Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 29 Disember 2010

BOLEH Masuk Sekolah Ke Ni?..



Tadi duk lepak blog mamaEma, baca n3 pasal anak mamaEma..terlintas la plak anak No ni...hurmmmm

Muhammad Fadhlan Fahkri..minggu depan kena anta skolah tadika dah. Ermmmm..cakap pun pelat lagi..

Name Mama HO PI JA..
Adik tamo tawan ngan Tatak.. (adik xmo kawan dengan Kakak)
Adik tamo tatap ngan Abe..(adik xmo cakap dengan Abe)
Adik nak tenok tb..(adik nak tengok tv)
Tanan adik tatik..(tangan adik sakit)

Sejarah..c Faris dan c Farihin umo 2tahun setengah baru dapat cakap..nak apa2 lebih kurang macam 'gagak' la..ak ak uh uh..tunjuk sana sini..klo nak susu bunyi 'huk huk'..

Orang tua kata klo cakap cepat kaki lambat dan sebaliknya tp KEBETULAN tu kot sebab c Faris n Farihin kaki cepat, cakap mmg lambat tp c Fadhlan ni dua2 cepat dan serentak. Masa dalam kandungan nurse bagitau suh makan buah belimbing dan guava..takpun buat jus..yang kismis dan kurma tu biasala kan. Dengan izin ALLAH SWT..5-6bulan dah boleh panggil 'mma'..'bba'..lepas satu2 perkataan kua dari mulut monggelnya.

TAPI klo ikutkan c Nurul lagi la sama kes ngan Fadhlan, kaki tangan serentak tapi sebutan jelas dan terang..mmm masing2 anak, masing2 pe'el...

Faris dan Farihin bila dapat cakap je sebutan jelas dan terang tp c Fadhlan ni..janji faham suda!..ada juga yang No tak faham (Abang lagi la!)..kena ulang banyak kali baru la tahu butirnya.

Farihin umo 3tahun dah mahir ABC 123..boleh kira menurun dari 10-1. Fadhlan!???? ABC tu kenal la tp sampai tengah2 tunggang langgang hahaha..

Harap2 cikgu tak fenin2 la ya hehe..nak wat camne kesian gak Fadhlan duk rumah sorang2 (sebenarnya mama dia banyak 'projek' haha)..selalu cakap nak sekolah..time beli baju kasut, dia pun sibuk duk pilih. Yang paling penting dah pandai 'cuci' sendiri..klo tak lagi la fenin la cikgu hahaha..

Syukur juga bila mendapat berita bagi yang umo 4tahun akan di asingkan kelas lain..senang la cikgu nak pantau dan buat aktiviti..skang dalam pembinaan.

Pe2 pun..MAMA tetap SAYANGKAN kamu semua!..xmo banding bezakan..ALLAH SWT dah bagi anugerah yang tak ternilai untuk MAMA dan ABAH..insyALLAH MAMA dan ABANG akan membesarkan kamu semua dengan penuh kasih sayang hingga akhir hayat kami..insyALLAH..

3 ulasan:

mzhany berkata...

tapi bile dgr anak2 ni pelat rasa comel kan no dorg nye sebutan...tapi kekdg agak susah utk fhm. tp as ibu mesti fhm la apa yg dorg cakapkan...

azila berkata...

heheh..cutenya.xper..nanti masuk sekolah InsyaAllah bila dah jumpa kawan2 nanti, blhla dia ckptu..

Norhafiza berkata...

=>hany : ya hany..semestinya IBU jugak yang tukang translate kat BAPAK hahaha..aduyai..

=>azila : insyALLAH mudah2 zila,...kami pun harap macam tu..hihi