Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 18 Januari 2011

BALIK Semenanjung???

tq en.google

Baru2 ni Abang menyuarakan hasrat hatinya..

"Kita balik nak?.."
"Hah!..Bia betul Abang nih.."
"Dah 6tahun setengah kita duk sini..Abang tak larat dah nak handle sume keje. Klo balik sekurang2nya Abang buat 1tugas je..lagipun macam dah boring Abang rasa duk sini.."
"Ikut Abang la..Mama ok je.."
"Macam tak nak balik je Mama nih.."
"Klo balik KL Mama takmau la Bang..takut!..dengan jemnya, dengan sosialnya..klo tempat ala2 kampung tu best juga..".. aik, demand la plak!
"Abang dah tanya CC camne. CC kata nak tanya HQ dlu. Sebab dengar kata klo minta balik ada benda yang kita tak dapat claime..klo setakat tiket takpe lagi..jangan kargo dah la. Abang dh tanya dorang kata klo sendiri leh dapat diskaun separuh tuk kargo. Bawah RM10k kira ok dah tu. Nak bayar tax kette lagi nanti. Dlu Abang tanya dalam RM5k gak, leh tawar lagi tuh klo nak..Kita nak tunggu offer dr KL tak tau bila..nak tunggu Abang habis blaja lagi 2tahun..mmm rasa rugi pla masa sampai dlu tak sambung awal2..skang cakap pun dah tak guna..Abang tanya caw Kota Bharu ada nak bersara tahun 2012-2013..lambat lagi tuh..klo caw TRG budak2 baru ramai..mmg xde harapan.."

Bukan masalah keje je sebenarnya. Ma dan ayoh tuh da berumo. Dah tiba masanya anak2 duk dekat dengan mereka. Setakat nak bawa dorang datang Labuan setahun sekali tu memang dah wajib tp paling lama 3bulan je. Ajak duk skl tak mahu pla. Banyak alasan..sayang rumah la..ayam itik la..mmm...

No sebenarnya amat berat nak balik sebab dah selesa duk sini. Sini suasananya tenang setenangnya. Klo yang jenis sosial duk sini seminggu dah panas vontot tak tau nak buat apa haha..Tapi bila pk duk sini macam dah ilang dari salasiah keluarga sebab 2tahun sekali br dapat balik bercuti. Anak2 sedara dah lebih 10orang dah kawen tapi 1pun No tak dapat p majlis dorang. Anak sedara sendiri nih BUKAN kawan baik. Adik beradik lain sume ada tapi NO?..takde..sedih dan sayu bila tengok gambo2 dorang tunjuk huhu..Dah la dorang masa kecik2 dlu membesar sama2..bak kata bagai adikberadik la..bertukar ngan kakak/abang sendiri lak..dorang cam jd mak/pak sedare huhu..

Pekerja kerajaan, dorg dapat balik tiap2 tahun, sampai ke destinasi pla tu. Kita ni dapat tiket ke KL je..nak balik kg tambah sendiri la..maklumla atas budi bicara CEO memasing sebab SPRM, LHDN, KWSP serta beberapa Badan Berkanun lain lagi dah lulus sama macam org gomen.

Kata Abang klo Abang ada modal Abang nak benti keje..nak buka bisnes pla. Abang rasa bisnes yang paling sesuai ialah kedai runcit. Macam minimart la..segala keperluan rumah, bahan basah pun ada. InsyALLAH klo ada rezeki lebih..

Mungkin Abang balik petang kang dapat la berita dari CC camne prosesnya, apa yang dapat dan apa yang tidak. Apa2 keputusan Abang No tetap akan terima sebagaimana Abang ajak No datang Labuan dlu.

Tiada ulasan: