Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Sabtu, 29 Januari 2011

BUKAN Labuan Sabah OK!


Petang semalam No tengok Warung Kita @Astro Prima. Kali ni pasal makan2 di Labuan. Mula2 seronok pastu tersentak bila pengacara cakap LABUAN SABAH..alahai tak kaji SEJARAH ke sayang ooi!!!!

Klo kami balik kampung camtu gak..dorang tanye..

"Bila balik Sabah?.." 

Huhuhu takpe la sebab dorang duk kg..ok la boleh terima pakai. Terang camne pun dorang tetap tak paham. Tahun depan balik tanya benda yang sama gak..


Ni No bagitau kpd sape2 yang stil tak faham lagi..

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia. Kata 'Labuan' berasal dari kata 'pelabuhan'. Semasa penjajahan British, ia dikenali dengan nama 'Pulau Victoria'.


Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir daripada arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum Cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.


sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Labuan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Labuan

Nak tengok gambar2 menarik sila la google ye..banyak dalam tu..

Sapa2 nak tau macam mana WP LABUAN sila la tengok WARUNG KITA @ASTRO PRIMA ye..No tak tau bila siaran ulangan..tp cuba try tengok kol 6ptg karang ada tak.

Tapi kan No tak berapa berkenan la si Alex tu jadi pengacara..macam tak cukup garam jek huhu.. Tapi klo tengok si Angah, yang tengah takde selera pun leh terlio. Pandai melawak lak tu..

5 ulasan:

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

Biasalah No, sebelum mula kerja bukan tahu buat home work.Tak pakai bantai je apa nak cakap.

ayushida berkata...

teringin juga nak pergi berjalan sampai ke sana, tapi jauh sangatlah...belah semenanjung pun tak abis jalan lagi...huhu.....

mzhany berkata...

hany pun ada tgk gak yg alex tuh jadi pengacara ummm mcm stuju dgn no, macam kurengggg sket. tp rasanya episod hany tgk xde lak ckp labuan sabah tuh ;)

Norhafiza berkata...

=>kakIna : tu le pasal..ikut sedap je..

=>ayushida : insyALLAH ada rezeki sampai la tu..oh ya FEB nih air asia punya tiket RM48 KL-LBN klo tak silap..murah dah tu

=>hany : takpe, nnt ada kesempatan hany leh tengok huhu..

sal berkata...

oh camtu ceritanya...kak sal pun tak berapa peka..maklumlah taak pernah ke sana,,