Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 15 Julai 2010

MENANGKIS Kejahatan Makhluk Halus

RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN

Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)


"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)


TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

GANGGUAN Makhluk Halus

FAKTOR - FAKTOR GANGGUAN

A ) berpunca daripada Jin

  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat
  • Jin yang sengaja mahu menzalimi manusia .
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin .
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama .
  • Jin juga boleh mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir .


B ) berpunca daripada Manusia


  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil , mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah .
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah .
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta .
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat - tempat sunyi .
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki .
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar .

Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk .

  • Terlalu marah .
  • Terlalu takut .
  • Nafsu syahawat yang tinggi .
  • Manusia yang lalai .
  • Jahil

Mengamalkan sihir dan amalan - amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin , sehingga memakan diri .
Kesanggupan menerima jin ( saka ) menyebabkan anak - anak dan cucu menjadi mangsa .

TANDA - TANDA GANGGUAN

a ) Tanda - Tanda Ketika Tidur :

  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah .
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut .
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya .
  • Mimpi buruk yang menakutkan .
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala , singa , tikus dan sebagainya .
  • Ketawa , menangis dan menjerit - jerit ketika tidur .
  • Bunyi gigi begetar / berlaga ketika tidur .
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi .
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur .
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi .
  • Bermimpi berada di kawasan kotor , tempat sampah dan kawasan perkuburan .
  • Mimpi melihat makhluk halus .
  • Mimpi melihat salib atau gereja .
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka .
  • Mimpi melihat budak kecil . Berjaga - jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya .
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau , paku , miang buluh dan sebagainya ( tanda santau ) .

b ) Tanda - tanda Ketika Jaga :

  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
    Hilang ingatan ( Gila ) .
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja .
  • Lesu dan malas .
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam .
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan .
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang .
  • Lenguh sendi - sendi .
  • Melihat sesuatu yang pelik .
  • Ketumbuhan yang sukar diubati ( kanser ) .
  • Terasa seolah - olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki .
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah .
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah .
  • Selalu mengantuk .
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut .
  • Mudah marah dan panas baran .
  • Hilang darah .
  • Agresif dan bertindak liar .

Rabu, 14 Julai 2010

ANGKARA Sihir Dan Kesannya..

PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM )

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya .

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan .

Terdapat pelbagai jenis sihir yang berlaku dalam masyarakat kita , antaranya seperti berikut :

1.SIHIR pemisah

Takrif dan pengertiannya :

  • Memutuskan hubungan anak dan ibu .
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah .
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya .
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya .
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi .
  • Memisahkan antara suami dan isterinya .

Tanda - tanda sihir pemisah :

  • Perubahan secara tiba - tiba dari sayang menjadi benci .
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri .
  • Enggan memohon maaf .
  • Membesar - besarkan perselisihan yang kecil .
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya .
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan .

2.ILMU GUNA - GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat .

Tanda - tanda :

  • Asamara cinta yang keterlaluan .
  • Berubah secara spontan dari benci kepada suka .
  • Cenderung melakukan hubungan seksual .
  • Sukar mengawal cinta .
  • Rindu bayang yang berlebihan .
  • Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal .
  • Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya .
  • Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa ( kedai ) .

Sebab-sebab :

  • Timbulnya berbagai- bagai perselisihan antara suami isteri .
  • Mencuba dan ingin tahu .
  • Perasaan cemburu , cemas jika suaminya akan berkahwin lagi .
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya .
  • Melariskan peniagaan .
  • Mendapatkan pengikut .

Kesan - kesannya :

  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama .
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya . Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut .
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu , saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan .

SIHIR YANG dihalalkan

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami . Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya , tidak mencium bau yang tidak enak , selalu senyum manis , berkata baik , lembut , menjaga harta suami , menjaga anak - anak dengan kasih sayang , mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah .



3.SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN ( SILAP MATA )

Tukang sihir membawa sesuatu , kemudian mengucapkan jampi - unsur syiriknya dan azimat - azimat kekufuran , lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar .

Tanda - tanda Hinopsis :

  • Orang melihat benda yang diam seolah - olah bergerak atau sebaliknya .
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya .
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa .
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung .

4 . SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda -anda Sihir Gila :

  • Binggung dan lupa sesuatu .
  • Kacau dalam perbicaraan .
  • Mata kuyu ( moyok ) .
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan kerja tertentu .
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan ( selekeh ) .
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat - tempat sunyi .

5 . SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK bermaya

Tanda-Tanda :

  • Suka berseorangan / menyendiri .
  • Tidak bercakap / pendiam .
  • Tidak suka berjumpa orang .
  • Fikiran meracau / terganggu .
  • Selalu pening .
  • Selalu lesu dan tidak bermaya .
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja .

6 . SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda - tandanya :

  • Selalu mengalami mimpi ngeri .
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama .
  • Mendengar suara - suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya .
  • Selalu was - was .
  • Selalu syak wasangka terhadap rakan dan orang - orang yang mencintainya .
  • Mimpi seolah - olah dia jatuh dari tempat tinggi .
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya .
  • Bagaimana Sihir Ini dilakukan ?

Tukang sihir menghantar jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga , kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai- bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya , ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara - suara aneh .

7 . SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda - tandanya :

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan .
  • Saraf tersumbat .
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh .
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera .
  • Lumpuh keseluruhan badan .

Bagaimana Berlakunya Sihir ini ?

Jin akan ditugaskan menetap di otak , benar - benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran , penglihatan dan sebagainya . Ketika itu , aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan :

Menghalang isyarat - isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu , buta , tuli dan lumpuh .

Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi .

Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh .

8 . SIHIR pendarahan

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita . Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah , di mana jin akan berjalan bersama - sama aliran darah . Sabda Rasullullah ( saw ) : " Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah " .

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah Istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan . Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak .


9 . SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda - tandanya :

  • Pening kepala yang berterusan , sekalipun diberikan ubat oleh doktor .
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam .
  • Melihat pelamar bermuka hodoh .
  • Banyak berfikir ( fikiran melayang ) .
  • Selalu gelisah waktu tidur .
  • Selalu rasa sakit di perut .
  • Rasa sakit di tulang belakang bahagian bawah .

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya .
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk .

SIHIR PUKAU

TANDA - TANDA TERKENA SIHIR PUKAU :

  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya .
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya .
  • Menjadi bingung , tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati .
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya .
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu .
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri .
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang .
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur .

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI :

  • Hembusan asap rokok .
  • Tenungan mata .
  • Perbualan .
  • Minuman .
  • Handphone ( perbualan dan sms ) .
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah .

PUNCA SIHIR :

  • Masalah perniagaan seperti berkedai , berjaja , kontraktor dan sebagainya .
  • Putus pertunangan .
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan .
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat .
  • Rebutan harta pusaka .
  • Irihati dengan jiran - jiran sebelah .
  • Cemburu , jahat sangka dan seumpamanya .
  • Mencuba kehebatan ilmu .
  • Mendapatkan keuntungan duniawi .

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR :

  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib saw
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan .
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap .
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing .
  • Jangan tidur bersendirian , jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur .
  • Jangan buang air kecil ke mana - mana lubang atau takungan air .
  • Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sesewang - wenangnya .
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu .
  • Jangan buang benda berat tanpa menyebut nama Allah .

Sejarah LABUAN


Labuan adalah wilayah persekutuan kedua Malaysia.

Terletak 8 km di lepas pantai Sabah di Malaysia Timur, Labuan ditetapkan sebagai pusat kewangan antarabangsa lepas pantai dan pelabuhan bebas cukai. Pelabuhan besar dan mendalam, maka nama Labuan diberikan kepada pulau itu, berasal dari kata Melayu "Labohan" yang diterjemahkan ke dalam pelabuhan. Labuan adalah 2 1/2 jam dari Kuala Lumpur oleh penerbangan.

Pulau Labuan adalah 10km (6 batu) di lepas pantai Sabah, dan meliputi kawasan seluas 98 sq km (38 batu persegi). Ini adalah tugas pelabuhan bebas dan beroperasi sebagai pusat kewangan luar pantai Malaysia. Excellent tugas belanja percuma dan bentangan luas pantai berpasir putih di seluruh pulau Labuan membuat destinasi pelancongan popular. Ini juga merupakan tujuan popular bagi penyelam dan mempunyai empat ditubuhkan kemalangan halaman menyelam. The Wreck Semen cocok untuk pemula, tapi Blue Water Wreck memerlukan pengalaman menyelam lebih maju. Hal ini dimungkinkan untuk menembusi perut dari kemalangan Australia dan Amerika, namun pemandangan menyelam hanya boleh dicapai untuk penyelam menghancurkan berkualiti dengan pengalaman yang relevan. Agama bangunan bunga di pulau itu adalah An'nur Masjid Jamek, Kwong Fook Kung Temple dan Lauan Gurdwara Sahib. Masjid, tempat ibadah bagi masyarakat muslim Labuan, mempunyai rekabentuk futuristik progresif. Candi, dibina pada tahun 1952 adalah kuil China tertua di pulau itu. Tahapan masyarakat prosesi dewa Hokkien dengan tarian trans-suka dan persembahan makanan setiap tahun pada bulan Mac. Lauan Gurdwara Sahib, tempat ibadah bagi masyarakat Labuan Sikh yang dibina pada tahun 1957. The Sikh 'Kuil Emas di Amritsar terinspirasi desain. Taman Perdamaian di Layang-Layangan, memperingati Perang Dunia II, adalah mundur tenang. paviliun Jepun yang terinspirasi dan kolam dengan jambatan batu yang putus-putus turun taman yang indah.

PULAU PAPAN: Sebuah pulau hanya lima minit dengan bot dari Labuan, Pulau Papan merupakan sebuah retret popular untuk weekenders dari Brunei. landskap menarik turun pulau dan mercusuar penjajah meningkatkan pesona alam Pulau Papan's. Chalet penginapan sedia; satu-satunya alternatif untuk sesiapa yang ingin bermalam di pulau itu adalah berkhemah.

BALASAN Orang Yang Meninggalkan Solat

SEKADAR renungan dan ingatan. Maklumlah, dalam menempuh kehidupan yang mencabar, membuatkan kita sering terleka tanpa kita sedari ada pekara yang utama dari semua pekara iaitu mengerjakan solat 5waktu.

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar?"
Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat Subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

WALLAHUALAM

Hayati Maksud Ayat AL-FATIHAH

DOA terkadang tidak serupa minta, minta lain tapi buat lain, malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta dan sebut "amiin".

Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca.

Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati.

Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.

Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.

Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari.
Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.

Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan.

Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting.

Setengah remaja hanya tahu jalan betul saja, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah tetapi kita mati di jalan betul.

Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini?

Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus.

Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah.

Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah.

Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun.

Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian).

Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan.

Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah mereka yang mengikuti jalan yang lurus. Jalan ini ditempuh oleh Nabi, Rasul, Sahabat, Tabiin dan juga wali Allah sebelum ini.

Maka, kita mengharapkan belas kasihan agar Allah tunjukkan kita jalan supaya kita boleh sampai kepada Allah. Dinyatakan tadi jalan itu adalah Iman, Islam dan Ihsan.

Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Allah berikan jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. Barulah kita mendapat jalan yang lurus.

Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh ketika berkomunikasi dengan Allah.

Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah ia selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah

KEBAHAGIAN Tercerna Daripada Ketenangan Jiwa

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

ALANGKAH bahagianya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan. Sebaliknya, amat gelisah sekali buat seseorang yang jiwanya mengalami kebingungan serta kegoncangan.

Dalam kehidupan ini pasti kita bertemu dengan dua jenis manusia, iaitu manusia yang jiwanya tenang dan manusia yang jiwanya sering merasa gelisah.

Remaja tentu pernah mengalami saat diri terasa bingung dengan masalah menyebabkan jiwa menjadi gelisah dan tidak menentu.

Ketika itu, terasa tiada tempat untuk mengadu, hampir putus asa dalam keadaan terkapai-kapai bersendirian. Saat itu, kita amat memerlukan sesuatu yang dapat membersihkan jiwa dan fikiran.

Jika penyakit kencing manis akibat gula berlebihan, kolesterol tinggi kerana banyak lemak, stress kerana tekanan, maka jiwa yang tidak tenteram pun ada sebabnya.

Sebab utamanya adalah dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan. Berbanding dengan racun biasa yang memudaratkan anggota badan.
Maka kita mesti menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan anggota badan. Tujuh anggota badan yang paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.

Mata perlu digunakan bagi tujuan melihat perkara yang baik dan indah.
Bukannya perkara haram dan lucah. Telinga adalah untuk mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar umpatan dan fitnah. Perut pula mesti diisi dengan yang halal.

Yang buat kita tidak tenang juga adalah disebabkan oleh hati yang kotor. Bukan saja dengan dosa tetapi juga akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing." Dimaksudkan dengan malaikat adalah ketenangan yang dibawa, yang dimaksudkan dengan rumah adalah hati, yang dimaksudkan dengan anjing adalah sifat dan akhlak tercela.

Maknanya kalau kita ada akhlak dan sifat tercela, hati yang bertindak sebagai rumah sudah menjadi kotor dan ketenangan tidak akan menjenguk.

Malaikat rahmat tidak akan berada di tempat tinggalnya dan menetap syaitan sebab perangai buruk ditaja syaitan.

Sifat tercela yang membuat kita risau dan sasau ialah hasad dengki iaitu tidak senang lihat orang senang, takbur, ego serta sombong dan inilah stress pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam a.s kerana bimbang Adam menandinginya.

Begitu juga ujub dan riak. Mereka berasa dialah yang sempurna sedangkan orang lain rendah. Selain itu mereka mengharapkan pujian dan sanjungan. Apa lagi jika seseorang itu bersifat bakhil dan kedekut pasti tidak akan pernah tenang hatinya kerana sentiasa terikat dengan harta, cinta harta.

Apa lagi cintakan kemasyhuran yang langsung tiada perasaan rendah diri sudah pasti hati akan berasa gelisah. Sifat pemarah membuat orang menjadi pendendam, hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.

Penyakit HATI Lebih Bahaya

Bersama Mohd . Zawawi Yusoh

ANDA ada penyakit ke? Kalau ada tanda demam yang kuat cepat- cepatlah pergi berjumpa doktor . Mana tahu ada apa - apa, boleh bertindak awal kerana bimbang juga dengan kedatangan gelombang kedua H1N1 sekarang .

Hari ini ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan , sebab kesihatan sangat berharga . Bila ada saja yang sakit , pasti ramai yang bersimpati . Semakin moden dan canggih dunia , semakin cepat kita dapat penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan jangkitan sesuatu penyakit .

Pun begitu , semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya , manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya daripada penyakit fizikal . Penyakit hatilah yang akan merosakkan keharmonian rumah tangga . Mengganggu suami isteri orang, maka berlakulah penipuan dan lupa tanggungjawab .

Tidak memberi nafkah akhirnya berkecai rumah tangga . Anak jadi tidak keruan dan hilang kasih sayang . Bila hati sudah berpenyakit , maka akan hilang rasa takut kepada Allah , merosot serta comot integriti , tidak lagi rasa diperhati , depan orang alim , tetapi di belakang menjadi " maling " . Itu sekadar contoh kesan akibat penyakit hati yang terlalu banyak keburukannya . Siri kali ini penulis mahu bincangkan antara tanda penyakit hati . Kalau sudah ada tanda maka kena berhati - hati . Antara tanda penyakit hati tidak boleh dikesan sesiapa pun adalah :

1 ) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan .
Malas menjalankan ibadah , bahkan meremehkannya pula . Contohnya melakukan solat bukan dengan " sengaja ' tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa .

Kalau buat pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan . Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah . Allah berfirman yang bermaksud : " Dan mereka tidak mengerjakan solat , melainkan dengan malas dan tidak ( pula ) menafkahkan ( harta ) mereka, melainkan dengan rasa enggan . " ( Surah at - Taubah ayat 54 ) .

2 ) Tidak tersentuh ayat al - Quran
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah , maka tidak terpengaruh sama sekali , tidak mahu khusyuk atau tunduk dari membaca al - Quran dan mendengarnya .

Sedangkan Allah memperingatkan dalam al - Quran yang bermaksud : " Maka berilah peringatan dengan al - Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku . " ( Surah Qaaf ayat 45 ) .
3 ) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah .
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian , sakit , bencana . Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya . Nabi bersabda yang bermaksud : " Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan " .
4 ) Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata - mata . Segala sesuatu diperhitung , dikira berasaskan dunia . Cinta , benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia .
5 ) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang . Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran , bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa , banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan , banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat .
6 ) Kemaksiatan berantai
Penyakit hati lahir dari maksiat baru akibat maksiat yang dilakukan dahulu sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya .
7 ) meremehkan dosa kecil
Memang ada dosa kecil dan besar , tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka . Seperkara lagi , kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil , banjir besar bermula dari titis hujan .
8 ) Tidak peduli sumber makanan
Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan , halal atau haram . Begitu juga dengan syubhat , yang dia kira sedap dan enak , selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting kaw dan kaw . Begitu juga dengan punca pendapatan , sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak , hidup kaya raya . Rasuah , curi , seludup , ampu kepada semua dibedal .

Itu antara beberapa tanda yang sempat dibicarakan dalam bilik ini dan harapnya ia dapat menambah maklumat kita semua . Mengenai cara mengatasi dan merawatnya Insya - Allah pada masa akan datang .

SAYANGI Ibu, Bapa, Mentua Sama Rata

Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

JIKA Allah menurunkan hidayah , segeralah bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita pernah menderhaka kepada mereka?

Maka Ziarahilah pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya . Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka . Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa . Walaupun ibu bapa sudah meninggal , minta maaf berkali - kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa . Allah Maha Pengampun dan luas rahmat - Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat , kemudian baru hendak bertaubat . Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima .

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari . Contohnya , tayar kereta pecah , jangan lihat dengan mata kasar , tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini .

Pertama , bagaimana hubungan kita dengan Allah ? Jika semuanya baik , turun ke peringkat kedua , bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa ? Pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar . Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita . Lazimnya dalam hubungan ini , ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak . Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam , kalau berlaku pertembungan , Rasulullah meminta ibu didahulukan . Tiga kali ibu memanggil , barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun , sebaik - baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua- duanya tidak berkecil hati . Begitu juga dengan nenek, walaupun kata- katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka . Sebenarnya , golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita . Walaupun Allah tidak mengambil kira kata- kata mereka , kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua .

Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri . Jika mereka berkecil hati , samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita . Kita sayang anaknya , jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya ? Saya tahu , ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya . Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung .

Kewajipan anak lelaki , pertama kepada Allah , kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua . Kelima barulah isteri . Jadi , isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar . Sebaliknya , anak perempuan , yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami . Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah ialah ibu bapanya . Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu .

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail . Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah . Isterinya pun tidak mengenali mentuanya . Menantunya berkasar , menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang , Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu , meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru . Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah , isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar , itu adalah bapanya . Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak , lalu diceraikan . Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu . Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda . Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang , baginda berpesan lagi , dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain .

ENAM Sebab Kenapa Perlu Abdikan Diri Kepada ALLAH

Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

KETIKA Rasulullah mengembala kambing, tidak jauh daripadanya ada sekumpulan remaja sedang melepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah: "Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?" Rasulullah dengan tegas menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan sehingga melalaikan itu merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadah kepada Allah. Kadang kala ada orang melepak sehingga lupa menunaikan solat.

Mereka bermain bola di waktu petang tanpa perasaan malu ketika azan berkumandang. Sudahlah begitu, padang bola pula sebelah masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita kadangkala asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.
Waktu kerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual.

Kadang kala ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadah? Sibuk. Kalau sempat buatlah, jika tidak sempat qada saja.


Justeru, remaja perlu memahami mengapa dan alasan mengapa kita beribadah. Di sana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah.

Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau sesibuk mana sekalipun kita.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah adalah untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyaat ayat 56 yang bermaksud: "Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadah kepadaku."

Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadah lebih utama lagi.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.

Pada hujung bulan bil elektrik, bil telefon perlu dibayar, jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan jika kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat, matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah mengingatkan kita di dalam Surah al-A'raaf ayat 72 yang bermaksud: "... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul."

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul adalah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat apa lagi kita.

Firman Allah yang bermaksud: "...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah taghut." (Surah an-Nahl ayat 36).

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah sesungguhnya aku amat takut, jika aku menderhakai Tuhanku akan azab hari kiamat." (Surah al-Anaam ayat 15).

Selasa, 13 Julai 2010

PETUA Memenangi Hati Isteri

  1. Bila sahaja anda pulang ke rumah, carilah dia dulu. Peluklah dia sebelum anda melakukan perkara lain.
  2. Tanya kepadanya soalan-soalan tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk di lakukan pada hari itu.
  3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
  4. Bentengilah diri anda untuk menyelesaikan masalahnya tetapi tunjukkan sifat memahami masalahnya.
  5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama 1/2jam setiap hari.
  6. Bawakan padanya hadiah yang mengejutkan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari. Sebelum itu, janganlah menunggu sehingga malam Jumaat. Kemudian bertanya pula apa yang dia hendak buat.
  8. Jika pada suatu malam, dia berasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
  9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan, keanggunan rupa parasnya.
  10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
  11. Tawarkan bantuan padanya bila dia berasa letih dan penat.
  12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
  13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu tentang hal itu.
  14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya sesuatu perkara, katakan YA / TIDAK. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  15. Semasa perasaanya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah. Biarlah dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
  16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat runsingkan sesuatu, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
  17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang merunsingkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
  18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
  19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah dan akhbar yang sedang anda baca dan tutuplah televisyen. Berikan perhatian sepenuhnya.
  20. Sekiranya dia selalu membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula terutamanya jika dia letih. Bantu dia menggosok bekas dan kerja-kerja membasuh yang sukar.
  21. Pastikan bila dia letih dan marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melalukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
  22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli dan jangan lupa pula membelinya.
  23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur dan mahu keluar .
  24. Berikan dia lima(5) kali pelukan setiap hari. Satu waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua(2) atau tiga(3) pelukan pada waktu yang terluang.
  25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik atau hanya menyatakan 'aku cinta padamu'.
  26. Katakan 'aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
  27. Bantu dia untuk mengemas katil dan membersihkan bilik tidur.
  28. Letakkan pakaian yang sudah dipakai ke bakul yang disediakan.
  29. Selalulah semak sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah ke dalam tong itu.
  30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, supaya dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

JAUNDIS: Bayi LELAKI Lebih Berisiko

SOALAN :
Saya bakal menjadi ibu tidak lama lagi . Di sini ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk mengelak bayi yang bakal lahir daripada terkena jaundis ? Saya juga ingin tahu apakah punca masalah ini berlaku .
JAWAPAN :
Tiada cara yang khusus untuk mengelakkan masalah jandis pada bayi . Untuk pengetahuan puan , masalah jaundis ini berlaku di dalam tubuh bayi apabila tahap bilirubin meningkat .

Bilirubin terbentuk daripada sel - sel darah merah bayi itu sendiri . Oleh itu , kadar penyelesaian sel darah merah adalah lebih tinggi dan secara tidak langsung tahap bilirubin bayi akan tinggi. Bilirubin ini akan diproses di organ hati . Sekiranya organ hati bayi tadi belum matang , maka proses ini akan menjadi lambat dan menyebabkan jaundis . Oleh kerana itulah bilirubin yang ada akan bertambah meningkat .

Perkara ini biasanya tidak menyebabkan masalah besar , kecuali bagi bayi Pramatang di mana tahap jaundis mungkin terlalu tinggi dan memerlukan rawatan . Dilaporkan 80 % -90 % bayi Pramatang menghadapi masalah jaundis :

  • Bayi yang dilahirkan pra matang ( kurang daripada 38 minggu ) .
  • Bayi yang dilahirkan menggunakan bantuan vakum .
  • Bayi lekai lebih berisiko daripada bayi perempuan .

Walau apa pun , saya nasihatkan puan berbincanglah dengan pakar kanak - kanak mengenai topik ini untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut .

INFO:

Tanda - tanda jaundis dalam bahaya .

  1. Kuning yang keterlaluan . Kuning seperti kunyit .
  2. Tidur keterlaluan .
  3. Menangis dengan nada yang tinggi .
  4. Tiadak mahu menyusu .
  5. Lemah dan tidak aktif .

Soalan dijawab oleh Dr . Norintan Zainal Shah ( Pakar Perbidanan dan Sakit Puan , Columbia Asia , Medical Centre , Seremban )

Aku mengamati semua SAHABAT ..
tetapi tidak menemui SAHABAT yang lebih baik daripada menjaga LIDAH .
Aku memikirkan tentang semua Pakaian ..
tetapi tidak menemui Pakaian yang lebih baik daripada TAKWA .
Aku merenungkan tentang segala jenis AMAL BAIK ..
namun aku tidak mendapatkan yang lebih baik daripada MEMBERI NASIHAT BAIK .
Aku mencari segala bentuk REZEKI ..
tetapi tidak menemui REZEKI yang lebih baik daripada SABAR ...
- KHALIFAH ' UMAR AL - KHATTAB -

WAJIP Menuntut Ilmu Agama

RASULULLAH saw bersabda :
Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya ( sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama kerana suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan. - Abu ad-Darda' r.a

Huraian
  1. Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam , maka merekalah yang bakal menyebarkan agama ALLAH sebagaimana yang diperintahkan oleh ALLAH kepada Rasul - Nya.
  2. Menuntut ilmu agama adalah wajib tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
  3. Kita selaku umat Islam di larang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah saw menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu