan segar kan. Masa mandi tu setiap percikan air pada tubuh kita akan menerbitkan ion hidrogen -ve yang sangat berguna untuk tubuh kita di mana elektron dicaj secara +ve. Ion -ve ni akan membuaktkan kita rasa tenang, menghapuskan bakteria dan meningkatkan kekebalan tubuh. Mak2 kita pun selalu suruh "pergi la mandi tu biar segar sket badan.."

4)Haluskan Kulit
Bila kita mandi secara teratur dan sudah tentu tiap kali mandi tu kita menyental kan? Dah tentula segala daki2 yang melekat akan tertanggal. Lebih2 lagi yang duk kat celak ketiak, paha, leher dan tengkuk tu. Selain tu peredaran darah pun teratur.

5)Atasi Jangkitan Kulit
Anda tau kegunaan sodium bikabonat selain kita wat kek?. Boleh jadi antiseptik tau! Caranya buh lam air mandian kita dan berendam la selama 10-20minit. InsyALLAH segala ruam dan gatal2 tu akan hilang. Ala lebih kurang macam mandi air garam gak nih..

6) Cerahkan Kulit
Nak tau camne? Kos paling murah buh susu tepung lam mandian kita tu. Klo yang hasil yang terbaik tapi kos pun 'terbaik' gak la hihi..beli la susu kambing atau susu segar dan campurla dalam air mandian anda tu ya. Berendam la paling kurang selama 10minit..lagi lama lagi la baik. TAPI sebelum tu anda kena scub dlu badan anda baru la leh masuk berendam ya. Baru la anda akan dapat hasil yang terbaik.

7)Kekalkan Kesihatan
Kajian dalam New England Jounal of Medicine, pesakit diabetes dapat mengurangkan tahap gula dalam darah sehingga 13% jika berendam di dalam air suam selama setengah jam. INGAT..ais meningkatkan paras gula tapi air suam menurunkan paras gula. Di Jepun pula, kajian mendapati golongan yang gemar berendam selama 10minit di dalam air panas, berupaya memperbaiki kesihatan jantung. Berita ini sangat baik untuk golongan lelaki.

Mandi wap juga turut berkemampuan dalam mengurangkan demam, selesema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, sakit sendi, meningkatkan metabolisma, memecahkan kolestrol baru dan lama, darah tinggi, anti penuaan dan amsalah tidur.

8)Langsingkan Tubuh
Dengan cara mandi wap (bersauna) kira2 15-30minit. Wap tu nanti akan membakar lemak2 kita sehingga 600 kalori. Peluh yang akan keluar bersamaan kita berjogging sejauh 5km. Wow! Menakjubkanlah.

9)Keluarkan Toksin
Tanpa kita sedari, kita dah banyak masukkan 'racun' lam tubuh kita. Bila dah masuk dalam susah pula nak keluarkan disebabkan tersumbat dengan lemak haiwan, minyak serta bahan kimia yang lain. Penyahtoksikan dari dalaman dengan meminum banyak air kosong dan disusuli dari luaran iaitu mandi. Anda disyorkan mandi dengan kepanasan antara 32'C-35'C antara 10-20minit. Jangan mandi lama2 plak..jadi menda lain plak nanti kang!

TAHUKAH ANDA?
Mandi air laut ketika tengahari boleh menyebabkan kekejangan. Waktu yang paling sesuai ialah ketika waktu subuh.

adaptasi :
Majalah PA&MA 87
edisi Dis '07

7 ulasan:

Sepatu Hijau berkata...

salam...


erkk....syira syira suka mandi :)

Norhafiza berkata...

=>syira:salam....hehe bagus2 ;)..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

akak dan anak seisi keluarga pun suka mandi, terutama mandi sungai.info menarik.

Norhafiza berkata...

=>CikIna : waaaaaaah..bestnye klo dapat mandi sungai..Labuan xde sungai nak mandi..pantai je..klo nak best sket p kolam renang..

mzhany berkata...

no, knape xde update hari nih...rinduuu ;)

YanaMIB berkata...

jum kita mandi!! ^_^

Norhafiza berkata...

=>hany : kebizian melanda lak..xdan update huhu
=>yanaMIB : jooooooom! hihi