Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 30 Disember 2010

LABUAN In Love..

Antara tempat yang menarik di Labuan..





tengok tu...kecik je pulau nye..

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan


P/S
semua imej ihsan en.google..kredit 2 u..

KEJAP Ok Kejap Tak..

Anda semua tentu ada peberet restoran memasing kan?. Klo tak p sana merasa barang sedikit..mmg tak sah la jawabnye. Duk mengidam lebih pada org peknen lagi kan?..

Alkisahnya..No suka sangat restoran ni. Kat sini masakan ketam2 dia mmg best sesangat. Tempat pun luas dan cantik. Sesuai klo company wat dinner ke apa ke. Ketam2 dia mmg segar2 sebab hidup2 lagi. Kita main pilih je nak yang besar mana dalam akuarium dia tu.

Masakan kegemaran No ialah masak Buttermilk. Abang Masak Merah, Masak Blackpepper. Yang 3jenis ni menu wajib la..



buttermilk dah kena kebas daaaa


Selalu klo kawan2 datang dari KL ke Sabah ke Sarawak ke, kami akan bawa ke sana. Klo urusan pejabat No tak ikut la.

Malam tadi Abang bawa kawan2 dia dr HQ p dinner sana. Balik2 Abang cakap tak sedap pla malam ni, tak abis makan pun. Sebelah je Abang makan, tak lalu katanya.

"Mama masak lagi sedap.." kata Abang

No pun toing toing toing la hehehe..kembang idung2 yang dah sememangnya kembang..ala yang spesis jambu air nih..

Adalah Abang tapau (sebab xmo membazir kan) dan No rasa memang tak sedap!. Masak Buttermilk dia cair, tawar dan tak kena selera langsung.

Kadang2 bukan sana je..kat restoran lain pun ada macam tu gak..minggu ni kita p ok..sedap!..tp kebetulan bawa kawan..alamaaaak..xtau la kawan tu cakap pe. Malu sesangat rasanya..

Tak tau la masalah pe..samada tukang masak lain2 atau mood tukang yang berubah2. Tapi bagi No sebagai pelanggan mesti yang terbaik kan?. Dah kita bayar tu bukan FREE! No harap sebagai pengusaha atau tukang masak kenalah maintain masakan dorang. Nanti kan pelanggan lari lagi la susah.

Pengalaman No pernah kena Teh Tarik 3x buat..
1) Teh terlalu tawar dan cair..kurang susu dan teh..No komplain suh tambah mana yang patut.
2) Sampai2 terlebih susu lak..MANISSSS!..komplain lagi..
3) Kali ni terlebih teh la plak..kelat sebat rasanya..mmmmm malas dh nak komplain..minum aje laaaa..sebab budak tu dah len macam muka dia..lagi satu malas nak cari pasal sebab hanya segelas TEH TARIK..dan lepas tu mmg No tak p lagi restoran tu!..

Anda pernah terkena tak?..

Rabu, 29 Disember 2010

LAGI Pasal Kartun...


tq en.google

Petang tadi keadaan cuaca tak berapa elok..tadi dh hujan sekejap pastu berhenti..masa No duk dapo masak2 ngan Kakak..tetiba bunyi guruh yang agak kuat..

Farihin : "Mama, tu gergasi berjalan ke gergasi bercakap?.."
No : ..???????
Kakak : "Bunyi tadi tu Mama.."
No : "Ooooo..hahahahaha"..sambil ketawa ngan Kakak
"Tu bunyi guruh la AbangYin. Guruh ni ALLAH yang cipta.." terang No lagi.
Farihin : "oooo..." agak2 Farihin paham la kot
No : "AbangYin tengok kartun apa pula kali ni..?"
Farihin : "Mickey Mouse Club House.."

Masa kecik2 dlu No bayangkan Gergasi yang amat besar sedang membelah Pokok Hujan dengan pedang yang amat panjang. Bila bilah di angkat keluarlah satu cahaya (kilat) dan bila bilah tu terkena pokok maka pecah lah pokok itu sambil mengeluarkan bunyi (guruh)yang amat kuat serta melimpahkan sejumlah air (hujan) yang sangat banyak...

Hehehe..kelako la pla bila bayangkan balik..anda pk camne lak?..

BOLEH Masuk Sekolah Ke Ni?..



Tadi duk lepak blog mamaEma, baca n3 pasal anak mamaEma..terlintas la plak anak No ni...hurmmmm

Muhammad Fadhlan Fahkri..minggu depan kena anta skolah tadika dah. Ermmmm..cakap pun pelat lagi..

Name Mama HO PI JA..
Adik tamo tawan ngan Tatak.. (adik xmo kawan dengan Kakak)
Adik tamo tatap ngan Abe..(adik xmo cakap dengan Abe)
Adik nak tenok tb..(adik nak tengok tv)
Tanan adik tatik..(tangan adik sakit)

Sejarah..c Faris dan c Farihin umo 2tahun setengah baru dapat cakap..nak apa2 lebih kurang macam 'gagak' la..ak ak uh uh..tunjuk sana sini..klo nak susu bunyi 'huk huk'..

Orang tua kata klo cakap cepat kaki lambat dan sebaliknya tp KEBETULAN tu kot sebab c Faris n Farihin kaki cepat, cakap mmg lambat tp c Fadhlan ni dua2 cepat dan serentak. Masa dalam kandungan nurse bagitau suh makan buah belimbing dan guava..takpun buat jus..yang kismis dan kurma tu biasala kan. Dengan izin ALLAH SWT..5-6bulan dah boleh panggil 'mma'..'bba'..lepas satu2 perkataan kua dari mulut monggelnya.

TAPI klo ikutkan c Nurul lagi la sama kes ngan Fadhlan, kaki tangan serentak tapi sebutan jelas dan terang..mmm masing2 anak, masing2 pe'el...

Faris dan Farihin bila dapat cakap je sebutan jelas dan terang tp c Fadhlan ni..janji faham suda!..ada juga yang No tak faham (Abang lagi la!)..kena ulang banyak kali baru la tahu butirnya.

Farihin umo 3tahun dah mahir ABC 123..boleh kira menurun dari 10-1. Fadhlan!???? ABC tu kenal la tp sampai tengah2 tunggang langgang hahaha..

Harap2 cikgu tak fenin2 la ya hehe..nak wat camne kesian gak Fadhlan duk rumah sorang2 (sebenarnya mama dia banyak 'projek' haha)..selalu cakap nak sekolah..time beli baju kasut, dia pun sibuk duk pilih. Yang paling penting dah pandai 'cuci' sendiri..klo tak lagi la fenin la cikgu hahaha..

Syukur juga bila mendapat berita bagi yang umo 4tahun akan di asingkan kelas lain..senang la cikgu nak pantau dan buat aktiviti..skang dalam pembinaan.

Pe2 pun..MAMA tetap SAYANGKAN kamu semua!..xmo banding bezakan..ALLAH SWT dah bagi anugerah yang tak ternilai untuk MAMA dan ABAH..insyALLAH MAMA dan ABANG akan membesarkan kamu semua dengan penuh kasih sayang hingga akhir hayat kami..insyALLAH..

KARYA Farihin..

ini Abah hahahaha..

mari mengira...

papaku pulang dari kota
papaku belikan kereta...
haha..tak jadi agaknye..

Kipas?!..ok, boleh la...

BAHANA Kartun..


Time duk temankan c Farihin makan nasi baru2 ni dia cakap..

"Mama, AbangYin boleh makan nasi takyoh kunyah..telan je.." sambil masukkan nasi lam mulut, terus telan...panjang leher2 duk telan nasi.

"Eh, mana boleh makan nasi takyoh kunyah. Kita kena kunyah lumat2 dlu la baru telan.." kata No..nak tergelak pun ada tengok keadaan dia time tu..

"AbangYin tengok kat mane ning..sape yang yang ajo makan takyoh kunyah.." tanya No lagi kekompiusan..

"Tu, lam tb tu..AbangYin tengok Upin&Ipin boleh wat macam tu.." kata Farihin dengan penuh kejujuran..


tq en.google

Aduyai..

"Tu kartun la AbangYin..kita ni manusia..setiap makanan yang kita makan kena kunyah dlu..klo tak kunyah nanti AbangYin susah nak berak..AbangYin nak ke?.."

Farihin geleng kepala..

"Nah, abiskan nasi tu..kunyah dlu baru telan.." sambung No

Farihin angguk kepala..

Aih..budak2 ni cepat benor belajar..klo yang betul takpe gak..

Selasa, 28 Disember 2010

IKAN Beso!!!

Tengah duk belek2 album lama..tetiba No jumpa album ni.

Wah! Ini la pengalaman paling syok sejak No duk Labuan. Acara ni diadakan tiap pertengahan tahun sempena Pesta Sukan Air Peringkat Labuan. Kebetulan tahun ni No ada di Labuan dan berkesempatan pergi tengok sebelom dorang 'angkut' letak kat lain..

Gambar2 ni No dah upload lam fb..time tu blog xwujud lagi..jd rakan2 fb dh tau la citte ni..

Biasa dalam Pesta Sukan Air ni macam2 ada dpertandingkan seperti perahu layar, perahu kayak, lawan tarik tali berperahu, pukul bantal dan banyak lagi la tp kami tak berapa minat nak tengok..panas la bawak anak2 ni..sebab utama kami p sana pun nak tengok yang ni la..

Jom tengok..




anak2 siap tanye nape lam mulot ikan tu ada ais? haha






Agak2 nak amik seko dua balik masak kat umah tu sanggup ke? Aih!..No tak sanggup leee..tak pecah lio pun..gerun ada la..huhu


Sempat gak naik time BOMBA wat demo..

"Adik nak jadi BOMBA la mama.."
"Nape nak jadi BOMBA?.." tanye No
"Ye la..nanti adik dapat naik moto beso.."

"Kalo nak naik moto beso tak jadi BOMBA pun takpe..belajar rajin2 dapat kerja bagus2..kumpul duit leh la beli moto beso.." Abang pula bagi semangat..

"Klo nak jadi BOMBA gak, belajar rajin2 nanti bia dapat jd BOS.." sambung Abang lagi

OLE Ole Dari Penang..

Malam tadi No terima kunjungan dari kawan baik a.k.a adik angkat. Yang suami ustaz dr Terengganu, yang isteri keje opeh orang P.Pinang..anak mami nih hehe..


Jeruk campur dan halwa pala tu No kirim 1kg/pek. Tapi dorang xmo amik la pla bayarannya jadi No tak tau brp harganya (lebih murah dr pasaran sebab sedara dorang yg jual)..yang No tau dah naik keco dah nih hehe..

Kemudian dorang bagi lagi ole2 dari Mekah. Mak belah pompuan yg p br2 ni..



Comelkan bekas air zam2 tu..dlu2 ingat bawak balik guna tong putih besar..sampai rumah jamu dalam cawan kecik2 sebab terhad kan..buah kurma dah abis dimakan xsempat nak snap hihi..

Terima kasih Ustaz & Nani..kueh baulu pun dah licin malam tadi gak..tinggal kueh gunting je lagi sket..semoga bertambah murah rezeki Ustaz & Nani lepas ni ya..amin..

SYOKNYEEEEE...Bila Ada DVD Home Theatre System

Tak payah nak merengek2 p pawagam dah hehe..errr selama ni penah p ke sana ke?..kompius..kompius hihi..

Alkisahnya tv lama No sound dia dah tak best..macam dah pecah je Abang kata..padahal br setahun beli..mmm biasala bila abis warranty tu macam2 la kan.

Kami pun p la servey..servey punya server ada offer la pla..aik! mikir 10x gak..harga HTS RM1,299 dapat offer RM999..pastu offer klo beli tb40 + HTS RM3,099..maknanya tb tu dalam RM2,100 jela..pastu dapat money back lagi RM300 klo kita register secara online (dalam 30hr bekerja br dapat 3ratus tu balik). Uiiiih! Banyak jimat tu...klo tolak teranjang tendang tb tu rege rm1,800! BRAVIA40 tuuuu..(sib bek bukan BARUA huhu)

"Mama macam mana, nak ke?.." tanye Abang
"Mama xkisah, ikut suka Abang la.." ayat paling sempoi la tu..
"Mama xkisah sokmo.." sambung Abang tersengih2..
"Ye la, kan duit Abang tu..ikut la..klo ada Mama suka, klo xde pun ok je sebab Mama pun bukan nye selalu tengok tb.." ayat nak jaga hati hihi..

Lepas amik ukuran tb tu kami pun minta izin nak balik tengok ruang cukup x.

"Kami balik kejap tengok ruang tu tp HTS tu saya nak ye, ada brp stok?.." tanya Abang
"HTS tu tinggal 1stok je lagi..tv tu pun sama sebab kami amik 2set skl..1set dh sold..yg baru xpasti sampai bila.." jawab salesgirl

Nampak mcm salesgirl tu hampa je..ala biasa la kami pun selalu bagi alasan macam tu klo xjadi beli barang..pusing2 dlu, pk2 dlu..

Sepanjang tu duk bincang2 Abang kata xpayah amik tb la sbb nnt xcukup nak pasang tile kat porch tu..ok la No pilih tile sebab nak juga tengok depan tu cantik hehe..sebelum ni kusam dengan simen kosong. Tapi balik ukur gak dan terus p kedai tu balik.

Sampai2 Abang pla wat pening kepala..
"Nampak berkenan la plak.."
"Pulooook..mmm ikut Abang la..Mama ok je.." sambung No

Dalam masa 3hari sampai la barang2 ni rumah No..nape 3hari? sebab 3x draw duit hahaha..skl leh kua seribu je..nak tuka dh tak reti..hari minggu lak kang lekat kad xpasal2..klo guna debit kad dia caj 1.5% (caj guna mesin dia)..klo guna utang pla ye caj 1.8%..jalan selamat sabooooo...

baru la best time tengok movie hehe


Tb yang lama lepak kat sini lak..bilik anak bujang tempat men PS2

abaikan je ye rak yang idup segan mati tak mahu tu hehe

tb lama belom di'naik taraf' dalam loteng atas lagi..
berat ooooo..duk situ la dlu..
leh jd akuarium dah tu sebab kale dh tuko ijo kuning
OH porch..duk diam2 dlu la ye..insyALLAH klo ada rezeki jatuh tergolek lagi kami akan sambung bagi shantek2 ye..


Mmmmmm tengah pk cat lam umah plak nih..porch bia dlu..

Berkenan tak?..CEPAT....promosi money back abis 31/12 ni..


Isnin, 27 Disember 2010

LULUS Akhirnya..

ALHAMDULILLAH...syukur pada ALLAH SWT..akhirnya No lulus Ujian Amali hari ni..

Bermula dengan no13 pada Ujian Bahagian 2 (bukit, parking dan 3penjuru)..tetapi bagi ujian jalan raya mendapat no5 (potong line org daaaa hehe)..

JUTAAN TERIMA KASIH kepada cikgu yang mengajar, sokongan padu daripada Abang, sokongan moral daripada rakan2 semua..dan tidak lupa juga kepada pihak JPJ.

yahuuuuuuuu!

Jumaat, 24 Disember 2010

BIAR Betul!!!!!

Waaaaaaaa..nak meraung pun tak guna! Jadi terkedu je la huk huk huk..

Nak tau kenapa?..gini citanya, minggu lepas 16/12/2010 No timbang berat No..dapat hasilnya..


OK, No puas ati la dengan hasilnya..konon2 nak sambung minum soya bio protien tapi syik tertangguh je..kemudian lupa terus.

Hari ni teringat nak timbang balik dan keputusannya...



Eh! Apsal plak makin naik?...Waaaaa..br teringat masa makan ketam tu tak hengat dunia! Makan nasi kuah singgang pun sampai menambah2! Kudap2 lagi!..lepas makan zzzzzzzzzz

Haish..tak boleh jadi ni. Klo 1minggu boleh naik 1kg lebih..sebulan? WAAAAAAAA..nangis la cik No ooi..ingat klo nangis tu leh turun ke?..

Ha..apa macam? cik No nak buat apa lepas ni?..

Nak makan nasi lagi banyak2?
TAK MAHUUUUUU!!!!..

Nak dengar lagi kata2 cik Abang "jauh tu dah nampak dah siapa.." ?
TAK MAHUUUUUU!!!!..

Pipi tu nak kena cubit lagi ngan cik Abang?
TAK MAHUUUUUU!!!!..

Tak teringin ke nak pakai balik baju lama2?..Tak pun baju time raya baru2 ni la..sebab kurung moden..
NAAAAAK!!!

Okey..kuatkan azam dan semangat..cuba lupakan dlu masakan yang best2..singgang pun xmo ye!

Go! Go! Go!...

MAKARONI Bakar


Camne, Suka tak? Ni kesnya dek terliur ngan abgMat punya resepi la ni huhu..makaroni ni No buat malam tadi dan ada baki lagi tuk bekpes pagi ni..ok la kan, simpan lam peti ais nak makan just panaskan balik.

Resepi asalnya abgMat letak tuna tapi stok takde rumah No. Yang ada lebihan ikan Tongkol masak singgang jadi No amik isinya sahaja. Banyak yang No lari dari resepi asal tapi bak kata abgMat buat la ikut kreativiti kita kan hehe..Ok, ni bahan2 yang No guna..

250g makaroni
6-7kpg cheddar cheese slice
1mangkuk isi ikan Tongkol
1biji bawang besar - mayang
3ulas bawang putih - cincang
1sudu teh serbuk lada hitam
1susu besar Sos Thai (nak letak lebih pun takpe)
garam dan gula (ikut citarasa)
sedikit air

BAHAN KASTAD
5biji telur
4sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
secubit garam
(pukul semua bahan dan ketepikan)

CARA
~Makaroni direbus dengan sedikit garam. Dah lembut toskan dan ketepikan.
~Panaskan oven sekitar 175'C-180'C..ikut kemampuan oven masing2.
~Lenserkan loyang, kemudian lapiskan dengan aluminium foil dan lenserkan sekali aluminium tersebut, ketepikan.
~ Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih. Masukkan sos thai dan sedikit air kemudian masukkan isi ikan tongkol tadi. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Angkat bila dah mesra dan campurkan ke dalam kastad tadi. Kacau biar mesra baru masukkan makaroni. Gaul mesra.
~Kemudian masukkan pula kedalam loyang tadi.
~Untuk toping aturkan cheddar cheese slice tadi hingga penuh dan tekan2 sket.
~Bakar selama 30minit atau sehingga masak.

Sedap dimakan panas2 bersama sos kegemaran anda. No menggunakan sos thai dan coleslow dressing..

Cubalah! dan hasilnya...
"Mmmm sedapnya mama masak, macam dalam hotel..." puji Abang sambil menambah lagi.

Anak2 pun cakap sedap.

Terima kasih pada abgMat atas cetusan idea ni..klo nak lihat resepi sebenar sila ke tiffinbiru ya. Anda pasti teruja!

Lepas ni yang baki makaroni tu No nak tukarkan ikan Tongkol dengan sosej pla hehe..

Khamis, 23 Disember 2010

GASTRIK Melanda...

Semalam kira2 jam 12thgr Abang sampai rumah dr KL..sampai je Abang xmo lunch lagi stil kenyang makan lam flight katanya. Borak punya borak sambil makan kudap2..dah tu mata pun layu la..zzzzzzz

Ops! Dah janji ngan anak2 nak mandi kolam so bangun dan tunggu Asar br p sana. B4 tu No makan sket cz lapo sangat huhu..sempat makan nasi kuah singgang dengan bertemankan cili taiwan..yum yum sedapnya..kira2 jam 4.30-6ptg duk mandi sana. Time balik anak2 nak makan satay la pla.

Lepas magrib makan satay punya la tak hengat huhu..sedaaaaap! biasa susah nak dapat satay yang ikut selera semenanjung, ikut tekak kita la hehe..

Tiba2 dalam jam 7.45mlm terasa lain macam..perut tetiba pedih..p makan MMT stil xilang juga..jam 9mlm terus p emegency cz panel dah tutup..kena injek 1jarum dan dapat ubat minum lagi..MA pesan klo xilang kena datang situ balik..


Tu dia..2botol sekali MMT, MA tu bagi. Balik terus ilang pedih lam perut tu..Alhamdulillah. Balik terus zzzzzzz akibat keletihan swimming ptg td.

Tetiba jam 10.40mlm No terjaga..mak oooi! rasa macam orang hiris ngan pisau lak..tak tahan sangat! No kejutkan Abang..2-3x kejut tak jaga2 juga...mmmmm saboooo..No goncang kuat2 baru la terjaga. Kesian pla sebab mmg Abang letih pun. Dah la br balik tengahari tu..petang layan swimming la..malam layan orang sakit lak..terus Abang bawa No p emengency lagi sekali.

Sampai sana No terus dimasukkan air kat tangan tu. Tambah ubat 2x..sikit demi sikit ilang sakit pedih lam perut. Doktor datang tengok keadaan No dan puas hati dengan keputusannya. Kira2 jam 12.45am No dibenarkan balik..yahuuuuu..tp kesian Abang sampaikan hari ni terpaksa amik cuti sebab tak cukup rehat..

Kira2 jam 8.30pg CC tepon pla, Abang kena jg p opeh sebab ada hal nak selesaikan. OTW p opeh, p amik ubat kat farmasi sebab takde stok malam td kat emengency.



Yang ijo kuning tu makan bila sakit je tp lam pek tu kena makan selama seminggu 1biji 2x sehari untuk meneutralkan perut.

Sambil tunggu Abang..lepak2 la dlu..




Lepas ni xleh makan pedas2, panas2, minyak2..mmm baru No ingat kuah satay tu ada rasa pedas sket tp stil ok lagi bagi No..nampaknya perut No xleh terima dh..

P/S
Terima kasih Abang...

Selasa, 21 Disember 2010

9 Kelebihan Mandi



Mandi biasanya dikaitkan dengan aktiviti membersihkan diri daripada kotoran. Tetapi tahukan anda banyak kelebihan jika kita rajin mandi? Jom kita kupas bersama..

1)Hilangkan Bau Badan
Berpeluh je dah tentu kita rimaskan. Apatah lagi bila peluh tu sendiri 'ada bau'. Tak selesa bukan. Nah! Bagi anda yang mengalami bau badan cuba2 la mandi secara teratur ya. Paling tidak pun 3x sehari. Kalo rasa 'ada bau' lagi, tiap kali nak solat tu rajin2 la menyiram ye. Sental la bagi segala kotoran tu ilang jangan duk main jirus je!

2)Redakan Ketegangan
Tak caya? Cuba time anda rasa sakit dan sengal badan tu kan, amik air sejuk atau ketulan ais dan di campurkan ngan air paip dalam anggaran sejuknya sekitar 12'C-18'C. Yang ni sesuai klo kita ada tub mandi supaya kita boleh rilek je duk berendam lam tu. Ini sebabnya, ia berupaya menyempitkan saluran darah kita dan meningkatkan paras gula dalam darah. Masa berendam tu kan, ikatan molekul dan zarah akan disusun semula dalam keadaan yang lebih teratur.

3)Segarkan Tubuh
Ooooo sudah semestinya pabila kita mandi akan segar kan. Masa mandi tu setiap percikan air pada tubuh kita akan menerbitkan ion hidrogen -ve yang sangat berguna untuk tubuh kita di mana elektron dicaj secara +ve. Ion -ve ni akan membuaktkan kita rasa tenang, menghapuskan bakteria dan meningkatkan kekebalan tubuh. Mak2 kita pun selalu suruh "pergi la mandi tu biar segar sket badan.."

4)Haluskan Kulit
Bila kita mandi secara teratur dan sudah tentu tiap kali mandi tu kita menyental kan? Dah tentula segala daki2 yang melekat akan tertanggal. Lebih2 lagi yang duk kat celak ketiak, paha, leher dan tengkuk tu. Selain tu peredaran darah pun teratur.

5)Atasi Jangkitan Kulit
Anda tau kegunaan sodium bikabonat selain kita wat kek?. Boleh jadi antiseptik tau! Caranya buh lam air mandian kita dan berendam la selama 10-20minit. InsyALLAH segala ruam dan gatal2 tu akan hilang. Ala lebih kurang macam mandi air garam gak nih..

6) Cerahkan Kulit
Nak tau camne? Kos paling murah buh susu tepung lam mandian kita tu. Klo yang hasil yang terbaik tapi kos pun 'terbaik' gak la hihi..beli la susu kambing atau susu segar dan campurla dalam air mandian anda tu ya. Berendam la paling kurang selama 10minit..lagi lama lagi la baik. TAPI sebelum tu anda kena scub dlu badan anda baru la leh masuk berendam ya. Baru la anda akan dapat hasil yang terbaik.

7)Kekalkan Kesihatan
Kajian dalam New England Jounal of Medicine, pesakit diabetes dapat mengurangkan tahap gula dalam darah sehingga 13% jika berendam di dalam air suam selama setengah jam. INGAT..ais meningkatkan paras gula tapi air suam menurunkan paras gula. Di Jepun pula, kajian mendapati golongan yang gemar berendam selama 10minit di dalam air panas, berupaya memperbaiki kesihatan jantung. Berita ini sangat baik untuk golongan lelaki.

Mandi wap juga turut berkemampuan dalam mengurangkan demam, selesema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, sakit sendi, meningkatkan metabolisma, memecahkan kolestrol baru dan lama, darah tinggi, anti penuaan dan amsalah tidur.

8)Langsingkan Tubuh
Dengan cara mandi wap (bersauna) kira2 15-30minit. Wap tu nanti akan membakar lemak2 kita sehingga 600 kalori. Peluh yang akan keluar bersamaan kita berjogging sejauh 5km. Wow! Menakjubkanlah.

9)Keluarkan Toksin
Tanpa kita sedari, kita dah banyak masukkan 'racun' lam tubuh kita. Bila dah masuk dalam susah pula nak keluarkan disebabkan tersumbat dengan lemak haiwan, minyak serta bahan kimia yang lain. Penyahtoksikan dari dalaman dengan meminum banyak air kosong dan disusuli dari luaran iaitu mandi. Anda disyorkan mandi dengan kepanasan antara 32'C-35'C antara 10-20minit. Jangan mandi lama2 plak..jadi menda lain plak nanti kang!

TAHUKAH ANDA?
Mandi air laut ketika tengahari boleh menyebabkan kekejangan. Waktu yang paling sesuai ialah ketika waktu subuh.

adaptasi :
Majalah PA&MA 87
edisi Dis '07

BUAT Hal Lagi!..Tarik Nafas..Hembuuuuus

Cuti sekolah hanya tinggal 2minggu je lagi kan? Ha...apa kenangan anda masa musim cuti2 ni time dorang lepak2 lam rumah..

Ya! dah pasti rumah kita tu dah bertuko rupa kan?..ala2 zoo pun ada dengan pekik terlolong dorang duk bergaduh la..dengan makan biskut yang sisanya tumpah merata2 la..pastu mesti tiap kali dorang makan..kiteeee juga yang kena moop kan?..hihi..

Macam No pla, time kita duk dapo dorang sepah kat ruang tamu dengan segala sisa makanan. Konon2 nak makan roti/biskut sambil tengok tb huhu..masuk bilik dorang dengan cadar yang entah kemananya..tu tak citte bab tandas dorang lagi! YA ALLAH, lepas mandi camtu je dorang letak baju atas lantai la dalam sink la..bakul tepi bilik tu agaknya perhiasan kot! Time mandi lak berejam jam! Sabar je la kan..

Cuma No agak bersyukur jg sebab ada c Kakak n Abe yg boleh la tolong No buat yang ringan2. Dah tahun depan dorang masuk darjah5 dan 4, pandai2 la bw diri.

TAPI nak tau apa dorang buat?..
Sebelum tu tarik nafas dlu ek..tenangkan fikiran hehe..



 Abang kata macam buat dengan batu kerikil



 nampak tak?


ha! tu diaaaa


 abis kiri kanan dikerjakanya


ada lagiiii


Mau taknye..tengok la!


Dinding pun menjadi 'mangsa' gak huhu..

Jadi..apa anda rasa klo terjadi pada anda? Nak rotan ke? Nak pukul ke? Nak marah2 ke?

 Memandang ni kete Abang, Abang yang bayo, Abang yang guna..jadi No pun diam je la..bunyi gak duk mengomel sket2 tp xleh la marah2..

No tengok Abang panggil anak2 yang besar 2orang tu kat luar..No malas nak amik port biar la Abang ngan anak2 je. Tapi lebar la jg telinga ni nak dengar...mmmm tak dengar mana pun..yang dengar,

Abang : Faham? (tegas bunyinya)
Anak2 : Fahaaaaaam... (jawab serentak) dengan nada perlahan
Abang : Nak buat lagi?
Anak2 : Tak mahuuu..
Abang : Janji?
Anak2 : Janjiiiii..

Pesan Abang..jangan memukul anak tanpa usul periksa..agama sendiri menyuruh merotan anak pabila tidak solat bila cukup umo setelah dipesan berulang kali. Ni kan harta dunia, hanya pinjaman tuk kita..bila2 masa ALLAH SWT tu boleh tarik semua tu.

Bersyukur la kita mendapat amanah dan anugerah dari ALLAH yang sempurna ini. Cuba bayangkan mereka yang ALLAH SWT telah menguji dengan menganugerahkan anak2 OKU..betapa besar pengorbanan mereka berbanding dengan kita yang kerdil ini.

Dan lagi satu..
"Ala nanti Mama guna kete tu lebih kurang camtu gak nanti..paling koman pun mesti ada kemek2 sket..Abang boleh agak dah klo pompuan bawak nih.."
"Sebab tu Abang xmo baiki lagi..biar Mama dah mahir baru Abang nak tukar cat dan baiki mana yang patut.." sambung Abang lagi...

Aduyai..ye ke? Anda bawak kete ada kemek2 tak?..

TAK SEMPAT

Hari ni 21/12/2010 maka secara automatiknya No punya voucer 20% tuk make over dan beli produk dah tamat tempoh.


Pertama sebab syik menangguh je hehe..ingat nak tebus masa kenduri kawen (ada 2tempat) tapi perjalanan pula tak sesuai..nak make up kat bandar, kenduri dekat je ngan rumah jadi takkan nak patah balik kan?..

Kedua, bila p bandar...sekejap la, len kali la, tak sempat la..macam2 'la' lagi la..

Last skl p bandar hari Sabtu 18/12/2010..ha! ok dah tu tapi masalah masa la pla. Sampai lebih kurang jam 5ptg, Abang terus ajak masuk opeh sekali ngan anak2..tak sempat la nak window shoping..duk melangut tunggu Abang siap keje dah jam6..magrib dah tu..kang p make up xsampai 5minit p cuci balik huhu..lagipun time tu dah lapar benor hehe..jadi lepas keluar surau terus p dinner..

RUGI? Mana ada rugi..dorang je yang dapat untung klo No beli produk dorang kan? Kita cuma dapat diskaun je la hehe..

Takpe la..klo ada rezeki No nanti tunggu la time birthday bulan Mac nanti..time tu dah la dapat 20% semua barang TAPI 1barang tu dapat 50%. Lagipun klo kita sll jengah kat TBS ada special price yang akan dorang pamerkan.

Jadi moral of the story..jangan selalu melengahkan masa. Yang mana patut buat di dahulukan..yang kurang penting kemudian kira dan yang tak patut tu diam terus pun takpe hehe..

LAGI Menjulur...Merangkak


Lebih awal bayi ditiarapkan, lebih cepat bayi akan menjulur dan merangkak.
Lebih banyak bayi menjulur dan merangkak, lebih kukuhlah kemampuan bayi bergerak, meneroka, membangun.....

Amalan-amalan Yang merencatkan Pembangunan Anak.
  • Ibubapa yang tidak memahami keangungan menjulur dan merangkak.
  • Anak yang sering ditelentangkan.
  • Anak yang tidak ditiarapkan.
  • Anak yang sering didukung.
  • Anak yang sering dikepit atau diriba.
  • Anak yang memakai 'walker'.
  • Anak yang ditidurkan di dalam buaian terlalu lama dan sering.
  • Anak yang di'kandangkan' dengan baby-cot.
  • Rumah yang terlalu kotor.
  • Rumah yang mempunyai banyak perabut.
  • Rumah yang tiada cukup ruang untuk anak menjulur dan merangkak.
  • Datuk dan nenek yang tidak terima keangungan menjulur dan merangkak.
  • Ibubapa yang tidak cukup membaca tentang bidang ilmu 'neuro-fisiologi.
sumber : buku
APA, MENGAPA & BAGAIMANA II
Cara Meningkatkan Intelek Anak
-KAEDAH & PROGRAM NURY-