Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 15 Disember 2010

KHASIAT Nenas Batu..Memang Power..

Hari ni No nak kongsi pasal buah ni ..amboi amboi amboi..ye ye je duk menerjah ye..


Mula2 No beli ni tahun 2002..beli d Pantai Batu Buruk, K.Trg time karnival tu..ala, macam pesta pantai tu..tiap2 tahun ada..time tu macam2 barang dorang jual..besar ni soploh hengget je No beli..

Yang No tau pasal nenas batu ni, No terbaca lam majalah MASTIKA..terus jatuh cinta ngan artikel tu p cari la jawabnya..

Cara nak minumnya..
1) Basuh dlu buahnya..ala2 kadar je..TAPI masa mula2 beli basuh bagi ilang sume habuk2 tu..maklumlah kan time tu orang duk lalu lalang..
2) Buh lam jug dan tuangkan air panas. Betul2 panas tau..
3) Dalam 5minit buah tu akan kuncup cam lam pic tu kan.
4) Dalam masa lebih kurang 1jam, buah tu akan mendap ke bawah.
5) Angkat buah tu dan p jemo panas bawah mentari sampai dia kembang balik macam lam pic 1 tu..
6) Air tu nak minum tapis la dlu buang habuk serpihan kelopak tu..

Bila jemo buah tu xkembang2 dah, maknanya dah ilang khasiat la tu..leh la wat koleksi antik hehe..

Amalkan minum air ni insyALLAH..anda akan rasa kelainannya.

Nak tau khasiatnya?..ni No c/p tau cz dh jd arwah dh maj Mastika No tu..

ANTARA KHASIAT DAN RAHSIA NANAS/NENAS BATU MENURUT PENGALAMAN MEREKA YANG TELAH MENGAMALKANNYA

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita.

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.

4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.

5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin.

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara..

10. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.

11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.

12. Membuang toksin dalam badan.

13. Melancarkan perjalanan darah.

14. Mencantikkan bentuk badan; Sesuai ikut ketinggian dan frame masing2. Kiranya takde la gemuk sangat dan tak la kurus sangat. Ngam-ngaaammm aje..

15. Menegangkan kulit; Tak payah nak beli-beli Imedeen bagai.

No rasa ada betul gak yang No4 tu..sebab lepas No bersalinkan c Faris 2001..br dapat mengandungkan c Farihin 2006..tp tereksiden lak dapat c fadhlan kui kui kui..

Pastu cik Abang mesti siap2 memuji..paham2 je le ye..Bagi en suami yang kedinginan tu..p la hadiahkan sebiji buah ni tuk isteri ye..xde dingin2 dah lepas ni..insyALLAH

P/S
Mula2 No minum tu..1minggu lebih abis sakit segala urat saraf No..demam urat leeee...arwah mak cakap teruskan minum sebab ye duk bekki mn yang tersimpul dan terputus tu hehe..lepas abis demam tu baru la segar balik..alhamdulillah..

Aish...napela No tak terpk nak minum air ni selama  ni?...Siap duk beli yang mahal bagai tu huhu..Baik2 je ye duk simpan lam balang tu..OK..azam tahun baru nk KURUS kan..so, apa lagi sambung terus la minum ni sambil habiskan stok soya bio protin..

Jom..join No skali!..




























Tiada ulasan: