Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 18 Januari 2011

LAKSAM Teghanung Versi Che'No

Ni pla Laksam..juga dah lama No buat. No sebenar lagi suka laksa tapi disebabkan nak cuba buat akhirnya berjaya juga. Alhamdulillah..

dengan ulam apa yang ada

BAHAN LAKSAM
1pek tepung beras
2sudu minyak masak
Air secukupnya

CARA
1) Panaskan kukusan.
2)Bancuh semua bahan agak2 cair (masukkan air sedikit2).
3) Sapukan tutup periuk dengan minyak dan apabila air sudah mendidih, masukkan ke dalam kukusan serta tuangkan kira 1-2senduk (tengok ukuran masing2).
4) Kira2 5minit angkat dan ketepikan/sejukkan. Tanda dah masak dia akan mengelembong.
5) Sengetkan tutup periuk dan cungkil dengan pisau/hujung sudu keliling tutup tadi dan gulungkan.

P/S
~Klo patah maknanya adunan keras..sila tambah sedikit air.
~Klo susah nak gulung (lembik) maknanya adunan cair..sila tambah tepung sedikit.
~Adunan yang sempurna akan membentuk gulungan yang cantik dan akan turun dengan sendirinya.

BAHAN KUAH:
ikan selayang/kembong/lolong-kukus/rebus dan asingkan isinya
santan
asam keping
lada hitam
bawang merah/besar
Sedikit halia
bawang putih - (No tak letak)
garam dan gula secukup rasa

CARA
Masak semua bahan dan kacau jangan bagi naik minyak atau membuak. Dah agak pekat boleh la diangkat.

BAHAN ULAM
Tauge, timun batang (dicincang), daun kesom, bungan kantan, kacang hijau, daun selom, daun kemangin

Sedap dihidang bersama CILI BOH, BELACAN dan GARAM (untuk yg suka masin hehe)

Nota
No pernah cuba yang jenis tambah gandum tu tapi tak cantik. Mungkin No tak pandai nak anggar kot..huhu..

4 ulasan:

man yusoef berkata...

wah..nmpk cukup menyelerakan...huhu..saya pon minat laksa lagi..

Norhafiza berkata...

=>man yusoef : tima kasih..ye kan, klo laksa senang je..buat kuahnya, siap!

mzhany berkata...

wohoo laksam, perghhh sedap tu...rajin ar no nih. besh besh...hany dulu sokmo tulung mok gulung laksam tuh. tu je r keje hany ;)

Norhafiza berkata...

=>hany : same le ngan No..dh arwah br sibuk nak belajo wat huhu..