Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Ahad, 19 Disember 2010

MUSUH Dalam Selimut

tq en.google

Semalam Abang terima panggilan tepon dr Ma di kampung..drp perbualan tu No dah dapat agak cuma tunggu penjelasan Abang..

"Ma citte lappy Kak (anak sedara) ilang..dalam kol11 semua orang keluar kejap beli barang..dalam kol12.30 balik rumah tengok2 nako dapo tertanggal (bekas orang cabutkan)..masuk lam bilik (ikut bekas kaki yang berlumpur) tengok2 lappy dh lesap!.."

No dengar je Abang citte..sebab Abang jenis jangan menyampuk time dia terang klo tak esok lusa la dia sambung balik hahaha..lagipun No dah agak dah siapa punya angkara cuma nak tau jalan citte je..

"Abe (Abang Sulung kpd Abang-suami) g cari suspek kat umah Mek dia kata xde..siap bawa parang lagi tu Ma citte.." huh..meremang sebentar bulu roma No..

"Mek, mano XXXX?" tanya Abe sambil menyinga
"Takdop eh umoh ning..dop au pah mano".. jawab Mek
"Jenih ni dop retti bahso ning..klu ado ning aku nok tetok dio" balas Abe dengan tak puas ati..
"Sabo deh..tak po la..nanti dio kelik ambo oyat la ko dio" jawab Mek pla..

Abang citte sebelom kua rumah tu suspek ada duk baring dalam bangsal tempat yang selalu dia lepak2. (Maknanya suspek tau rumah tu takde orang.) Tp bila balik ilang xtau p mana..Abe p cari tempat yang selalu dia menyorok xde juga..mmm macam biasa la klo tanya *kawan dia cakap mesti tak kenal padahal dah selalu tengok dorang bonceng motosikal skl.

Dah cari xjumpa, Abe pun p report polis. Tunggu punya tunggu, polis  tak datang rumah pun! mmm sabo je la..kurang2 bila dia datang boleh mengukuhkan lagi siapa 'suspek' tu. Agaknya polis pun dah malas nak layan kot!..

Menangis tak berlagu la si Kak ni sebab semua maklumat dan data dalam tu. Lappy tu dia dah tutup ngan kain tp letak atas katil macam tu je. Tahun ni tahun akhir dia d UTM.

Suspek ni sebenarnya memang mempunyai pelbagai rekod. Sebelum ni dia melarikan diri sebab ada kes pecah rumah jadi polis tengah cari dia la ni. Balik sekejap tu 'kelaparan' la tu!. Ada peluang 'ngap' je la..

Sejarah suspek
*selalu kua masuk penjara
*penangih/pengedar dadah
*pecah rumah, mencuri
*mencuri beruk dan mencuri kelapa (dia curi beruk orang pastu dia suh beruk tu naik pokok kelapa orang..)
*status duda anak berapa entah..sorang duk ngan dia dan bakal mewarisi bakat 'bapak' nampaknya..dengar citte duk 'pau' rakan di sekolah..yang lain duk ngan bekas isteri.
*bila Ma dan Ayah datang Labuan, mula la dia wat operasi cari 'barang'..sampaikan periuk hangus yg Ma duk guna rebus air pun lesap. Sink luar dapo pun ilang tinggal batang paip je.

Suspek tu pernah terserempak ngan Ma. Masa tu Ma duduk di tangga depan. Tak lama, Ma masuk lam umah nak ke bilik air..buka bilik air ( bilik air dalam bilik tido) terkunci dari dalam. Ma tanya siapa dia jawab 'ambo'..selambe je dia kua rumah. Ma cek sib bek barang xde yg ilang..Ma tak pasti dia boleh masuk daripada mana sebab pintu dapo terkunci dari dalam.

Agaknya bila la suspek ni nak serik....


PERKEMBANGAN TERBARU

~Setelah suspek diugut, akhirnya dia memberitahu bahawa lappy tu dh dijual dengan harga RM400 tp suspek tak mengaku dia yang amik/jual.
~Dia kata *kawan dia yg selalu membonceng tu yang amik. Aik! td tanya kawan tu tak kenal pun suspek.
~Suspek tu bagitau dengan siapa lappy tu dijual.
~Abe bawa bersama seorang polis untuk menuntut balik lappy Kak di rumah pembeli.

Mau tak meraungnya si Kak..assignment banyak lagi tak siap dalam tuuuu!..

Alhamdulillah syukur..akhirnya dapat balik hak kepunyaannya....9.12pm

2 ulasan:

mzhany berkata...

no,
kes lagu ni susoh gok, kene sokmo berjago la. ni jenih ni memang kene sokmo beringat, tok leh lepah pandang sikit pun, kheling mate metar, abih seme lesap.

mintak jauh sgt dari seme benda nih. ummm hrp2, anak dia dijauhkan dari jadi mcm dia no...mintak jauh sgt...ameen...

Norhafiza berkata...

betul tu hany..Ma duk dumoh pun klo duk depan, pintu dapo msti kunci..masuk dapo pintu depan mst kunci..

Kami pun doakan anak2 dia tak ikut jejak bapak dia..mudah2 diberi pedoman dan hidayah..amin