Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 18 Januari 2011

BUBUR Lambuk Teghanung Ala Che'No...

Kali ni No nak share resepi masakan la pla. Sebenarnya ni dah lama No buat, bulan pose tahun lepas hehe..yang baru tak tahu bila sebab klo buat pun No sorang yang makan. Abang kurang suka sebab 'tekak klate'..anak2 pla sebab ada banyak sayo dan rasa dia pedas2 lada hitam lagi la. Klo bubur nasi atau nasi air istilah bandarnya..cepat je licin..


BAHAN
10 ekor ikan selayang/kembong
2 pot beras
Segenggam bawang merah @ 2 labu bawang besar
2-3sudu besar serbuk lada hitam
santan (dr 1biji kelapa)
kerisik
garam, serbuk perasa
sedikit budu
daun2 kayu seperti pucuk lemiding, pucuk paku, daun cengkor manis, daun kunyit, daun kemangin, daun kesom, daun selom dll
(ada yang letak halia dan bawang putih-ikut selera msg2 tp No tak letak)

CARA
1) Masak nasi untuk dijadikan bubur.
2) Ikan dikukus/dibakar/disalai/direbus-ikut suka. Kemudian leraikan isinya dan ditumbuk bersama lada hitam serta bawang merah/besar.
3)Setelah bubur masak, masukkan semua bahan kecuali daun2 kayu. Kacau jangan bagi berkerak.
4) Apabila mendidih barulah masukkan daun2 kayu tadi. Dan kacau lagi perlahan2 (spy tidak berkerak).
5) Agak2 dah hampir pekat boleh la dihidang. Klo nak cair pun ok, jadi lebihkan santan.

P/S
~Ikan tu klo nak ganti dengan daging/ayam pun boleh juga. Sila rebus bersama nasi supaya lagi empuk dan enak. 
~Ada juga orang dulu2 letak kopok keping dalam tu.

-Selamat Mencuba-

5 ulasan:

mie berkata...

mengidam pula nak makan bubur..
ehheee

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

dah lamanya tak makan bubur lambuk, megancam.peberet akak ni.kat sini letak daging.

Norhafiza berkata...

=>mie : o ye ke hihi..

=>kakIna : ye kak, luar trg biasa letak daging/ayam..ikut selera memasinh hehe..

Syafiq Rosli berkata...

wah lain je rupanya..kt melaka lain pulak warna

Norhafiza berkata...

=>syafiq : o ye ke..warna camne ye?..No tak tau plak nih..