Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 30 November 2010

LAGI Tentang Panduan Mengucap Salam


BACA NI ...JGN TAK BACA RUGI....
oleh Qamar Adam pada pada 28hb November 2010 pukul 7.46 pagi

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Saya pernah dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Jangan gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

sumber : http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=173832965980200&id=100001166377765

BEZA Antara 1st Class dan 2nd Class

Kali ni No nak kongsi pasal bersalin di hospital kerajaan..
sorry to say but i've to..

Masa tu tahun 2006 No bersalin c Farihin..


Muhammad Farihin..4/2/06..3.55kg..jam 5.04am

Mula2 daftar nk masuk 1st class tp nurse cakap ada org bisness yang berpengaruh dh booking bilik..d labuan ni wad orang bersalin cakap je 1st class tp kongsi 2katil 1bilik..tu pun ade 1bilik tu je la..klo pesakit luar br ade banyak pilihan..

Okla..No pun duduk la kat lua bersama ngan kengkawan..pengalaman pertama yang No dapat...
''kak, nanti nak amik tray ni kol brape?"..No tny nurse sbb time tu perut duk berselerak ngan wayar nk dengo jantung bb..xdpt nk makan lagi la..
tau ye jawab pe?..
"nanti sampai masa datang amikla"..dengan mukanya xtengok No langsung! huhu sabo..sabo..

Time duk sakit sekitar jam 11-12tghmlm No duk kulu kilir sbb mase No bersalin anak 1st n 2nd dlu nurse kat trg bgtau kena jalan2 spy jalan cepat terbuka..
"kakak boleh x duduk diam atas katil tu..klo makin jalan makin sakit la perut tu!...lambat lagi tu" sekali lagi No sabo...
Sekitar jam 2pagi No rasa sakit tu datang makin kerap..puas duk pujuk nurse tu suh tengok jalan tp mcm2 alasan dorg bagi..lambat lagi la, biasa la macam tu la..

No tak tahan dh rasanya skl lg No p kat kaunter..akhirnya dorg setuju nk cek jalan..sekali dh 6cm..mmm barulah dorang suh masuk labour room..

Dalam LR lak boleh dorang tido..isk isk isk...yg No tau kenapa la sunyi sangat xde org..skl No jenguk nampak kepala dorang..

Tiba2 No rasa macam nk meneran..
"nurse, sy rasa macam nak meneran dah ni.."
"Hah..teran la.." dia jawab..

Mak ai..klo teran macam tu je xkan ke bb tu terus klua jatuh kebawah..
 Sekali bila dorg cek jalan..dh 9cm..br la kelam kabut siap barang dan yang paling No geram dia suh No tahan kejap..mase tu jg nk panggil Abang kat luo bilik..sabo yang amat No mase tu sbb time jahit kang takut dorg pakai jahit je mcm kain buruk kang huhuhu...

Masa Abang ada dekat No siap cakap..
"bagus kakak..teran lagi..push lagi..bagus..bagus.."
Hamboi..hamboi..hamboi..No citte masa balik rumah Abang xpercaya sbb depan Abang manisnya muluuuuut!..

Tahun 07..skl lagi No bersalin c Fadlan ni n alhamdulillah dapat masuk 1st class..


Muhammad Fadhlan Fakhri..19/3/07..3.2kg..jam 11.50am

Mmmmm..dh 1st class kan..layanan pun 1st class la juga..siap panggil 'puan' lagi..dalam LR siap duk gosok2 lagi sambil pasang cd (macam dalam church pun ada melodi instrumentalnya)..ramai pula yang datang tolong buat apa yang patut masa tu..

Sebenarnya..kes ni bukan No sorang yang kena..klo jumpa kwn2 ctrita hal pengalaman bersalin hampir serupa je..malah lagi teruk pada No pun ada!
Alahai..dunia..dunia..

Anda camne?..ada pangalaman yg best ke xbest?..

Syiling Sempena Hari Korban


Kali ni No nk share syiling ni..

 
bahagian depan

nampak x macam sorang tua duk pegang sebilah pisau..
syiling lama yg bertulis nama Ibrahim Bin Ismail
-gambar Nabi Ibrahim AS yang ingin mnyembelih anaknya Nabi Ismail AS atas suruhan dan taat kepada perintah ALLAH SWT..


bahagian belakang
Namun ALLAH SWT telah menukarkan Nabi Ismail AS dengan seekor kibas.
WALLAHUALAM..

BERANI MATI : BLOG AKU BEST!!!...

Tengok pada entri tu cam prasan sendirik kan?? hehe..isk mane ade..tu sebenornye tuk bagi semangat supaya kita lebih kreatif dalam dunia blogging ni kan?..

K la..sebenarnya No nak sahut gak cabaran dlm segmen en.Ben ni..APA? xkenal siapa tu en.Ben..isk wat malu je la klo x kenal..p nyorok bawah katil la klo x kenal huhu...

Ni dia ha...

En.Ben suh..Sila ceritakan latar belakang blog dengan penuh rasa bangga sbb bukan semua orang boleh buat blog .. Pastikan TIDAK KURANG dari 100 patah perkataan ..
Dengan rasa bangganya (bkn bongkak k)..maka tertubuhlah MUTIARA NOLAN..MUTIARA: dengan erti kate lain permata atau barang yang tidak ternilai harganya yang xboleh dinilai dengan wang ringgit dan xboleh dituko ganti iaitu ANAK2 No yang comel2..NOLAN: No & Lan..pasangan yang cukup bahagia dalam meniti arus kehidupan yang penuh ranjau berduri serta telah berjanji tuk kekal bahagia hingga akhir hayat..amin..

Kategori blog..
Blog ni No kategorikan sebagai personal disamping No selitkan pelbagai info baik masalah anak2, dewasa, sudut agama mahupun hal ehwal semasa utk dikongsi bersama.

Usia blog..
Baby bab kate orang sbb baru je berusia 4bulan lebih..time ni klo bb tengah meniarap dan menjulur kan..tp No kena lebih berusaha utk dapat berlari selaju yang mungkin..

Tujuan buat blog..
Mula2 No pk tuk tambahkan kenalan (harap anda sudi la jd kenalan No ye..) pastu nk kongsi idea/pendapat..SIDE INCOME??..xterpk la lagi..mungkin anda pk "apalah No ni" kan?.."org wat blog nk tambah income".."susah payah menulis cari idea tp xde pe2 puuuuun"..hehe

Sasaran trafik untuk tahun depan .. SEHARI berapa UV ?
Harap tahun depan No dapat ramai la trafik ke blog No ye..UV? UV protection ke...klo skang cuace panas kene pakai SEHARI SPF 30/PA+++...hahaha xde la..No gurau je..jangan marah ye enBA..

Memang blog No BEST apa!..

KEJUTAN Pagi ini....APA PENDAPAT ANDA?...

Pagi ni No buka fb..ada kawan tag no ngan gambo ni..

thx 2 N
 http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=174085449286765&set=a.174085422620101.42205.100000559338413
mmmm..bercahaya sungguh kan?..No pun xtau nk komen apa..cuma No rase tu adalah salah satu daripada makhluk ciptaan ALLAH SWT..

Sesungguhnya hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI..

Isnin, 29 November 2010

Syiling $1

Ni pla syiling $1..




ni bahagian depan..syiling ni tertulis Sambutan Abad ke 15 Hijrah



 ni bahagian blakangnya


Syiling Luo Negara..

Ni pla koleksi syiling dr luo negara..


No ni pandai simpan tp malas nk servisnye hehe..klo orang yang rajin dh berkilat n sinar banar dh syiling ni kan hihi..


Syiling 1sen..

AS SALAM...

Kali ni No nk kongsi koleksi syiling yang No ade..


Asalnya No kumpul sket2..ye la dh 1sen kan dlu2 laku time nk bayo bil je kan. Pastu gomen dh lupus syiling ni jd No simpan wat kenangan je la..klo kira2 ni xtau la sampai la 5hengget hehe..mmmmm malas la No nk kira..

Boleh tolong kira x hehe..

ALAHAI Anak Bertuah..

AS SALAM...semoga anda semua baik2  hari ni ya..
Tengok pada tajuk tu kan mesti anda dh tau kan..hal anak2 la tu..

MMMMMM...
nk tau pe dorang 4bradik dah buat?

Tengok ni....


abis patah2 dikerjakan anak2 huhuhu...tp bukan ni je tau..ade lagiiiii



 nak tau camne dorang kerjakan?...ni haaaaa


nampak xkosi merah tu..dorang panjat kut tangga tangki air tepi la tu..ala rendah je pokok tu sebenonye..sama tinggi ngan No je..



Jumaat, 26 November 2010

TERKEHEL Tayarnyee..

Semoga sihat semuanya ya..klo ada yang kurang sihat cepat2 la amik rawatan spy tidak melarat. Duit banyak klo badan sakit2 pun xguna juga kan..

K la..ni No nak crita. Hari tu masa nak kua jengjalan..tetiba terserempak ngan kete nak U-turn..agaknye dah keluar tp nak masuk perumahan balik klo tengok gayanya. Tetiba......


Nampak x tayar dia yang terkehel tu?..ok nnt No close up sket..



mmm siap dah kua minyak dah bawah tu. Abang cakap patah terus..Abang tny ok ke? Dia cakap ada kenal ngan org tow truck jd kami pun beredarla..

Pastu Abang siap bagi ceramah la..

"klo nak pulas stering jangan sampai ada bunyi 'kuk'..pulas takat2 dia je. Klo biasa bawak kete tau la takat mana kita kena pulas. Biasa klo keta proton mmg senang rosak klo pulas abis2.."
"Nanti bila mama dah mahir mama tau la camne"  sambung Abang lagi..

Ye la, No ni br nak amik lesen..tahun depan insyALLAH dapat keje baru..jd dreba g ato amik dorang hehe..

Pil Perancang

tq en.google

Pil Perancang
Terdiri daripada 2jenis. Salah satu daripadanya ialah pil yang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh badan iaitu estrogen dan progestin (Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet dan Mercilon).

Manakala satu lagi jenis pil hanya mengandungi hormon progestin (Noriday). Pil jenis ini kurang efektif dan hanya sesuai digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif. Antara lain, ia juga sesuai kepada wanita yang alah kepada estrogen.

Kaedah merancang kehamilan menggunakan pil perancang amat efektif dan kesannya boleh berbalik iaitu kesuburan akan kembali seperti sedia kala apabila mengambilan pil dihentikan dan ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Penggunaan pil perancang dipercayai mampu mencegah barah ovari dan endometrium, anemia, senggugut, haid yang tidak teratur. Ia juga jarang sekali menimbulkan kesan sampingan. Manakala peratus kejayaan penggunaan kaedah ini boleh dikatakan sehingga 99%.

Kesan sampingan
Saluran darah mungkin tersumbat. Ia lebih ketara terhadap wanita yang merokok dan mempunyai darah jenis A, pening dan mual, sakit kepala dan migrain, muntah, cecair badan susah disingkirkan dari tubuh (fluid retention), buah dada menjadi tegang, tekanan darah naik serta anda mungkin mengalami penurunan atau pertambahan berat badan.

INFO
Anda perlu konsisten jika memilih cara ini. Untuk memastikannya berkesan, anda perlu makan pil ini pada waktu yang sama setiap hari selama 21hari. Setelah itu, anda perlu berhenti mengambil selama 7hari bagi melengkapkan kitaran 28hari. Awas! Kecuaian boleh mengakibatkan anda hamil.

sumber:
Majalah PA&MA 69
Jun 2006

Diaphragm

tq en.google

Diaphragm
Kaedah ini merupakan sejenis alat yang berbentuk seperti cawan dan mudah lentur. Alat yang diperbuat daripada getah ini mampu menutup pangkal rahim bagi menghalang kemasukkan sperma dan membunuh sebelum ia sempat bersenyawa dengan telur.

Namun, anda digalakkan menggunakan bersama spermisid bagi meningkatkan keberkesanannya. Gabungan kedua-dua alat ini mampu membunuh atau menghalang pergerakkan sperma. Dengan menggunakan alat yang betul dan konsisiten, keberkesanan diaphragm mampu mencapai sehingga 91%.

Alat ini boleh bertahan dalam jangkamasa yang panjang sekiranya digunakan dengan cermat. Biasanya, anda moleh mengulang pakai alat ini sehingga 2tahun. Dalam pada itu, anda juga perlu membiarkan diaphragm terus kekal berada dalam alat sulit anda dalam tempoh 6-8jam selepas mengadakan hubungan seks. Antara lain, anda juga perlu memakai alat ini setiap kali bercadang untuk bersama.

Kesan sampingan
Mungkin dalam sesetengah kes, penggunaan alat ini boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksik. Ada juga sesetengah wanita yang mungkin mengalami alahan terhadap lateks atau getah selain daripada bengkak ataupun radang servik.

INFO
Setiap kali selepas menggunakan diaphragm, anda perlu mencucinya menggunakan air panas yang dicampurkan bersama sabun lembut. Anda juga perlu membuat pemeriksaan sekiranya ada keretakan ataupun koyakan pada giaphragm. Jika ini berlaku, gantikan dengan yang baru.

sumber :
Majalah PA&MA 69
Jun 2006

Vasektomi

tq en google

Vasektomi
Ia merupakan pembedahan yang menyekat vas deferen, tiub yang membawa sperma ke zakar. Melalui pembedahan, duktus sperma akan diikat dan dipotong. Ini akan menyebabkan saluran ke uretra akan tertutup dan sperma tidak mungkin akan dapat dikeluarkan. Ia merupakan teknik pemandulan yang kekal untuk selama-lamanya.

Kesan sampingan
Pemulihan mungkin melibatkan ketidakselesaan dan kesakitan untuk beberapa hari selepas pembedahan. Antara lain ialah pendarahan dan bengkak di bahagian buah zakar.

INFO
Pembedahan ini sama sekali tidak memberi kesan kepada kemampuan untuk menikmati hubungan seksual.

sumber :
Majalah PA&MA 69
Jun 2006

Ligasi

tq en google

Ligasi
Melalui kaedah ini, kedua-dua tiub fallopio akan diikat dan dipotong. Oleh itu, sperma tidak akan sampai ke ovum. Seperti lelaki, ia juga merupakan bentuk pemandulan yang kekal selamanya.

Kesan sampingan
Mungkin berlaku komplikasi pembedahan seperti jangkitan rahim. Antara kesan jangka panjang yang boleh berlaku termasuklah kehamilan luar rahim, kanser servik, pendarahan dan gangguan kitaran haid.

Tahukah Anda?....
Kaedah ligasi membantu anda mengurangkan senggugut.

sumber :
Majalah PA&MA 69
Jun 2006

Spermisid


Spermisid
Ia merupakan sejenis ubat dalam bentuk krim, buih faraj atau jeli yang disapukan pada dinding faraj sebelum persetubuhan. Spermisid berfungsi dengan membunuh semua sperma yang dipancutkan kedalam faraj. Keberkesanan kaedah ini ialah kira-kira 80%. Walaubagaimana pun, kaedah ini paling tidak efektif berbanding kaedah-kaedah yang lain. Keberkesanannya meningkat sekiranya ia turut digunakan bersama kondom atau pun diaphragm. Dalam pada itu, akan akan kembali subur sebaik sahaja penggunaanya diberhentikan.

Perlu iingat! Jika anda bercadang mahu mandi atau melakukan douch,  anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 8jam selepas bersama untuk berbuat demikian.

Kesan sampingan
Mungkin akan berlaku keradangan faraj sehingga boleh meningkatkan risiko URTI. Ini kerana ada sesetengah wanita adalh terhadap spermisid. Ia juga boleh mengganggu keselesaan sewaktu bersama. Kebanyakkan produk menuntut anda menyapu sekurang-kurangnya 10minit sebelum bersama.

INFO
Kebanyakkan produk ini hanya digunakan sekali sahaja. Setiap kali selepas hubungan seks, anda perlu menggunakan pantyliner untuk 'menangkap' sebarang biuh yang mungkin menitik.

sumber:
Majalah PA&MA 69
Jun 2006

Khamis, 25 November 2010

UBAT Gigi Sensodyne

sorry dah calar balar cz anak2 suka main kete2 lam bilik air huhu

Pernah x tengok iklan ubat gigi ni?..sure pernah kan?..

Alkisahnya dlu No sakit sangat gigi. Makan pe pun rasa sakit..sure berlubang ni kata ati No..pastu wat appointment la ngan dentist.

Hari yang dijanjikan No p la..No gtau kesnya..doc cek takda pun gigi berlubang..yang beralgam pun ok lagi..

"kamu nak tau kenapa kamu sakit gigi?" tanye dentist
No angguk kepala je la kan sbb dah tersembul batang alah tu lam mulut hehe..
"cuba kamu pegang ni saya nak tunjuk (sambil bg cermin pd No)..cuba tengok gusi kamu ni dah haus..sebab tu rasa sakit"..
"kuat sangat ke kamu berus gigi"..ngomel dentist tu lg..

mmm banyak la nasihat yang dia bg..suh gn berus gg yang lembut2..ni contoh yang no gn..(sbb yg No dh kembang dh..dh masa kena tuko hehe)..yg asal dentist tu suh pakai brand oralB..


ni cosway punya.. tq en google

dia suh try ubt gigi ni..masa berus tu jangan ludah tp kemam dlu dalam 1mnt br buang dan kumur bersih2..alhamdulillah sejak gn ubt gigi ni dh xde lagi rase sakit tu..dlu xleh minum ais sengal je..skang nk gigit2 pun boleh hehe..

Bagi anda yang ada masalah ni cubalah..insyALLAH..

SEBAB Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita kaum hawa sila ambil perhatian.................

Tengah No duk klik2 kat fb tetiba ada kwn post pasal ni..huh..mmg bagus tu panduan kita semua ek..nak2 tuk kaum HAWA..No 4ward lak sini ek..

p/s: fwd from tmn2 syurga...........bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wasalam………………….

Implan

tq en google

Implan
Ia adalah sejenis hormon sintetik yang terkandung di dalam tiub kecil yang mengandungi hormon pregesteron. Hormon sintetik ini sama seperti hormon yang dihasilkan oleh badan wanita. Alat ini terdapat dalam pelgabai jenis mengikut kesesuaian tubuh wanita yang mahu menggunakannya. Sehubungan itu, kapsul hormon perlu diselitkan dibawah bahagian lengan anda. Dengan yang demikian, anda perlu menjalani prosedur suntikan bagi membolehkan kapsul tersebut berada dibahagian yang terlibat. Selepas disuntik, ia secara perlahan membebaskan sejumlah kecil hormon untuk mengelakkan pengeluaran telur daripada ovari. Hormon ini juga mampu mengubah lapisan rahim dan lendir serviks. Jadi, tanpa adanya telur maka tidak berlakulah kehamilan. Keberkesannya ialah sehingga 99%. Alat ini mampu bertahan sehingga 3-5tahun atau sehingga ia dikeluarkan (bergantung kepada jenis implan digunakan). Ia memberi perlindungan untuk tempoh 24jam. Menariknya, ia turut membantu anda melindungi daripada kanser rahim.

Anda boleh memakai implan sebaik sahaja melahirkan anak dan selamat untuk anda menyusukan bayi kerana alat ini tidak mengganggu peranan hormon prolaktin. Berbanding penggunaan IUD, alat ini sama sekali tidak mengganggu keselesaan sewaktu bersama dengan pasangan.

Perlu diketahui bahawa wanita yang mengidap penyakit hati, kanser payu dara, pendarahan saluran rahim dan darah beku dalam pembuluh darah, miningioma (sejenis kanser otak) tidak boleh memilih untuk menggunakan kaedah ini. Ia juga tidak sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah tekanan darah dan kolestrol tinggi, haid tidak tetap ataupun sedikit dan sakit kepala.

Kesan sampingan
Haid tidak tetap ataupun terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang berminat dengan hubungan seks, perubahan berat badan dan sakit kepala. Dalam pada itu, anda boleh mengetahui kemungkinan mengalami kesan sampingan penggunaan imlpanon dengan mengambil pil perancang kehamilan progestin sahaja sebelum menyuntik implan.

INFO
Terdapat pelbagai jenis dadah (rifampin dan kebanyakan dadah anti epilepsi) boleh mengurangkan keberkesanan implan.

sumber:
Majalah PA&MA 68
Mei 2006

BLOGGER In Da House - Khas Buat Blogger Baru


Salam semua..semoga anda di limpahai rahmat sepanjang hari ini..esok dan selamanya..amin

Dah banyak kali No tengok entri ni la blog BA.com tp still malu2 nak wat entri ni huhu..ye la orang kate klo malu tak kemana kan?..No pun sll masuk blog abg.Ben cz sll tengok kat bloglist belah kanan No tu hihi..banyak gak info lam tu tau!..

Tujuan mengada2 nak buat blog?..isk bukan mengada2 tp rasa gak nak kongsi2 ngan anda semua tentang maklumat2 semasa ke apa ke kan..No buat ni pun just suka2..leh gak tuka2 pandangan ngan anda semua..komen anda amat dihargai..

Uish..panjang lak entri ni..k lah, harap anda semua dapat jd follower No ek..sayang anda semua..

Intrauterine Device (IUD)

tq en google

IUD
Kaedah ini paling digemari oleh kebayakkan wanita di dunia dalam usaha merancang kehamilan. Alat ini terdapat dalam bentuk T yang bersaiz kecil dan mempunya tali dihujungnya. IUD dimasukkan ke dalam rahim bagi mencegah si pemakai daripada mengandung dan mengganggu sperma.

Dalam pada itu, IUD terdapat dalam 2jenis : progestrone impregnated IUD (Progestasert) dan copper T-shaped UID (Paraguard). Keberkesanan penggunaan Progestasert dianggarkan 99% manakala Paraguard pula ialah sehingga 97%. Ia selamat digunakan dalam tempoh 3-5tahun.

Antara kebaikan yang bakal diperolehi oleh wanita yang menggunakan kaedah IUD ialah alat ini tidak menuntut perhatian yang lebih melainkan anda hanya melakukan pemeriksaan bulanan. Ini perlu dilakukan untuk membolehkan doktor memeriksa alat tersebut. Antara lain, sistem reproaktif tidak akan terganggu melainkan alat ini dkeluarkan. Menariknya kaedah ini tidak akan mengganggu hormon prolaktif bagi membolehkan anda menyusukan bayi tanpa perlu gusar dengan masalah kekeringan susu.

Dalam pada itu anda perlu tahu, penggunaan alat ini turut ada keburukannya. Ia sama sekali tidak melindungi si pemakai daripada jangkitan STD (sex transmitted diseases). Alat ini juga tidak boleh digunakan oleh wanita yang belum pernah melahirkan anak, bercadang mahu menambah bilangan anak, alah kepada bahan yang diperbuat daripada tembaga (jika memilih untuk menggunakan Paraguard), menggunakan injap jantung tiruan ataupun mempunyai sejarah penyakit radang pelvik (PID).

Kesan sampingan
Kekejangan, sakit belakang selain daripada haid yang banyak. Perlu diketahui, alat ini boleh meningkatkan masalah kemandulan. Anda perlu melakukan pemeriksaan ke atas tali dalam tempoh tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh doktor. Malah tali berkenaan juga kemungkinan 'terkeluar' dengan sendirinya tanpa disedari si pemakai.

INFO
Anda perlu segera menghubungi doktor jika anda mengalami masalah berikut: ~Tali IUD tidak berada dalam posisi asalnya,
~Haid lambat dan terlalu sedikit.
~Hujung IUD dapat dirasai d selvik.
~Kekejangan yang teruk dan/atau sakit perut.
~Kesakitan atau berlaku pendarahan sewaktu mengadakan hubungan seksual,
~Demam tanpa diketahui sebabnya.
~Keputihan yang berbau busuk.

sumber:
Majalah PA&MA 68
Mei 2006

Kondom

cth kondom lelaki - tq en google

Kondom
Alat ini ialah sejenis sarung yang diperbuat dariapda getah lembut dan perlu di sarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghalang sperma, maka tidaklah kehamilan. Keberkesanan penggunaan kondom ialah di antara 80-90%. Namun begitu kaedah ini menjadi lebih efektif jika ia digunakan bersama spermisid. Anda tidak memerlukan preskripsi jika suami anda memilih untuk menggunakan kaedah ini. Tambahan lagi, ia telah terbukti dapat melindungi para penggunanya daripada masalah STD.

Kesan sampingan
Kebocoran ataupun air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Oleh kerana itu, para suami isteri yang mahu menggunakan kondom perlu merancang terlebih dahulu sebelum bersama. Dalam keadaan tertentu, ada segelintir wanita alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan. Antara lain, kondom hanya boleh dipakai untuk sekali penggunaan sahaja dan perlu digunakan setiap kali anda mahu mengadakan hungungan intim.

INFO
Kondom yang dihasilkan daripada membran haiwan tidak dapat melindungi anda daripada HIV.

sumber :
Majalah PA&MA 68
Mei 2006

*Sekarang terdapat kondom wanita juga..sila klik disini untuk keterangan dengan lebih lanjut.*

Rabu, 24 November 2010

Suntikan Perancang

Semoga anda semuanya dilindungi ALLAH SWT hendakNYA..
No terpanggil untuk berkongsi entri ni pada semua ya..pasal perancang..


Apa itu Suntikan
Terdapat dua jenis suntikan yang boleh anda gunakan daripada Depo-Provera dan Lunelle. Suntikan jenis Depo-Provera dapat mengelakkan pembebasan telur dari ovari dan mengubah lendir serviks di dalam lapisan rahim. Manakala Lunelle pula mengandungi dua jenis hormon (sama seperti kandungan pil perancang). Oleh itu, suntikan ini turut mempunyai kesan sampingan yang sama seperti pil perancang. Walau bagaimanapun, keberkesanan kedua-dua jenis suntikan ini ialah 99%.

Jika Depo-Provera dipilih, anda hanya perlu melakukan suntikan setiap 3bulan. Ia sangat efektif, mampu bertahan lama dan yang paling penting ia dapat mengelakkan kanser rahim. Suntikan jenis ini selamat digunakan selepas kelahiran dan sewaktu menyusukan bayi. Selain itu ia dipercayai dapat mengurangkan masalah sengugut. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan Lunelle pula, anda perlu menjalankan prosedur suntikan sebulan sekali. Ini membolehkan anda kembali subur sekiranya keputusan untuk tidak lagi menggunakannya.

Walau bagaimanapun, pengunaan suntikan tidak dapat melindungi anda daripada masalah STD. Oleh kerana peratusan keberkesanan suntikan adalah terlalu tinggi, tentu sekali ia bertindak dalam tempoh yang panjang. Jadi jika anda bercadang untuk hamil, anda perlu menunggu 6-24bulan untuk kembali subur. Dalam pada itu, ia tidak begitu digalakan untuk digunakan oleh wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kanser payu dara, abnomal mammgram, haid tidak teratur atau sedikit, tekanan darah tinggi, migrain, asma, epilepsi dan diabetes.

Kesan sampingan;
Haid yang tidak teratur, kurang bernafsu, pertambahan berat badan, sakit kepala, kehilangan mineral tulang, ruam atau kulit berbintik-bintik, sering gemuruh dan pertambahan bulu di badan. Maklumat penting yang perlu anda tahu ialah sekiranya ada tanda-tanda kesan sampingan dialami selepas menggunakan apa-apa jua jenis suntikan, ia akan kekal selagi pengaruh suntikan itu berada dalam tubuh anda.

INFO
Sekiranya anda ingin hamil dalam tempoh 1-2tahun selepas menggunakan suntikan, anda dilarang menggunakan Depo-Provera.

sumber :
majalah PA&MA 68
Mei 2006

Crita Hal Doktor..

tq en google


Pagi tadi no p klinik..biasa la tiap 3bln skl p sana kena injek..masa masuk keta no dengar ada sorang doktor duk ceramah la radio..Abang kata radio IKIM..sapa nama doktor tu pun xtau sbb buka2 dh ada..pompuan..

Ni antara kata2 yang No dengar..
kenapa kita dapat maid seorang yang panjang tangan, curi tulang dan sebagainya..tp kite xkena pk kenapa ALLAH SWT mengutuskan maid tu tuk bekerja dengan kita..

Pastu xdengo sgt dh apa dia ckp sbb Abang duk crita hal doktor td..

Kebanyakkan kita mesti menyalahkan maid tersebut kan?..xpun menyalahkan ejen..xpun kenapa kita yang dapat sedangkan kawan kita dapat maid yang baik2 je..tp kita xsedo kenapa KITA yang dapat ujian tu..cube renung balik..

 apakah yang telah kita buat sehari2?..
adakah waktu kerja kita curi tulang?..
adakah kita ada terguna barang pejabat?..
adakah kita ada saja2 masuk lambat?..
adakah kita layan anak isteri/suami dengan baik2?..
apakah itu..adakah ini?...

Ya, macam tu juga klo kita ditimpa musibah..cepat2 la beristigfar kepada ALLAH SWT..smg ALLAH SWT mengampunkan dosa2 kita yang lampau..jangan SESEKALI cuba menyalahkan keadaan tersebut..

Berbalik cerita hal doktor tadi..Abang gtau doktor tu skang adalah pensyarah. Masa dia ceramah tu xlari dari menyebut ALLAH SWT..

Antara yang Abang crita..
1) Doktor tu pesan jangan sesekali mencampurkan bahan perasa dalam masakan. Bahan tersebut boleh memudaratkan badan kita..boleh mendapat pelbagai penyakit..kepada penjual TOLONGLAH jangan pk nak untung saja tp KESIHATAN pengguna yang lebih utama..sbb telah diketahui bahawa bhn perasa ni boleh lebih menyedapkan lg hidangan..buat surirumah gunalah bahan2 yang asli.

BETUL dan memang TEPAT sekali sbb mak sedara belah Abang dlu jg tukang masak masakan panas..dia cakap semua jenis masakan tersebut mmg banyak mengandungi bahan perasa..lebih2 lagi macam sup dan tomyam..masa dorang rebus tu dah buh bahan perasa dan masa masak skl lagi dorg buh..dh 2x..sbb tu bl kita masak dirumah xsama rasa cam restoran punya kan?..

2)kes pelajar kena rejek = mmg klo ikut undang2 perubatan pelajar yang xlulus kena rejek..boleh tak kita sebagai pensyarah tolong balik pelajar tersebut..cari dimn kesilapan mereka..pelajar tu kan anak orang..kalo kita menolong pelajar tersebut hingga berjaya..insyALLAH ALLAH SWT akan menolong anak2 kita pla..malahan hg ke cucu cicit ALLAH SWT akan memberi RAHMAT..insyALLAH..
Mana tau kita berjaya selamatkan seorang pelajar..insyALLAH menjadi doktor yang baik..insyALLAH pelajar tersebut akan menolong ramai lagi keluarga..

dan doktor tu pesan..
3)Jangan sesekali ingat nak menjadi sorang doktor yang hebat tp jadilah seorang doktor yang memikul amanah untuk merawat pesakit kerana ALLAH SWT..

Takdan nak dengo panjang2 sbb klik tu xsapai 3km pun..

Alangkah bagusnya klo semua doktor macam tu kan?..tp skang kebanyakan doktor nak penuhkan tabung klinik dia je..bia cepat kaya..boleh pakai keta beso..ubat bagi mahal2..pastu ubatan yang xperlu jg d baginya sbb no penah dapat doktor mcm ni..last2 xmkn pun ubt tu..

Ada pula jenis xcek pun..tanya sakit pe terus bg ubat huhu..
Ada pula yang jenis mengeluh2..pesakit ramai la..penat la..pesakit byk kerenah la..bla..bla..bla..

ALANGKAH Bahagianya Aku Menjadi Isterimu..

Salam semua..semoga anda dilimpahi rahmat oleh ALLAH SWT hendakNYA..amin..

Baru2 ni no demam jd kami makan kedai je la tp pakai tapau hehe..Abang yang p amik oder..lame die duk lam kedai tu..tau la tu kedai kwn die mmm pe lagi duk mesyuarat tingkap la dlu huhu..

Tak lame nampak la kelibat Abang dengan membawa bungkusan..masuk2 Abang gtau duk borak ngan member..dlm ati da tau da hehe..Abang crite member die ajak p India cuti skolah ni just jln2 makan angin..
"brp org dorang p Bang?.." no tanye
"ade la dalam 3-4org tu..geng2 die sbb ade sorg tu blajo kat India dlu jd senang la dh tau jln sane.."
"tp Abang xtau la camne dorang tu sbb dorang p xbw anak bini pun..isk, klo Abang la nak makan angin abis beribu2 tp xde anak bini mcm buang duit je..cam xsempurne je idup..kite syok suke2 kat sane tp anak bini duk rumah" sambung Abang lagi
No kate "mungkin dorang dh biase cam tu kot.." tp dalam ati ALLAH je yang tau ALANGKAH BERSYUKURNYA dapat suami cam Abang..

"mase Abang p KL pun duk lam flight, tingat ke anak bini..best klo dpt bw skl..tp keadaan xizin pla.." sambung Abang
"duk makan lam hotel pun tingat ke anak bini..abang makan sedap2 anak bini makan pe la agaknye.." Abang mengomel lagi..

Patut la tiap kali waktu makan mst Abang col tny dh makan ke blom..huhu

 Kebanyakkan orang lelaki yang dah kawen tp masih mengamalkan care idup mcm bujang2 dlu..lepas keje minum dlu ngan kwn2 seblom balik rumah..malam2 kua minum lagi..borak2 sampai tengah malam baru balik..ujung minggu ade agenda lain pla..huhu anda sebagai isteri macam mn perasaan agaknye ye?..

No rase bukan xboleh nak lepak ngan kengkawan tp klo dh hampir tiap mlm xelok jg kan..anak2 pun jd renggang ngan bapa dorang..hubungan suami isteri pun dah lain macam..berkawan pun ade batas dan hadnye juge kan..

Ada sorang kawan no..dia kate "akak klo di takdirkan idup sorang pun xpe la..akak redha"..

Tau kenape?..Suami dia jenis suka mancing..boleh dikatakan ade mase free mst kua..kalo x mancing, p menjale. Hari minggu pun bini bangun pg tengok2 suami dh xde..huhu.. Tp rata2 lelaki dorg mst cakap..
"untung tu dia p mancing, hasil boleh gak wat makan rumah drpd duk mancing pompuan lain"..
entahla, org kate berat mate memandang..berat lagi bahu memikul..Selama ni pun urusan anak2 terserah pdnya sorang, baik anto amik anak2 skolah, macam driver teksi dia kate..akak tu bukan xkeje mcm no ni tp jd cikgu skolah lagi..mn nak pk hal plajar lg, anak2 lg..rumah tangga lagi..hubungan pun x mesra cam kite suami isteri..mmg kesian sgt2 kakak tu..kalo c suami die xnampak jg segale pengorbanan tu..mmmmm..xtau la nk cakap pe..banyakkan berdoa dan bersabar je la..

Entahla nak cakap camne tp no beruntung sesangat dapat suami yang jenis duk rumah..bukan xnak bergaul tp alasan Abang..
"malas la nak kua, rase nak rileks lam rumah je.."
Bukan xde kengkawan dia ajak kua minum tp selalu Abang mengelak..

Abang punya jadual 2x semgu seblah mlm ade latihan badminton just suke2 tuk ilang tention n peluh..xpe la tp tuk borak2 '0'...mmm kim salam la kot. Hari mgu mst bw anak bini pusing2 just nak lepas tention anak bini di rumah..xpun lepak2 tepi pantai..paling xpun menapau makanan ke pastu makan tepi pantai hehe..
duk melayan anak2 men lumbe lari..

Selasa, 23 November 2010

APA Anda Rasa Masuk Kedai Tapi Tak Dilayan?..

Salam semua..harap sihat wal-afiat la hendaknye ye..

Hari ni No nak mengomel pasal customer service..mmm apa yang anda rase bile masuk lam kedai tp tuan kedai tu wat donno jek?..rase cam nak kua balik pun ade kan?..

tq en google

Citenye No cam ni..mlm td No p UK (Ujana Kewangan) cz Abang rase nak makan Pizza..lepas ode kene tgu 15mnt (take away) so No p kat stokis Cosway jap..lagipun dh lame No xp beli brg..masuk2 ade sorg lam tu..dengan muke masam nye tak tengok sape yang masuk lam kedai tu huhu..No cam biasa la cari brg yg nk sbb selfservice kan..No tny brg yg xjmp ade ke dia jawab sambil men tepon..xtau la die duk sms ke apa ke..dh costumer masuk kan..beri la perhatian sket!..huhu sabo je le..

Dah siap beli barang..tak banyak pun, RM 36.60 je..kad No dia letak atas kaunter tu..time amik brg terlupa nk amik kad..dia wat donno je tengok kite..bila berpaling balik nak amik kad..die kate
"ini akak punye"..
ngatkan ape, upenye slip bank CIMB..
"eh, bile pule ade kad CIMB ni" no kate depan die..
tp xpe la dh jenis kite malas nk bising2 No amik la slip tu..entah2 costumer mn yang tertinggal kat situ xtau la huhu..

Sebenarnye..No perati situ mmg jenis xmesra alam sket..waima salesgirl dia pun mcm tu dlu..tanya brg pastu boleh ke kata "tak tau la saya"..pastu bile die tengok muke No lain macam sket..ala bukan nye ape, muke terkejut je dengan dahi berkerut hehe..baru la dia p cari..

Pernah satu ketika ade 2 casher tp sorg tukang bace sorg tukang punch..abis terpakse tunggu la jawabnye..nak kate mesin cash register rosak..elok2 pla die gune..mmmm tempat dah strategik tp service plak wat hal huhu..

No lebih suke beli d Jalan Jati..sane bile kite buke pintu je mesti dorang sambut dengan senyuman..ye la, kite bukan nak di layan cam puteri raje tp sekurang2nye dengan sebuah senyuman dah boleh buat kite happy kan..kite pun seronok nak beli barang..sekurang2nya dapat point tuk stokis die gak kan..

Satu lagi Kedai Runcit Mei Yi yang depan perumahan No ni..kalo kite tanye..
"ade kelape x?.."
kalo xde die geleng kepale je..
Kalo tanye barang lain dia pakai tunjuk isyarat mulut je kat mn2..xde la nk p tunjuk mn dia letak brg tu..ye la kan..dah kedai tu kite xbiase masuk..cari2 xjumpa pla..kene la tanye..Kadang2 rase macam peminta sedekah je masuk kedai die nk brg free! huh!..Tp yg herannye klo costumer tu dia kenal or kroni dia la kot..amboi3..siap tepuk tampar gelak ketawe laginye huhu..

Anda camne pla..apa crita anda?...