Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 20 Disember 2010

BARANG Bayi Yang TIDAK Perlu Dibeli..

Hari ni No xmo mengomel..nak bagi info lak. No rasa 'terpanggil' gak nak kongsi ngan anda. Jom kita tengok senarai barangannya. Kita tengok mana yang benar2 perlu dan mana yang boleh ditangguh atau LUPAkan terus.

1)MEJA PERSALINAN
No rasa tak perlu kita duk sibuk2 beli ni. Meja ni sesuai tuk umo bawah 1tahun je. Bila anak dah besar, dah tak muat lagi meja tu. Nak tukar lampin anak?..ala gunakan je katil kita tu kan..lagi luas dan selesa serta empuk.

2)WALKER
MMMM yang No rasa perkara POKOK..Wajib ke kena beli?..No rasa xperlu kecuali si Ibu yang malas nak melayan anak. Biar la anak tu meneroka dr satu tempat ke tempat lain. Biarkan dia masuk bawah kerusi, meja. Biarkan anak tu sendiri tahu 'step by step'. Biarkan dia menjulur, mengguling, merangkak, duduk, berdiri, berjalan dan berlari dengan sendirinya. Kajian mengatakan bahawa salah satu sebab mengapa anak kencing malam adalah 'skip step' menjulur.

3)SOFT TOYS
Yang ni sebenarnya boleh tapi KALAU BOLEH jangan terlalu banyak. Cukup 2-3jenis je atau kurang. Kenapa?..sebab biasanya dia agak mahal. Lagipun fabriknya dapat memerangkap segala macam habuk. Dah tentu kita tak mahu kan?..

4)KATIL BAYI
Yang ni No rasa anggaran mesti ratus2 kan?. Kenapa nak beli? Nak asingkan bayi ke? Katil bayi ni guna hanya sekejap, bila anak dah besar, tak mahunya dia duk dalam tu! Ok..klo nak beli juga tujuan nak asingkan anak kenapa tidak terus membeli katil yang single/bujang tu. Cari la jenis ada pengadang, banyak dah terdapat dipasaran. Lagipun boleh anak kita guna sampai dorang besar kan..tak gitu?..

5)ELECTRONIC BABY MONITOR
Klo ikut kajian di ASIA, kebanyakan ibu lebih selesa tido bersama bayi/anak supaya senang bila bangun nak bagi susu. Klo yang mampu sket baru la letak anak bilik asing. TAPI percaya lah..naluri seorang ibu akan terasa bila anaknya menangis dan suara anak tu sendiri dah cukup kuat untuk kita dengar walaupun kita tido bilik asing. Lain la klo mak tu jenis tido mati huhuhuhu..

6)BOOTIES
Comel kan klo anak kita pakai. Tapi dia tak tahan lama kat kaki. 2-3kali tendang dah tercabut. Pastu klo jenis yang ketat tu..alahai kesian lak lekat bekas kat kaki anak kita.

7) PERMAINAN/ALATAN JENIS ELEKTRONIK
Semua la yang memerlukan batteri. Tak kira la batteri jenis pakai buang ke atau 'rechargeable'. Anak sorang takpe lagi..beli la setakat mana yang anak minta..klo dah 4orang cam No ni ha..pk la sendiri. Kenapa? Dah tentu la membazir..tukar batteri baru la tak pun cas balik. Klo kita guna steril botol susu bukan ke kena guna elektrik kan. Pe kata rebus je air lam puyuk..buh botol2 lam tu, bila gelegak 5minit (agak2 mati suma dh kuman2 tu) angkat la. Ha! kan dh jimat elektrik tu..tak pun jenis main rendam lam air panas tu pun ok. Kesian en suami duk bayo bil yang makin bertambah.

8)BESEN MANDI
Klo nak beli gak cari yang murah2 sebab sekejap je guna tu. Tak pun guna je besen yang sedia ada kat umah kita tu.

9)BOUNCER
Bila anak dah pandai meniarap, xmo nye dia duk lam tu..kan dah membazir kan?

10)KERUSI MAKAN
Alahai, comel kan kalo anak kita duk atas kerusi tu time p kedai makan. Klo sampai je mesti pelayan sorongkan tuk anak kita. Tapi tu kat kedai, kat rumah takyah la. No rasa lebih selamat kita suap anak sambil duk atas lantai. Lepas tu senang nak sapu balik sisa makanan. Lagipun selamat. Ye la, anda tak perasan ke time anak duk atas kosi tu..kejap bangun..kejap duduk..kejap ilang! Tengok2 duk bawah dah (terjatuh) huhuhu..

11)KELAMBU
Ha! yang mmg rugi sangat sebab tak guna mana pun!..Bayi duk dalam tu bukannya sedap pun. Panas sebenarnya sebab angin susah nak masuk sebab dia memerangkap udara. Klo rumah anda banyak nyamuk cuba pasang penghadang nyamuk (jaring nyamuk) tu pada semua tingkap. Nah! 1keluarga selamat dari nyamuk kan?..

12)BAKUL BAYI
Comel dan menarik design yang ada sekarang tapi gunanya sekejap je!..

JADI fikir la ikut kemampuan masing2 ye. No tak halang cuma NASIHAT je.. TAPI klo semua barang tu hadiah atau pemberian dari seseorang amik je la kan..takkan nak tolak rezeki lak..hehe

Farihin umo 3bulan dh muat2 lam bakul ni..
klo No nk beli xde maknenye la..
TQ kepada yang memberi (dh arwah..alfatihah)

7 ulasan:

mzhany berkata...

ok no, tq for da info...heheh berguna buat hany yg belum ada anak laigk nih, kang nanti senang kan hehhe

Norhafiza berkata...

sama2 hany..hehe..kena pk2 gak time nak membeli tu..pk bajet dan keperluan..

Aku Ibu Muda berkata...

setuju 100%..semua tu betul kakNo :) ada yg sy dah terbeli, tapi end-up tak guna pon..huhuu

azila berkata...

waaa...best info gini.w/pun zla lom ader baby lg..tp kdg2 mmg xtahu apa yg perlu beli kan utk 1st baby:)..tq

Norhafiza berkata...

=> AkuIbuMuda: same la kakNo pun..yg hadiah org ke, yg beli ke last2 duk lam stor..mana yg elok leh bagi kat sedara..

=>tima kasih zla..sharing is charing kan..sama2 la kita ye..

Liya berkata...

best info kak nor....

Norhafiza berkata...

tima kasih liya..