Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 28 Januari 2011

ACAR Ikan Cencaru

Lunch tadi No masak acar ikan je..peberet Abang..entah la name sebenarnya apa..tapi mertua No panggil acar No pun sama la hehe..sebab setau No masak acar tu dia kering kan tapi ni berkuah macam masak tumis tu cuma manis2 masam rasanya. Mungkin ore klate atau pantai timo leh terang secara detail kot hehe..


 Setelah ikan dibersihkan, No goreng tanpa minyak untuk memudahkan kulit dikupas. Klo ikan Tongkol tu No goreng dlu macam biasa.

Kemudian potong dua.

mmg sah bab potong memotong tak lulus haha..
 BAHAN TUMIS
1labu bawang besar*
4-5 tangkai cili kering* - nak tambah lebih sket pun boleh
3ulas bawang putih*
1inci halia*
belacan sebesar ibu tangan*
*semua bahan diblend
garam, gula & cuka secukupnya
2mangkuk air
1labu bawang besar dibelah 8

CARA
~Tumis hingga masak bahan yang di blend tadi bersama 2sudu besar gula. ~Selalu kacau supaya tidak hangus.
~Masukkan air (nak pekat buh sikit, nak banyak buh banyak la hehe)
~Bila mendidih masukkan garam, cuka, belahan bawang besar dan ikan.
~Dah masak ikan, masukkan sedikit ajinomo dan rasa dah cukup masin, manis dan masamnya..siap!.


Kadang2 No tambah sayo dalam nih seperti bb corn, timun batang, kobis, carrot.

Cara lain No masukkan santan. Maknanya air tu kena ganti santan la ye..

6 ulasan:

lunaticg berkata...

Salam.
terliur tengok ikan dalam mangkuk ni.
Ni makan dengan air asam pun sedap ni kan?

Norhafiza berkata...

=>lunaticg : salam..ya, gambar yg atas skl tuh boleh cicah ngan air asam.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

yum yum

mzhany berkata...

no, tak pernah pulak dgr n makan acar ikan caru nih. huhuhu macam menarik n sedap je tgk...hurmm perlu dicuba nih

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

Jadi lapar plak malam ni tengok lauk tu, dah lah akak belum makan lagi.Tadi beli ayam KFC je.

Norhafiza berkata...

=>rina : yummy..

=>hany : mertua yang ajo nih..abang suka lauk nih hehe..klo tak silap dlu2 No sll masak tp dipanggil tumis air..cuka ganti ngan asam jawa..

=>kakIna : huhuhu...sabo ye kakIna..