Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 21 Disember 2010

TIDAK Cukup Menjulur Anak Mudah Kencing Malam?..

YA! Jika tidak cukup menjulur dan merangkak anak mudah dan terus mengalami masalah kencing malam.


Kencing - membuang air kecil - adalah Rahmat...
  1. Membuang air kecil adalah cara badan kita mengeluarkan bahan-bahan buangan.
  2. Semasa di dalam rahim ibunya, bayi menggunakan sistem buangan ibunya bagi mengeluarkan bahan-bahan buangannya.
  3. Selepas lahir sehingga usia 1-2tahun anak masih belum mempunyai kemampuan untuk menguruskan fungsi ini.
  4. Ini adalah kerana sistem kawalan yang melibatkan sistem otonomik belum menjadi matang.
  5. Sistem otonomik ini diurus oleh bahagian-bahagian otak yang melibat Pons dan Otak Tengah.
  6. Anak sering menjulur dan merangkak akan mempercepatkan pengukuhan dan penyempurnaan fungsi tahap-tahap ini.
  7. Oleh itu, menjulur dan merangkak membantu anak membina kemampuan untuk menguruskan masalah kencing malam.
  8. Kemampuan Pons, Otak Tengah dan Otak Korteks yang mengawal kencing bergantung kepada suasana kimia yang wujud di dalam otaknya.
  9. Gula dan karbohidrat yang diproses akan menghasilkan terlalu banyak 'tryptophan' dan ini akan menggugat mekanisma kawalan.
  10. Amalan memakai pampers juga membiasakan anak untuk rasa 'bebas' untuk kencing kerana pampers adalah untuk kencing.
Kedah-kaedah Yang Perlu Diamalkan
  1. Banyakkan peluang menjulur dan merangkak pada usia yang seawal mungkin.
  2. Dari awal lagi, sering meniarapkan anak.
  3. Jangan guna 'walker'.
  4. Jangan membiasakan anak makan atau minum bahan-bahan yang mengandungi gula, coklat atau karbohidrat yang diproses.
  5. Kurangkan memakai anak pampers.
  6. Bagi anak yang boleh faham, ajar dia beberapa latihan yang menguatkan sekumpulan otot yang terletak di bahagian 'sphincters'.
  7. Biasakan anak membuang air sebelum ia tidur. Jika ibu mengetahui masa-masa tersebut, bawalah anak ke tandas.
  8. Sering berbual dengan anak dan beri dia penerangan tentang cara dan proses kencing dikawal dan diurus.
sumber : Buku
APA, MENGAPA & BAGAIMANA TAHAP II
Cara Meningkatkan Intelek Anak
-KAEDAH & PROGRAM NURY-

2 ulasan:

MHI berkata...

pernah terbaca artikel..
antara punca lain anak kencing malam (ngompol bahasa jawa) adalah sebab tekanan.
anak2 mungkin alami tekanan sebelum tidur.. x ingat la pulak article mne aku bace..

meh bace entri terbaru:
"kereta mahal tunjuk kepala"

Norhafiza berkata...

=>MHI: ya betul tu..NO setuju..
anak2 yg terlalu aktif diwaktu siang jg boleh kencing malam..DAN jangan lupa..FAKTOR keturunan juga memain peranan..No banyak baca dalam majalah PA&MA..