Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 17 Disember 2010

OH Sekolah Memandu..Biar Betul Kos ni?..

Kali ni No nak ngomel sket pasal Sekolah Memandu ni..

Dari apa yang No pelajari semasa mengikuti kelas ni, No rasa macam kita semua ni kene 'kencing' je..

PERTAMA
Mula2 kita WAJIB masuk bengkel kan..jadi No daftar tuk Bengkel D dengan caj RM400 selama 3jam..sebab No ada lesen motor. Dorang kata kol8 pg datang sini. Tunggu punya tunggu jam 9.30pg baru la cikgu tu datang (entah la panggil apa tp No panggil dia cikgu hihi).

Terang sikit sebanyak lam bilik tu jam 10.05pg dah siap (ikut masa yg No tulis lam note book ni la). Pastu kua p litar tunjuk dan terang sikit sebanyak pasal kete kancil dia tu n selok belok litar..dalam jam 11pg dah siap. Cikgu tu cakap boleh hal memasing, klo nk makan p kantin sana tu tp jam 12.10tghr (maknanya cikgu tu konon2 start 9.10pg huhuhu) kene masuk opeh tuk print out (cop jari). Klo ikutkan brp jam je kan kita dapat ilmu tu.. Ada kawan tanya, xde ajar camne nak buka tayar ke apa ke..cikgu tu cakap ada tp kena masuk kelas lain la..bayo lagi!..RUGI 1jam lebih

KEDUA
Hari lain pula, Jam9pg : 3jam pertama tu cikgu kita bawa tunjuk 3jalan..JalanA, JalanB, JalanC..sebab kita takdapat lesen L lagi jadi cikgu tu la yang drive. Tak sampai 1jam abis semua jalan..ala, Labuan ni bukan beso mana pun dan xdela sibuk kat jalan raya tu.. Cikgu cakap klo nak balik pun boleh..tp jam11 datang opeh tuk print out. No pun tepon la Abang suh datang amik..dekat je tu ha umah No..xsampai 5mnt Abang dh terjongol..RUGI 2jam

KETIGA
Caj untuk 8jam RM480..maknanya rm60/jam kan..yg ni No rasa tertekan sangat sebab No rasa tak cukup masa tuk No..yela No bukannya pandai bawak kette..esok nk masuk litar hr ni br la Abang bagi test kete dia huhu..nak pegang/pusing stering pun xreti, nak masuk gear pun xpandai..tak silap zaman Abang blajo dlu 16jam kan?..sekitar akhir tahun 90an..zaman skang klo rasa xmahir kena amik hari lagi dan kena caj RM50-60/jam ikut kadar cikgu tu nak la..duit lagi kan?. Cikgu tu cakap, "skang kan barang2 pun dah mahal, nak buat macam mana kan.."

Lain la klo kita dah pandai bawak kete, semua ni tuk syarat je..blajar xcukup jam pun xpe, janji pandai main mata ngan cikgu.

KEEMPAT
Apa motif sebenar Pra-Ujian ni?..No tanya dorang kata tuk melayakkan kita ke Ujian Amali dengan JPJ nanti. Pra-Ujian ni cikgu2 kita gak yang handle tp suasana cam JPJ sendiri la yang buat. Ujian ni kena caj RM120. Klo gagal ujian ni kena bayar lagi dan amik ujian sekali lagi..maknanya klo gagal, kena amik lagi dan lagi sampai la kita lulus..Dah lulus baru cikgu tu akan isi borang untuk Ujian Amali. Caj untuk Bahagian 1 (dalam litar = bukit, parking, 3penjuru) RM60 klo gagal..dan untuk Bahagian2 (jalanraya) caj lagi RM60 rasanya No xingat dah..maknanya klo gagal 2bahagian tu seratus lebih lagi kita kena bayar. Klo gagal salah satu kena caj RM60 je la.

Bagi No la kan xperlu rasanya ujian ni sebab akan membebankan kita. Bukan ke boleh cikgu nak pantau kita samada kita dah boleh amik Ujian Amali atau tak kan? Maknanya secara senyapnya..disini la duit kita akan hangus sket2..ye tak?

Bila dah lulus semua dan cikgu dah puas hati..baru dapat amik Ujian Amali yang membolehkan kita lulus tak tuk dapatkan Lesen Memandu. Yang ni kena caj RM170. Klo gagal sila tambah duit lagi la yeeee! Dan klo lulus kena bayar RM65 tuk proses lesen..

KOS No tuk ujian ni adalah RM1235 di Labuan klo lulus Ujian Amali nanti..insyALLAH..



7 ulasan:

NAZRUL AHMAD berkata...

salam,rasanya mmg mcam 2,,jenapa tak pg terus ja ke tempat jpj ,dan memandu 2,lagi murah,sebab agent xda ambik dah duit,dorang nak juga komisyen, standart lesen RM800 atau 900 ja,,,saya area kedah,,tempat lain xtaw la.heehhe..jemput la ye keblog

Misshy Innz berkata...

bukan kos kat sabah sarawak memang mahal ke ?
kita amek kete ritu , rm500++ jeh ;)

Norhafiza berkata...

=>nazrul: di Labuan kami xde pilihan..kena ikut agent gak.. masa balik kg raya aritu xsampai 1k pun, lebih kurang mcm nazrul cakap la tp xde peluang..

=> misshy Innz: antara sabah sarawak..LABUAN lagi mahal..

Mama Zara berkata...

gud luck kak no..dulu masa wani blaja, bwk keta atas jalanraya tu 3 ke 4 jam je. sebab lg kurang ambil, bleh kurang harga lg..hehe..lg pon masa tu mmg dah tau drive (siap penah drive ke melaka lagi dgn x dak lesen..haha)

mzhany berkata...

no, hany amek kt slangor, takde plak yang pra-ujian tuh. hurmmm macam pelik la disitu...pas cikgu ajar, dia ty kita cinfident tak nak test...then terus proceed dgn jpj la....hurmmm mmg pelik la nor punyer tuh....

Cik Tom berkata...

mahalnya..tp nak buat camne..terpaksa bersabar,...

Norhafiza berkata...

=>mamazara: tengkiu wani..wah, berani nye bawak kete xde lesen ye hehe..Abang kakNo ni straight orgnye..lesen/roadtax moto mati pun kakNo xleh bawak..

=>hany: tu la pasal..mmg pelik..abang pun cakap sama cam hany..mula2 igt JPJ yg dtg tp bila cikgu kita sendiri..HANGIN gak Abang huhu..mcm nk tipu wit kita je kan..sah2 rm120 terbang..duit tuuuu..

=>cikTom: dh servey dh..dan mmg xde pilihan..makin tahun makin naik..jd, mmg terpaksa sabo je le..