Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 22 Disember 2011

Berehat Dlu..

Salam ziarah untuk pembaca No ya..

Untuk rakan2 maya No, izinkan No berehat sekejap dalam dunia blogging ni. Ini kerana No mendapat gangguan internet. Nak ziarah rakan2 pun tak selesa sebab lambat loading. Klo ada gambar lagi la lambat No nak tengok...kadang2 tak bukak langsung gamba tu huhu..

Tapi No masih aktif di FB..sape nak ADD sila ke Norhafiza Abdullah. Walopun tak nampak tanda HIJAU tu tapi No masih on9..klo anda hanta mesej dan berjawab tu on9 la No hehehehe...

Fazz : kakNo masih xdapat tengok video hantu tu la...sabooooooo

Jumaat, 16 Disember 2011

Jawapan : Gambar Tersembunyi

Jawapan untuk gambar dalan entri Gambar Tersembunyi : Jom Cari semalam ialah...


Tuuuuu hihi
Kepala Orang
Orang ke 4
Beruang
Nampak Ayam? hehe

Khamis, 15 Disember 2011

Gambar Tersembunyi : Jom Cari..

Hari ni No nak main senaman mata. Biar terang bijik mata kite hehe...

Jadi, jom jom kite cari...
#1 : PELUKIS

#2 : KEPALA ORANG

#3 : ORANG KE-4

#4 : BERUANG

#5 : APA YANG ANDA NAMPAK??

Selasa, 13 Disember 2011

Ketiak Berbau?..Malunyeeee

Pernah tak anda masuk dalam lif..orangnya takda tapi ADE BAU laaaaaa...bau apa? Hapak hapak tapi intai intai tak nampak..bukan hapak tapi HANGIIIIIT huhu..


Ataupun, dalam lif tu ada beberapa orang dan bau tersebut tak tau dari TUAN yang mana satu. Tu ok lagi kan. TAPI, klo la TUAN EMPUNYA BADAN tu, muka cantik, bodi menggoda tapi lalu tepi kita...YA ALLLAH....nak termuntah la plak.. Eh, anda jangan kata takda orang macam tu ye. No dan Abang pernah terkena. Yang memalukan sekali Abang boleh siap bagi komen.."Harap muka je lawa" huhuhu...Anak dara pulak tuh..


Jadi bagi yang rasa bawah lengan dia tu macam ADE BAU, cuba la pakai deodorant. Beli la yang sesuai dengan badan anda. Sekarang ada macam2 kan dari yang jenis spray, stik dan roll-on. Bah kan yang jenis losyen pun ada. Sabun tawas pun ada ataupun serbuk tawas. Biasa di kedai India ada jual.


Sabun Tawas

Dlu No pernah guna ni..
-Serbuk Anti Keringat-


Ada juga sesetengah orang dia memang tak suka pakai deodoran tapi buat cara tradisional. Jadi No kongsi la petua2 yang boleh anda amalkan ya..


1) Amalkan menyapu limau nipis di bawah lengan anda setiap kali lepas mandi. Limau tu potong dua la ye. Jangan pula p sental sebiji2 tu hehe..
2) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih, rendamkan dengan air panas dalam 1cawan dan minum airnya. Amal la selalu.
3) Semasa mandi amalkan menyapu campuran kapur (secubit je) bersama perahan limau nipis. Gosok dengan kepala lutut. Kemudian mandi dan bilas seperti biasa. Amalkan 2x seminggu. 
4) Semasa mandi juga amalkan menggosok ketiak anda dengan belakang tapak tangan anda atau kepala lutut anda.
5) Sapukan ubat gigi dan biarkan seketika. Bilas dan mandi seperti biasa.
6) Amik beberapa helai pucuk jambu batu. Ramas dan lumur di ketiak. Bilas dan mandi macam biasa. Boleh hilang daki dibadan juga.


Atau anda ada petua yang lain yang boleh kita kongsi bersama?

Jumaat, 9 Disember 2011

Farouk Hussain- Terima Kasih Ya..

Siapa tak kenal ngan Farouk Hussain? ..Aaaa, x kenal? Aish, tak kan tak kenal kot..mai cheq nak habaq mai..ala, yang kurus2 tinggi2 tu..yang cumil2 tu hihi..yang kelako2 tuuuu...ala, PELAKON la...haaaa..dapat teka?..Ye la yang jadi pengacara dalam Warung Kita @Astro Prima dlu tuuuuu...


Ni No nak kongsi cerita sekitar tahun 1994. Masa ni No lepas SPM..saje gatai2 minta kerja dapat la kerja sementara kat Subang Airport. Time ni KLIA tak kenal laginye.


Satu hari tu No dah lambat p keje. Tunggu teksi pulak sekian hal kat bus-stand tu. Nak naik bas memang tak sempatnya sebab kena amik 2buah bas. Datang satu teksi tu No tahan..aish ada orang la pulak. Patut la tak benti. Tapi tetiba No tengok ada teksi berundur menghala arah No. No buat tak tau je la sebab kita tengok depan bukan belakang kan. Sampai betul2 dekat No berdiri tu...sekali dreba teksi tu tanya..


Dreba Teksi : Kerja kat Subang Airport ye?
No : Ya encik..
Dreba Teksi : Mari la naik, enFarouk tu suh amik cik..


Sekali No pandang belakang..waaaaaah, siap angkat tangan lagi Abang Farouk kita tu. Dengan seragam PRAMUGARA yang warna hijau lembut tu. Wah, berbunga2 la No meleret senyum..Ehem, anda jangan nak mengada pulak ye ingat No de pe2..Umah dia dekaaaaaat je ngan umah Abang No kat Kelana Jaya. Tapi skang No tak tahu samada Abang Farouk tu masih disitu atau dah pindah. Lagipun Abang No pun sekarang dah pindah ke Kelana Utama.


Anda sume tertanya2 kan macam mana Abang Farouk tu tau No kerja mana...hehehe..melalui seragam uniform No la hehehe...klo tak..dia tak kenal nye minah sepet hidung pesek pakai spek ni haaaaa..hahaha


Nampak kan, begitu baik nya hati Abang Farouk sampai kan sanggup balik jalan kaki ke rumahnya. Ye la, kita naik teksi mesti la nak suh hantar sampai kat gate rumah kita kan. Ni tak, sanggup Abang Farouk berjalan No rasa lebih 100meter gak kot dari bus-stand ke rumah Abang Farouk. Mesti berpeluh2 dengan kot hijau tu hehe...


Begitu la adat kan, buat PELAKON/SELEBRITI yang lain tu..bila dah terkenal..jaga la peminat anda sebaiknya ya. Kerana peminat anda naik dan kerana peminat juga anda hancur.


Buat Abang Farouk, sekiranya ada terbaca blog No ni..waaaaah, macam berangan MAT JENIN la plak..eh eh, mana tau kan kan kan...buatnye Abang Farouk search nama sendiri..maka terkeluarla tajuk entri dan blog No ni kan kanzzz hihi...>>mood perasan<<


No nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH, semoga jasa baik Abang Farouk akan dibalas sebaik2nya oleh ALLAH SWT..No doakan juga semoga Abang Farouk sekeluarga sentiasa hidup bahagia hingga akhir hayat..dan semoga berjaya dunia akhirat...amiiiiiin...


Comel kan anak Abang Farouk...
>>gambar dari sini<<

Mungkin Abang Farouk dah lupa peristiwa ni tapi No akan ingat sampai bila2...TERIMA KASIH sekali lagi..

Pernah tersempak dengan pelakon Abang Hilal Azman dalam bas SRIJAYA no33, antara tahun 92-95. Mulutnya sentiasa menguntum senyuman dan sentiasa membalas senyuman dari peminatnya walaupun masa tu Abang Hilal terpaksa berdiri.

>>gambar dari sini<<
Pssst...No salah sorang peminat Abang Farouk dan Abang Hilal ni tau...

Rabu, 7 Disember 2011

WA KENA BEB!!!!

Alkisah di suatu minggu yang lepas..kira2 jam 3.30ptg..


Abang : Jom kuar jenjalan, Abang nak bawa Mama p TELUK INTAN..kita makan kacang rebus kat sana..
No : Joooom..


Maka kami pun keluar menyusuri Jalan Gopeng-Jalan Pengkalan Pegoh..


Abang : Abang rasa kita silap jalan dah ni..Abang dah terlepas lorong..takpe kita masuk jalan ni je la..
No : Tu ada signboard ke Lumut..
Abang : Alaaaaa..kita dah masuk jalan lain dah nih. Kita ke Teluk Batik la..Lumut kita dah p kan..
No : Mmmmm, kita p PANTAI REMIS la Bang..tak dapat makan KACANG REBUS kita makan CELOP TEPUNG (udang, sotong, ikan) la..


Sekaliiiiiiiii...dah sampai PANTAI nye tak nampak REMIS nya tak timbul..CELOP TEPUNG entah ke mana..perut pun masuk angin..Orang PERAK mesti KENAL tempat nih hahahaha.. Kemudian singgah kat masjid kat situ. Abang tanya orang kat mana ada pantai yang paling dekat. Mamat tu kata ada satu pantai tempat penternakan penyu dan satu lagi tempat lepak2.


Kami pun meneruskan perjalanan. Tempat penyu tu kami tak singgah tapi kami singgah di Teluk Senangin kira2 6.20ptg. Ok la, boleh la buat hilang penat dan kebas vontot duk lam kete.


Dreba yang still maintain senyum..
tengkiu Bang..

anak2 apa lagi..main pasir laaaaa..
Dorang ni bila nampak laut je terus minta nak mandi. Aish, mana boleh..dah la bajunya tak bawa..pastu tu orang nak balik kita pulak baru je sampai huhu.. Tak sampai 10minit main pasir, perut minta diisi. Nasib baik ada kedai makan lagi yang masih buka.



Abang : Tutup jam berapa ni Bang?..
Tuan Kedai : Sebenarnya kami nak tutup dah ni..takpe la, makan la dlu..


Maka kami pun makan di SENJAKALA...di kala Azan Maghrib berkumandang huhuhuhuhu....



Lepas makan, cepat2 kami beredar terus balik ke Ipoh. Singgah di Masjid Sri Iskandar dalam hujan yang lebat. Dan lagi sekali kami diduga, silap masuk jalan pergi ke bandar Ipoh la pulaaaaaaaak...mmmmmmm jam 10 malam baru la sampai rumah..


Abang : Best la p PANTAI REMIS..nak p lagi tak?


Sindir Abang sambil tersengih2 hahahahaha....


Nota Kaki :
PANTAI tak semestinya ada pantai..contoh Pantai Remis la apa lagi waaaaaaaaa..selain tu PANTAI DALAM (Kl)


PULAU tak semestinya duk dalam pulau..contoh PULAU KAMBING (K.Trg), PULAU KERENGGA (Marang, Trg)


PSSST : No cuba masuk blog anda tapi internet No ada masalah 2-3hr ni..ada yg leh buka tp xleh tengok gambar..ada yg xleh komen..ada yang xleh buka langsung coz loading lambat huhuhuhu..insyALLAH, masalah dh selesai No singgah lagi ye..MOHON MAAF DARI NO..

Selasa, 6 Disember 2011

Berkolek Di Putrajaya & Jejak Kasih

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT juga No berkesempatan bertemu dengan kawan lama No masa melawat Abang No kat HSEL baru2 ni. Kami terpisah sejak No Tingkatan 3 lagi iaitu tahun 1992. Nah skarang 2011 baru kami berjumpa mata. 19tahun tuuuuuu...sukanya sangat No hihi... Boleh kata ni la bestfreind No dlu2..ke hulu ke hilir duk berkepit je ngan Nita nih..

baru prasan, serba PINK lagi hihi

Lepas tu langsung Abang bawa p KLCC..tak naik pun just lepak2 kat taman tu je. Time tu dah jam 5.30ptg, jadi xde masa nak naik dalam Suria KLCC. Si Husna dah muncong coz dia nak melawat PetroSains dalam tu. Husna dan Faris dapat diskaun klo masuk dalam sebab dorang ahli kelab TAHA (Tabung Haji) tapi xde rezeki mereka lagi. InsyALLAH Abang janji lenkali nak bawak dorang naik juga..
tak naik pun xpe ah..
bergambar pun jadi leeee..
hahaha...dengan jeans lagi nye..
Sampai sana tengok budak2 main air terus mintak nak join sama...apa lagiii terus buuuuuuuush dalam air hehe..


Esoknye sebelum balik Ipoh, Abang bawak p Putrajaya. Mmmmm mendayung le kite ye.. Abang amik Pakej Keluarga RM58 untuk 2Dewasa dan 4kanak-kanak. Dorang buat diskaun seblah pagi sebelum jam12 ada potongan separuh harga untuk Dewasa. Harga sebenar Dewasa adalah RM30/person dan Kanak-kanak RM10/person. Tapi bila kira2 balik jatuh rugi la pulak kan (RM30 + RM40 = RM70).


Kami naik sampan je..klo naik Cruise uih, rasanya tak berbaloi plak. Pakej kami xsilap RM90+. Lagipun time pagi cuaca tak panas lagi, leh rasa hembusan angin segar lagi.


Masa untuk keliling separuh tasik adalah lebih kurang 25-30minit klo bot..klo Cruise xsilap dorang cakap 45minit keliling tasik. Ok la, leh tengok pandangan sana kan.


sukenyeeeeeee
Kebetulan, yang bawak bot tu orang Bachok, Kelantan...mmmm apa lagi, jumpa geng la Abang tu. Peramah pulak adik bawak bot tu...errr No terlupa lak namanya huhu..Terima kasih ya Adik layan kami dengan mesra sekali. 


Adik tu kata, jarang orang tempatan nak naik bot. Biasanya ramai pelancong je yang naik..mungkin bagi mereka XDE MAKNE kot huhu...

Isnin, 5 Disember 2011

Syukur..Dah Kembali Stabil

Syukur ke hadrat Ilahi..berkat sokongan dan doa anda semua Abang No telah kembali sedar dengan izin ALLAH SWT...amiiin 

Syukur padaMU YA ALLAH..semoga beliau kembali sihat dan dapat meneruskan tugas2 harian serta dapat menyempurnakan segala PerintahMU YA ALLAH...

Terima kasih kepada semua yang telah turut mendoakan Abang No dalam entri Kritikal secara langsung mahupun tidak langsung.

No telah ke Hospital Selayang pada pagi Sabtu 3/12/11 dan selamat sampai disana. Ahad 4/12/11 No bertolak balik Ipoh.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG NO. Sokongan anda semua amat No hargai. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa baik anda semua..insyALLAH..amiiiin

TERIMA KASIH sekali lagi..

Khamis, 1 Disember 2011

Kritikal

-Raya 2011-

Assalammualaikum..WBT

Mohon jasa baik anda untuk mendoakan Abang No yang paling tua Hj Muhammad Hj Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chegu Mad P.Ramlee supaya diringankan beban yang beliau tanggung.

Buat masa sekarang beliau masih tidak sedarkan diri dan berada dalam Wad CCU, Hospital Selayang, Selangor.

Sebelum tu beliau pergi untuk 'cuci darah' namun keadaan beliau menjadi lemah selepas itu dan ada berkaitan dengan jantung serta paru2.

Beliau adalah bekas Guru dan Pengetua di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu.


Sabda Rasulullah SAW ; “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan hadis daripada Abu Sa’is al-Khudri secara marfu’ (maksudnya): “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi).


Amin Amin Ya Rabbill'alamiiin...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa, 29 November 2011

Celoteh

Himpunan celoteh celitih kuarga No...




Abang : Dah besar dah AbangYin ni kan..
Farihin : Klo macam tu, AbangYin leh makan MEGI la..
Abang : Nape plak?..
Farihin : Hari tu Mama cakap, MEGI tuk orang besa je..budak2 tak leh makan..
No : huhuhuhuhuhu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


No : Adik nak baby tak?..
Fadhlan : Adik nak baby LAKI je..
No : Nape xmo baby pompuan?..
Fadhlan : Klo LAKI mesti la Abah yang jage..=> kes cemburu la ni hehe..
No : Klo baby nak susu?
Fadhlan : Abah la bagi susu..
No : Aik, Abah mane ade susu?..
Fadhlan : Abah bagi gune botol la..
No : kuangkuangkuang......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Farihin : Mama, lama dah Mama tak buat kue LAMPIN..
No : Kue pe AbangYin?
Farihin : Kue LAMPIIIIN (siap dengan mulut2 Farihin buat)..
No : Mama pernah buat ke kue tu, tak ingat la Mama..Kue camne?..
Farihin : Hari tu pagi2 Mama buat kue tu..yang puteh2 yang lembek2 tu cicah nge kuah merah..
No : Ooooooo...tu LEMPENG la..(cicah nge sambil bilis hahaha)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Di sebuah kedai makan..Farihin membaca satu persatu menu makanan. Sampai satu menu........


Farihin : LEM (sile bace LEMbu)...PENG (sile bace PENGkid)..kue pe ni Mama?..
No : LEMPENG (sambil No betulkan sebutannya)..kue yang Mama buat tu la, yang AbangYing suka makan tuuuuu...
Farihin : oooooh...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Time makan kat meja makan...Abang suka sangat menyakat anak2..


Abang : Sedapnyeee lauk yang ABAH MASAK..
Fadhlan : Tak lah...ni bukan Abah masak..ni Mama masak..
Abang : Aik, bukan Abah ke yang masak takdi...
Fadhlan : Taklah, Adik tengok Mama yang masak takdi..Abah MASAK (buat) AIR TEH je..
No : Hahahahahaha.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Suatu hari time buat lemang ngan kawan2...yang pompuannya mesin kelapa dan perah santan. Yang lelaki ada yang balut daun pisang dalam lemang..ada yang nak buat PARA (tempat bakar lemang)..Abang pulak amik tugas basuh beras.


Dah siap kami mesin kelapa dan perah santan tiba nak rendam beras...Abang yang basuh beras tak siap2 lagi...Aih..lama beno die ning duk lam bilik air.. No p tengok la...


No : Tak bersih lagi ke berasnya Bang?
Abang : Belom lagi..tak jernih2 lagi airnye ni haaa..


Loooooooooooo, patut la tak jernih2..abis hancur diramasnya beras pulut tuh..NAMPOK BENO 'TERRER' memasok hahaha...


No : Hahahaha, orang tak RAMAS beras tu Bang..buat macam ni je..(sambil No tunjuk cara membasuh beras)..


Kami pun bantai gelak kat Abang..kemudian bila cerita bab nak buat lemang je..dlu2 lagi No cakap........


No : Takpe Bang...bab basuh beras dah ADA YANG PAKAR...
Kami : Hahahahaha

Ahad, 27 November 2011

Duk Spita..

****sambungan entri Edisi Luah Perasaan : Doktor Bekeng


Di Kelantan amat berbeza sekali..Bermula dengan doktor dibahagian kecemasan di HRPZ2, Dr Raihan yang sentiasa SENYUM dan sentiasa mengucap BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM serta meminta izin untuk melihat 'jalan' membuat No terasa selesa.


Dalam wad para misi juga sentiasa bercakap dengan sopan dan senyum sentiasa terukir. Para doktor apatah lagi. Begitu pandai menjaga hati para pesakit. No diperiksa oleh 4orang doktor pompuan dan doc yang last sekali sampai kan minta maaf sebab terlalu banyak tengok TUUUUUUT No untuk pastikan ianya betul BERSIH. Dengan MEK (panggilan untuk pompuan bangsa cine yang agak berumo, taraf mak kita la) pun doc pakar siap buat lawak lagi. Faham2 je la ye biasa orang berusia ni banyak karenahnya. 


No layak untuk 1st class tapi memandangkan No selesa dengan keadaan disana No tak kueri bila dimasukkan ke 3rd class..tapi di labuan jangaaaaaan...klo anda layak masuk 1st class sila berusaha ya sebab bila anda duk 2nd atau 3rd..huhuhu, sabar la melayan karenah misi2 ye..


Namun emosi No sedikit terganggung dek Tenaga Pengajar dari sebuah kolej terkemuka di Pantai Timur. Tenaga Pengajar ni No dengar misi panggil 'Cikgu' dan para pelatih memanggilnya 'Puan'. Sikap nya yang agak kasar dan memang xpernah senyum kepada para pelatihnya.


Pernah satu ketika pelatihnya tersilap dalam mengisi maklumat pesakit..depan2 pesakit 'Cik Puan' ni sound pelatihnya. Klo la No ditempat pelatihnya, sure No terasa amat malu. Klo ye pun nak tegur kesilapan pelatih, ada ayat yang paling LEMBUT. Bukan dari segi gaya bahasa bahkan dari segi gerak laku cukup membuatkan No jengkel dengan tingkah lakunya. Kok ye pun 'Cik Puan' mengandung, jaga la sket emosi ya. Orang lain pun mengandung jugak tapi xde la macam 'Cik Puan' ni.


Esoknya No tunggu kelibat 'Cik Puan' tapi hampa..sebab yang datang 'Cik Puan' lain plak. Haa, 'Cik Puan' ni mengandung juga tapi xde la macam yang semalam. Walaupon tegas dengan pelatih tapi dimukanya masih melemparkan senyuman dan bertutur dengan lemah lembut dengan pesakit. Adalah sifat2 keibuan tu..No tengok cara dia melayan MEK yang sebelah No tu pun sejuuuuk ke. No dia tak cek la sebab dah nak keluar wad yahuuuuuuu...hihi...


Baju purple tu 'Cik Puan'..
Ops..ada kumbang dalam taman leeeee...


Tangannya sentiasa kat pinggang..sakit pinggang agaknya..maklum la mengandung kan huhu..

Suami yang selalu perihatin..

Err, bab ni No memang xleh salahkan si suami tu walopon kita rasa sedikit terganggu bila kita duk baring huhu...tapi klo boleh TIME BUKAN WAKTU melawat tu jangan la duk tersengih2 situ huhuhu...

Sib baik xmasuk air...iklan je lepas amik darah..

Ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua Doktor dan Staff wad Mawar di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas segala layanan anda kepada para pesakit selama ini dan semoga anda semua sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT...Amiiin


~SALAM MAAL HIJRAH 1433H~

Jumaat, 25 November 2011

Edisi Luah Perasaan : Doktor Bekeng

Bekeng aka Garang


Sebelum ni No dah bagitau kan kenapa No beria-ia sangat xmo buat D&C kat Ipoh dan rela lari balik ke Kelantan. Anda nak tau?...


Bermula dengan No bleeding dan ke KK Tg Rambutan, jadi KKTR refer ke HRPB Ipoh. Doktor di KKTR berpewatakan wanita muslimah dan sangat lemah lembut tutur katanya tapi berbeza sekali di HRPB..agak kasar dan seolah2 No ni membawa masalah padanya.


Sampai di HRPB, No di interview oleh sorang doc cayanunalif lelaki (DL) dalam sebuah bilik. Sebelum No masuk Abang meminta kebenaran untuk masuk sekali dan diizinkan. Dalam bilik tu terdapat sorang lagi pesakit pompuan. Masa doc laki tu duk isi borang maklumat No, tetiba masuk la sorang doc pompuan (DP) yang berpakaian ala2 bedah gitu dan No sempat jeling TAG namanya.


DP : Why so many people here?
DL : ~~~diam je tak menjawab sambil memandang DP~~~
DP : Sape pesakit disini angkat tangan..
No dan sorang lagi pompuan tu angkat le tangan...
Doc P : Bukan pesakit sila tunggu diluar ye...


Waaaaah, cara cakap tu MENYINDIR bukan main..Abang hanya tersenyum tengok gelagat DP tu sambil berlalu keluar. DP tu meneruskan kerjanya-scan pompuan tu-kemudian baru scan No. 


(DP =sila baca dengan kata tegas, tiada senyuman, klo adapun No rasa senyuman tak ikhlas dan terpaksa atau menyindir..mungkin keletihan akibat tekanan kerja)


DP : Sebelum ni ada guna perancang?
No : Ada..
DP : Guna apa? Brapa lama?
No : Injek..dalam 4thn jugak la..
DP : Kenapa benti?
No : Dia yang suh benti..
DP : Dia tu sapa?
No : Misi kat klinik desa Labuan tu la..
DP : Kenapa dia suh benti?
No : Dia kata tak bagus injek lama2..
DP : Bis tu, dia tak suh guna kondom ke, makan pil ke?.. -aik macam tak bagi mengandung je-
No : Tak.. 
DP : Kenapa, merancang nak mengandung ke?
No : Tak juga sebab sebelum saya nak mengandung biasanya saya p urut perut saya dlu..maksud No betulkan peranakan No macam No buat sebelum ni..


Tapi belum sempat No jelaskan, tetiba DP yang tengah scan perut No menenyeh (menekan) dengan kuat alat scan ke perut No sambil marah dengan kuat..misi dan DL tu dengar la apa yang DP ni bebel..


DP : Ada lagi rupanya yang PERCAYA kepercayaan KUNO macam tu..bla bla KUNO bla bla bla..


Tetiba No tercengang..tak kata apa2..jantung berdegup kencang bercampo baur..


DP : Angkat kaki 


Katanya dengan tegas sambil mengambil sejenis alat panjang (camera) dan terus jolok ke TUUUUUUT No tanpa minta izin pun.


DP : Sah..memang kena D&C..janin tak jadi..
No : Sebab apa janin tak jadi? Adakah sebab amal perancang atau faktor umo?
DP : Janin cacat..bukang sebab tu..(jawabnya ringkas)..jadi awak ada 2pilihan..nak tunggu gugur sendiri atau buat D&C?..
No : Klo gugur sendiri berapa lama?
DP : Tak pasti, awak nak tunggu brp lama? Klo dia tak gugur jugak macam mana?
No : Klo D&C bila?
DP : Pagi esok, awak boleh balik dan datang jam 10pg.
No : Boleh..boleh (tanpa berpk panjang No jawab)..
DP : Bagus..jadi baca dulu risiko yang ada dalam ni dan sign kat bawah tu (sambil hulur sekeping kertas)


No baca dan...
No : takut pulak saya bila baca RISIKO ni..
DP : Tu la..RISIKO tu pesakit akan tanggung. Kita tak boleh nak elak klo berlaku.
No : Boleh bincang dengan suami tak..
DP : Boleh, nanti masuk balik..


Setelah berbincang dengan Abang dan amik risiko tunggu turun sendiri. DP bagi No masa 1minggu iaitu pada tarikh 22/11. Sekiranya No xmo buat lagi pada 22/11, No boleh bagitau nak tunggu lagi 1minggu. Sekiranya dalam masa 2minggu tu tak gugur juga maka No kena buat D&C juga.


Malam tu, No cerita pada Abang..DP tu kasar orangnya. Abang pun perasan katanya. Dan part KUNO tu buat Abang agak marah..


Abang : KUNO?..aik, kita bukannye p jumpa bomoh jampi ke, mantera ke amal mende syirik ke..kita cuma jumpa bidan kampung. Lagipun bidan tu dari misi kerajaan juga dlu..dah pencen jadi bidan kampung la plak..bla bla bla Abang bebel....
No : Tu la..yang mama takut sekiranya DP tu yang buat D&C kat mama, dia main rodok je sebab kita dah sign. Lagipun mama tak selesa sebab situ ramai doc cayanunalif dan kaplamnga..Mama nak balik buat kat kampung la..
Abang : Elok juga tu..


Bukan minta untuk dilayan sebagai PUTERI tapi cukup la sekadar SENYUMAN yang membuatkan pesakit rasa selesa dan tenteram. Bukan makin terbeban dengan beban yang ditanggung..


>>>agaknya ada masalah peribadi kot<<< (masih bersangka baik huhu)


****bersambung****

Khamis, 24 November 2011

Kenapa PENGUGURAN HARAM Tetap Berlaku?

Salam sayang dari No untuk anda semua. Terima kasih kepada semua yang tetap memberikan sokongan dan semangat untuk No..ALHAMDULILLAH, No sihat dan masih berpantang.

Bagi rakan2 No anda semua sudah maklum pasal No dalam entri sebelum ni kan. Jadi sepanjang situasi tu, No dan Abang sentiasa berusaha untuk mengelak dari melakukan D&C -sila rujuk entri Sah : Keguguran (Missed Abortion). Rakan2 No juga tidak lekang memberikan petua itu dan ini. Tapi memandangkan masa No dah tak banyak sebab klo apa2 berlaku No nak buat di Kota Bharu dan bukan di Ipoh (ada sebabnya, nanti No cerita).

Seorang rakan baik No telah mendapat maklumat dari misi gomen mengenai sejenis pil yang boleh menggugurkan kandungan tapi hanya terdapat di klinik swasta sahaja. Kemudian kami berusaha menjejaki setiap klinik dan tanpa segan silu bertanyakan berkenaan pil tersebut. JAWAPAN memang mengejutkan kami...MEMANG ADA..bahkan sekiranya kami tidak mahu kandungan tersebut pun ada klinik swasta yang melakukan D&C secara HARAM. Mudah saja, anda perlu membayar KOS UBATAN yang SANGAT MURAH dan buuuuuuus..janin anda akan keluar. TAPI sekiranya sebarang RISIKO berlaku, anda akan tanggung SENDIRI. 

Dan apa yang PALING MENGEJUTKAN terdapat satu klinik yang di usahakan oleh graduan daripada universiti terkemuka MELAYU ISLAM pulak tuh telah menjalankan kegiatan tidak BERMORAL dan amat POPULAR dikalangan minah2 supermaket atau minah2 rempit. Hanya telan PIL dan SELAMAT.. Meremang bulu roma No huhu,..PATUT LAH MEREKA LANGSUNG TAK INSAF..ADA TEMPAT BERLINDUNG RUPANYA...

Tanpa membuang masa..20hb No telah ke klinik pakar sakit puan dokto cayanunalif dan diberikan beberapa biji pil. Dalam masa 5jam janin telah keluar. Pagi esoknya 21hb, No dinasihatkan untuk ke hospital (masa ni pandai pulak cari hospital haha) untuk mengesahkan rahim dah kosong. Alhamdulillah hasil pemeriksaan doktor semuanya telah keluar cuma No kena tahan dlu memandangkan No bleeding sejak 15hb lagi..takut juga klo2 ada jangkitan. Demam, muntah, pening, tumpah darah No tak ada esoknya 22hb No dah keluar wad. ALHAMDULILLAH semuanya SELAMAT..

23hb..kami pulang ke Ipoh. Nasib baik tiada jalan yang terputus dek keadaan sekarang.

****lepas ni kena sambung injek la, takut perkara sama berulang lagi****

Rabu, 16 November 2011

SAH : KEGUGURAN-(Missed Abortion)

Jutaan terima kasih atas semua rakan2 maya No yang telah memberikan kata2 semangat untuk No dalam entri semalam. Tapi Kuasa ALLAH SWT kita tidak mampu melawan.


Semalam lepas No taip entri Bleeding kira2 jam 11.35pg sekali lagi terdapat sedikit lelehan darah. Terus call Abang dan atas nasihat klinik yang No rawat malam semalam supaya terus ke Klinik Kesihatan tempat No buat buku pink tu. Dan doc telah mengeSAHkan janin telah 'mati' setelah scan dibuat. Tiada degupan jantung. Terus surat dikeluarkan untuk ke Hospital Raja Perempuan Ipoh, Perak.


Di sana sekali lagi No discan diperut juga dimasukkan camera ke dalam TUUUUUT untuk lebih terperinci. SAH. Setelah membaca RISIKO yang No akan tanggung semasa atau selepas proses D&C, Doc memberi 2pilihan samada nak buat cuci rahim (D&C) atau biarkan 'janin' tanggal sendiri memandangkan keadaan janin yang hampir tertanggal. Doc bagi masa No seminggu sekiranya janin masih disitu maka No akan menjalani proses D&C pada 22/11 jam 10.30 pagi.


No pasrah kerana itulah ketentuan ILLAHI kerana DIA MAHA MENGETAHUI. Syukur ALHAMDULILLAH keatas nikmat ALLAH SWT yang dipinjamkan selama 10minggu ni. InsyALLAH, dengan kuasaMu akan beroleh rezeki dilain masa.




>>petikan kata Dr Zubaidi<<

Disini No lampirkan sumber rujukan untuk makluman anda.

Kebetulan Abang kene outstation semalaman di Grik, Perak. Abang terus bawa No ikut sekali dan No amik keputusan untuk terus balik kampung. No bercadang nak terus ke USM, Kelantan atas sebab2 yang No akan jelaskan kemudian. Apa yang dapat No katakan keadaan di HRPB, Ipoh amat No tidak selesa sama sekali. InsyALLAH ada masa No akan buat satu entri.

*****Keadaan No sekarang sihat tanpa rasa sebarang kesakitan..sekadar rasa tidak selesa dibahagian perut yang hanya sesekali datang dan tidak menganggu tugas harian. Doakan supaya janin No akan gugur dengan SENDIRINYA dan SEPENUHNYA tanpa sempat melakukan D&C.*****

Selasa, 15 November 2011

Bleeding...

Dah jam 7.30mlm kelibat Abang tak kelihatan lagi. Hujan yang tadi rintik2 mula lebat. Tengahari tadi Abang bagitau dorang p inspection kat Setiawan, Perak..dan kebiasaannya memang balik lambat sket.. Risau kot2 taya boco ke apa ke..No tepon 2-3x tak berjawab pulak. Nak naik solat kang Abang balik tak sedo pula.

No keluar rumah kejap untuk alihkan ampaian takut tempias hujan dan tetiba nampak cahaya slow2 sampai ke rumah..ALHAMDULILLAH, Abang sampai dengan keadaan basah kuyup kira2 jam 7.40mlm..biasa la merempit kan huhu..

Abang masuk bersihkan badan dan solat. No pula amik giliran dan tetiba No nampak tompokan coklat kat sua..ala macam kita lap aiskrim coklat kat mulut anak kite tu..berderau darah No. TAKDE PULAK RASA SAKIT..Cepat2 No bagitau yang No nak p klinik dan tunjukkan pada Abang..Abang nampak risau. Tanpa makan malam yang sepatutnya Abang bawa No ke klinik. Kesian Abang, dah la letih2 baru balik..suruh makan dlu xmau pula..

Sampai klinik doc scan. Agak lama juga la doc nak cari janin tapi tak jumpa. No mula risau..BETUL KE AKU NI MENGANDUNG???

No : ada bb ke doc?
Doc : sekejap ye, tak jumpa lagi ni...

No dah cuak..sebab selama No mengandung ni memang xda rasa apa2 pun..mual, morning sickness ke cuma selera makan mak oooiiii...sabo je la...dah bambam nih huhu

Sekali doc jumpa..LEGA No dibuatnya. No nampak 2x doc amik keputusan tu. Dan hasilnya...

saiz bb : 17mm
usia bb : 5m 1h
duedate : 15/07/12
No tengok Abang..Abang tengok No..Tak sepatah pun keluar dari mulut Abang. No pula macam2 tanya tanda tak puas hati. Tapi, apa yang boleh No katakan bahawa No tak puas hati dengan jawapan yang diberikan. No dibekalkan dengan ubat kuatkan rahim sebab katanya mungkin sebab rahim No tak kuat.

Klo diikutkan tarikh LMP No ialah 6 September 11 dan EDD jatuh pada 13 Jun 12 mengikut kiraan dalam buku pink ni. Dan usia janin No sepatutnya dan 10minggu. Saiznya pula anggaran 3cm atau 1 1/2inc. Ni maknanya keputusan scan ni selisih sebulan.

Abang : Abang tengok doc tu macam letih je. Nak tanya soklan pun tak sampai hati. Suara pun slow je sampaikan Abang dengar tak dengar. Agaknya doc tu silap kot masa nak tick tadi. Sabar ye.

No tabahkan hati..23 Oktober ni turn No buat scan kat klinik kesihatan pula. Nanti No nak compare hasil scan tu.

Terima kasih Abang sebab tak jemu2 memberi dorongan dan semangat pada No. No dah baca kenapa No bleeding dalam artikel ni dan No xmo pk yang bukan2. Lagipun hari ni dah xde darah dah..Alhamdulillah. Apa yang No fokus adalah saiz bb pulak.


PUNCA TAPAI KE?? TAPI DAH LAMA TAK MAKAN....

***Lepas scan balik umah baru No rasa tak selesa kat perut..saboo sabooo..pg ni ada rasa macam ngilu2 sket..kadang2 je..Doakan semoga janin No terus sihat seiring dengan kesihatan No...***

Isnin, 14 November 2011

Penjual Tudung Tak Bertudung-

Pagi semalam No p pasar tani dengan Abang naik moto.. Lepas beli barang kami terus balik sambil round2 dengan moto. Sekali No terpandang dalam 1 gerai jual tudung2..rasa berderau jugak bila tengok si penjual tu berambut ala2 rebonding paras bahu duk dalam gerai tu. Dia sorang2 je takde pelanggan lagi masa tu. Aik, pelik pulak kan..gerai 100% jual tudung tapi penjualnya freehair pulak. Klo jual barangan lain tu xdelah nampak pelik sangat..aduyai..


No tak puas hati, lepas melintasi gerai dia..No berpaling lagi dan No amati betul siapa la gerangan empunya badan tu. Loooooo, hahaha lelaki upenye..rambut ala2 Zamani Slam gitu ahaks....tepuk dahi No dibuatnya..kuang kuang kuang..


Moral : Lain kali selidik dlu SEBELUM MENGATA..

Jumaat, 11 November 2011

Qurban Aidil Adha 2011

No just nk kongsi lembu yang paling sporting ni je yang sebatang dari kakinya dan sekerat dari lidahnya No dh buat ROJOK KATEH hehe..

dah bersedia nampak nih...






Lembu tu 1bahagian bersamaan RM330. Lembunya baik dan kurang lemak. Bahkan boleh dikatakan 0.01% je lemak yang nampak. Klo kumpul2 tak sampai 300g rasanya.

Daging bahagian kami tu sume kami bahagi kepada 3bahagian pula. 1bahagian kami amik, 1bahagian sedekah dan 1bahagian hadiah kepada jiran tetangga.

Alhamdulillah selesai sudah..

Raya ke-2, kami tak masak pe2 pun sebab ada undangan openhouse 3umah je pun hehe..AlHamdulillah..terima kasih atas rezeki ni..

Khamis, 10 November 2011

Rojak Kateh


Salam semua..huh, seminggu No menyepi kan..biasalah kan, musim2 raya ni tak sempat nak berblog pun. Fb je yang lajuuuu hihi..

Kali ni No nak kongsi resepi Rojak Kateh atau di Terengganu kami sebut ROJOK KATEH. Makanan ni juga biasanya hanya terdapat di Terengganu sahaja kerana ianya makanan tradisi rakyat Terengganu. Lain la klo rakyat Terengganu ada menjualnya ditempat anda kan. KATEH adalah isi yang terdapat ditulang rawan. Ini bermakna sesiapa yang ada penyakit gaut adalah dilarang sama sekali merasanya hehe..


BAHAN
Kaki lembu/kambing/kerbau

CARANYA
~Kaki tersebut hendaknya dibakar kira2 10-15minit supaya kuku dan kulitnya mudah ditanggalkan. Cara menanggalkan dengan menggunakan sebilah pisah, di kupas macam kita mengupas kulit mangga bahagian kulit bulu tersebut.
~Bahagian kuku hanya buangkan tapak kukunya dan tinggalkan isi/tulang kuku tersebut. Kemudian basuh bersih2 dan rebus sehingga empuk.
~No guna periuk tekanan yang hanya mengambil masa 30minit.
~Dah empuk No hiris dan kikis semua isi. Ketepikan.

KUAH
~10 tangkai cili kering di kisar halus atau 1/2 senduk cili boh.
~ segenggam asam jawa di jadikan semangkuk air.
~1keping (kecik) manisan atau gula melaka
~gula, garam dan cuka secukup rasa.

CARANYA
~Masakkan semua bahan tersebut hingga mendidih dan masukkan isi tadi. Masaklah sehingga mendidih sekali lagi. Lagi sedap sekiranya dibiarkan semalaman (atau dah sejukkan masukkan kedalam peti ais) dan esoknya dididihkan sekali lagi.
~Enak dimakan sejuk2 selepas dikeluarkan dari peti ais. Tapi No tak buh dalam peti ais pun, nak makan, tiap kali No panaskan hehe..

Guna ni..sekejaaaaap je masak.. 
Abis No kikis..liciiiiiiiin

Ini lah hasilnya..banyak juga yang dapat...

Alhamdulillah, percubaan pertama No dapat pujian dari Abang. Dan No terkejut Abang pula yang lebih2 makan rojak kateh ni..sekali makan 3mangkuk huhuhuhu...

Khamis, 3 November 2011

Jawapan WW Semalam..

Alahai...nampaknye xde yang dapat jawab dengan betul. Dan nampaknya xde rezeki anda juga la..

Jawapanya ialah..


Kami main ni hehehehehe......

Close up lagi..

Selasa, 1 November 2011

Acu Parang Di Leher

Ini kisah benar berlaku kepada jiran No. Tapi dia tinggal di blok lain, Teres 1tingkat, No tinggal Teres 2tingkat.

Malam ahad lepas No p ziarah jiran No ni. Kami panggil dia Abang Syed. Abang Syed ni India Muslim bersama isterinya juga bangsa yang sama. Cuma apa yang No rasa hormat ialah didikan yang beliau asuh pada anak2nya cukup membuatkan kita yang sememangnya lahir sebagai ISLAM menutup muka MALU. Aurat mereka dijaga sempurna, bertudung melepasi dada dan sentiasa menjaga tutur kata. Sedangkan kita tidak malu hanya keluar bert-shirt lengan pendek, bertudung senteng di dada >>huhu No pun pernah buat ni<<

Ok, berbalik ceritanya..malam Deepavali kira2 jam 10mlm..mereka baru pulang dari berniaga di pasar malam. Si Ibu sedang solat dalam bilik, Si Ayah dalam bilik air mengambil wudu' dan Si Bongsu membasuh pinggan di anjung kereta.

Tiba2 datang 2orang lelaki India berpakaian serba hitam, berjaket kulit dan berhelmet penuh. Sorang masuk ke dalam rumah terus menuju ke dapur dan terserempak dengan Si Ayah, terus di hunusnya pedang ke leher. Si Bongsu pula dalam keadaan yang sama di luar sana bersama seorang lagi lelaki India.

KO DIAM..kata lelaki India tadi.

-Dalam rumah-
Lelaki India : Mana Mohan?? Sambil parang masih di leher Si Ayah
Si Ayah : Tak tau..ini rumah Islam..saya Islam..Saya tak kenal sapa Mohan..

Tiba2 keluar Si Ibu dengan berpakaian lengkap berbaju sembahyang..sambil memohon minta dilepaskan bila tengok keadaan suaminya sedemikian..

Si Ibu : Tolong la incek..kami Islam..tengok di dinding penuh dengan ayat2 Suci Al-Quran..sambil berkali2 menyebut nama YA ALLAH YA ALLAH TOLONGLAH KAMI..

Lelaki India tadi melihat seluruh rumah dan terus beredar maju setapak demi setapak. Namun sempat meragut rantai Si Bongsu. Telefon dan laptop atas meja kopi langsung tidak diusiknya..

Syukur Alhamdulillah kerana anak lelaki mereka baru keluar bersama kakak sorang lagi. Sekiranya ada bersama sudah tentu akan jadi mangsa akibat TERSILAP ORANG. Ini la yang dinamakan KUASA ALLAH SWT..hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI..

Masa ni baru la Abang Syed tu kenal siapa jiran2 terdekat. Masing keluar tengok keadaan tapi masuk balik dan terus menutup pintu rumah masing2.

**Sebenarnya dorang silap masuk rumah..rumah yang sebenarnya hanya berselang blok saje huhu..

Sekiranya ianya berlaku kepada jiran anda..LAKUKANLAH YANG TERBAIK YA..jangan pentingkan diri sendiri kerana kita tak tahu bila masa kita akan tiba.

Pernah tak anda dengar cara yang terbaik untuk mengelak PUKAU/SANTAU adalah sentiasa berwudu'?? Naah, lakukannya sekarang walopun ada diantara kita tak dapat lakukan sepenuhnya..

Isnin, 31 Oktober 2011

Pernah Dapat JOHAN?

Sedang No duk belek gambo2 lama dalam fb ni..tetiba No tersentuh dengan komen ni..


Hahaha...No sungguh2 xtau yang No pernah jadi Johan dalam Pertandingan Bayi Sihat. Yang No ingat memang No selalu p klinik desa kat kampung No tu. Masa tu tentula kita dah besar sebab dah ingat memori tu..

Klo nak tau cerita sebenar kene jejak kasih jumpa ayah si BHKM ni la..tu name gleme..ala, takkan x ingat cite Kesatria Baja Hitam..salah satu cite kegemaran No dlu selain Gaban...

Ni la No si Bayi Sihat tu hehehe
DOB : 8 Mac 1977
Berat lahir : ntah le...

Nurul Husna
23 Mei 2000
Berat lahir : 2.9kg

Muhamad Faris
13 Sept 2001
Berat lahir : 3kg

Muhammad Farihin
4 Feb 2006
Berat lahir : 3.55kg

Muhammad Fadhlan Fakhri
19 Mac 2007
Berat lahir : 3.2kg

Sume gambo anak2 adalah baru lepas bercukur hehehe....

Sabtu, 29 Oktober 2011

Misteri 7E....

Mula2 sekali No nak minta maaf la ye. Sebabnya No pun 50/50 nak percaya ni manusia ke syaitan. Tapi video ning dah di upload meluas dalam fb terutamanya pemilik akaun dari Terengganu.

Banyak andaian telah didapati. Bagi yang was2 terus menghubungi kenalan masing2 di sana. Malah ada juga pergi sendiri untuk bertanya khabar betulkah kejadian tersebut. Dan terus respon yang ianya betul2 terjadi.

Kejadian berlaku di 7 Eleven Paka, Dungun Terengganu..

Walau pe2 pun..anda nilai la sendiri. Sekiranya betul ianya pun makhluk ALLAH juga kan. Tapi sekiranya tidak maka anggaplah jelmaan tersebut adalah MAKCIK YANG KURANG SARA klo dalam istilah melayu ada penyakit mental. Atau ada seseorang yang mempunyai niat tak baik..Tapi jika sekiranya 3-3 tu salah dan hanya lah editting semata2..No memang tabik la kat budak yang buat video ni sebab dah bagi GEMPAR SELURUH WARGA PAKA amnya dan seluruh rakyat TERENGGANU khasnya..Dan editting yang terbaik sebab part akhir tetiba HILANG GHAIB..Tapi No rasa BUKAN EDIT sebab bayangannya terpisah diantara stiker dan barangan di cermin 7E tu. Mmmmmmm...sape ye??

Cuma apa yang No pasti dalam video ni kata ada nampak BUDAK..dan perhatikan bila Zizol yang pakai baju merah tu keluar..dengar dari percakapannya memang ada budak tp di dalam video tersebut BUDAK TIDAK KELIHATAN..

Tonton la dan nilai la sendiri...ini adalah rakaman dari cctv 7E dan di rakam balik dalam hp..


p/s : antu moden pakai handbag daaaaaa hihihi....

Tapi No juga ada peristiwa yang benar2 berlaku pada kawan No..dalam dia duk snap2 gambar dalam acara bakar2 ala bbq kat umahnya..lepas di upload dalam pc dan terjumpa la sekeping gambar ni..

Makhluk bercahaya
No pernah buat entri  di sini tapi sayang tuan punya fb dah padam album ni sebab ada yang tuduh dia mereka2 kan cerita. Hanya ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI..

~WALLAHUALAM~


No klo tersempak iblis syaitan tak takut tapi klo terserempak orang bertopengkan syaitan..kita tiup bace jampi serapah pon dia tak lari2..habis2 tangan kita yang putus huhuhuhu...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Angkara Si Madu


Sakitnya hati tak siapa yang tau..
Hanya padaMU tempat ku mengadu..

Hancurnya jiwa merobek hatiku..
Bila di khianati bertalu talu..

Ye la..mana tak sakitnya hati bila kawan yang kita percaya sanggup menipu kita kan. Dah nama kawan, kenalah kita percaya tapi ada juga ada niat sebaliknya..Mulut manis kemain laginya..Sakitnya..Sedihnya..Pedihnya memang terasa. Sebab ianya akan meninggalkan kesan untuk jangkamasa lama bagi kita.

Masih pening2 lalat lagi ke?..Ni ha..Abang beli sebotol madu dengan kawannya. Kata ASLI. Dah ramai orang beli dan ada pelanggan tetap lagi. KATANYA LAH..Sekali Abang amik la masa bulan puasa dlu klo x silap. Dah bekasnya besar, No asingkan dalam botol kecil dan selebihnya simpan dalam peti ais. Sekali lepas raya tengok dah beku..hawau betul la. Kemudian Abang letak kat luar tak lama, datang la berderet2 sang semut.....

Nampak tak semut tu?..

Pati gula (anak panah)

Ni yang dah hampir sebulan duk kat luar.

Memang masa mula2 beli ada bau2 masam sket. Tapi lama2 bertukar jadi manis dan akhirnya memekat kemudian membeku. Harga? Jangan tanya la sebab dah ASLI kan tentu la ADA HARGA sket tapiiiiii.....hampeeeeh..

Memang ada petua cara2 nak kenal yang mana ASLI ke tak kan tapi kita dah kira percaya kat kawan kira ambik je la.

Antara ciri2 MADU ASLI
1) Titik atas tisu/kertas..klo x serap ASLI la.
2) Letak kira2 1sudu atas pinggan dan biarkan..klo ada xde semut maka ianya ASLI la. Semut xsuka madu asli sebab baunya yang kuat dan ia akan mati kepanasan sekiranya terminum madu.
3) Buih madu yang kekuningan. Klo putih tu adalah gula.

Rasanya banyak lagi..yang titik atas kuku tu No tak ingat camne..sama ada dia x meleleh klo x silap la..klo silap maafkan la ye...

No dah TERKENA harap anda JANGAN TERKENA..
BERHATI-HATI LA YE...