Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 24 Disember 2010

MAKARONI Bakar


Camne, Suka tak? Ni kesnya dek terliur ngan abgMat punya resepi la ni huhu..makaroni ni No buat malam tadi dan ada baki lagi tuk bekpes pagi ni..ok la kan, simpan lam peti ais nak makan just panaskan balik.

Resepi asalnya abgMat letak tuna tapi stok takde rumah No. Yang ada lebihan ikan Tongkol masak singgang jadi No amik isinya sahaja. Banyak yang No lari dari resepi asal tapi bak kata abgMat buat la ikut kreativiti kita kan hehe..Ok, ni bahan2 yang No guna..

250g makaroni
6-7kpg cheddar cheese slice
1mangkuk isi ikan Tongkol
1biji bawang besar - mayang
3ulas bawang putih - cincang
1sudu teh serbuk lada hitam
1susu besar Sos Thai (nak letak lebih pun takpe)
garam dan gula (ikut citarasa)
sedikit air

BAHAN KASTAD
5biji telur
4sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
secubit garam
(pukul semua bahan dan ketepikan)

CARA
~Makaroni direbus dengan sedikit garam. Dah lembut toskan dan ketepikan.
~Panaskan oven sekitar 175'C-180'C..ikut kemampuan oven masing2.
~Lenserkan loyang, kemudian lapiskan dengan aluminium foil dan lenserkan sekali aluminium tersebut, ketepikan.
~ Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih. Masukkan sos thai dan sedikit air kemudian masukkan isi ikan tongkol tadi. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Angkat bila dah mesra dan campurkan ke dalam kastad tadi. Kacau biar mesra baru masukkan makaroni. Gaul mesra.
~Kemudian masukkan pula kedalam loyang tadi.
~Untuk toping aturkan cheddar cheese slice tadi hingga penuh dan tekan2 sket.
~Bakar selama 30minit atau sehingga masak.

Sedap dimakan panas2 bersama sos kegemaran anda. No menggunakan sos thai dan coleslow dressing..

Cubalah! dan hasilnya...
"Mmmm sedapnya mama masak, macam dalam hotel..." puji Abang sambil menambah lagi.

Anak2 pun cakap sedap.

Terima kasih pada abgMat atas cetusan idea ni..klo nak lihat resepi sebenar sila ke tiffinbiru ya. Anda pasti teruja!

Lepas ni yang baki makaroni tu No nak tukarkan ikan Tongkol dengan sosej pla hehe..

6 ulasan:

Mama Zara berkata...

x penah lg wat makaroni guna isi ikan ni, slalu pakai daging cincang je :)

Jom Baca Entry Terkini:

Ragam Keluarga Inchik Moza - Bila kakak pakai baju melayu
Dunia Aku Ibu Muda - 8.57 am Rekod Terburuk

Norhafiza berkata...

=>mamaZara : sedaaaap! wani cuba la..ala tuna dan tongkol tu anak branak je hehe..sesekali tuka lak, syik ngan ayam or daging je kan hihi..

wokey beres...zuuuuup!

mzhany berkata...

wallaweiii no, tengok rupernyer tuh eiii....gerammm. nanti nak try la. seyes hany xpernah mkn makaroni tau....

Norhafiza berkata...

=>hany : hehehehe...cuba la hany, sedap!..macam sebenarnya kita leh wat ngan makaroni ni..paling koman goreng macam mi/bihun goreng pun sedap..

mamawana berkata...

Sedapnyer.....bak mai sepinggan.

Norhafiza berkata...

=>mamawana : boleh2..beres hihi...