Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Sabtu, 8 Januari 2011

MAMA Letak Mana?

Pada Sabtu, 2hb Jan lepas, lepas sarapan pagi terus p ke sekolah Kakak & Abe cz hari tu pendaftaran dorang. 

Lepas siap bayar yuran No terus p rumah tukang jahit baju. Dekat je sebelah sekolah dorang tu je. Nak upah jahit baju sekolah Farihin & Fadhlan sebab tahun ni kami kena jahit sendiri. Kain dorang, 2minggu nak sekolah baru cikgu tadika tu bagi. Nak cepat memang tak dapatnye, janji ngan aunty tu sebelum CNY..ok la SET!

Lepas keluar rumah aunty, Abang terus suh No drive kete. Destinasi ke kedai makan untuk lunch. Kira2 10-15minit kot perjalanan lupa dah. Masa bawak tu cam biasa la 'cikgu' duk pot pet pot pet bagi 'taklimat' haha..sabo je leee.

Baik punya pusing masuk kedai, parking sebelah kete polis..wah! macam dh expert plak Abang kata parking tu..kui kui kui..

Tiba2...

"Mana beg Mama?".. tanya No rawak..dada dah dup dap dup dap

 Sume kata tak tau..

"Mama letak mana tadi?.." soal Abang pula

"Mama tak ingat la..cuba Abang buka bonet.." sambung No pula

Cari2 lam bonet pun takde! Aduyai.. No cuba kontrol dan ingat balik bila last sekali No bawa beg tangan tu..

"Mama rasa tertinggal kat rumah aunty tu la, atas kerusi dia.." balas No lagi

No tengok Abang wat releks je..No pun harap2 betul la ada di sana CUMA tadi bawak kette lesennya takde huhu..sib baik la takde road block ke apa ke..naye je jadinye..

Siap suma makan Abang terus minta kunci dan terus p rumah aunty tadi..

"Ya amoi, apa macam?.." binggung muka aunty tu tengok No p balik rumah dia..

"Beg saya tertinggal rumah aunty la..ada tak?...aaaaa tu dia!.." beg tu sama keadaan macam No letak tadi..

"Aiyaaa..ini macam ka..saya pun tatak tau ini beg ada sana (atas kerusi)..nasib baik looo..klo you tinggal ini beg sana itu kedai aa..abis suda you punya barang.." kata aunty sambil bawa beg tu pada No

"Tu pasal la aunty..tima kasih banyak2 ye aunty.." sambung No

Alhamdulillah takde barang yang hilang. Syukur pada ALLAH SWT.


Murah je No beli ni RM20-2nd hand..janji elok dan boleh guna No Ok je. Takde la nak milih2 sangat. Lagi pun yang jual tu kawan No so sambil2 No tolong dia kan apa salahnya.

Beg hilang takde hal tapi dalam beg tu ha..macam2 ada! 
Sendiri ingat looooo...

4 ulasan:

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

no, akak lupa, sebab faktor usia.no kenapa pulak? Akak pernah lupa, cari kunci rumah yang kat tangan sendiri.habis anak akak hentam. yelah kelam kibut cari, kat tangan pun tak perasan.

mzhany berkata...

waaaa no jangan diulangi yer...hehe nasihat utk diri sendiri jugak nih. parah o kalau ilang, semua nak kena buat baru kan, ic, pastuh nk blok semua atm kad tuh, nak kena pergi buat lagik...blabla isshhh mintak jauh.....

sal berkata...

assalamualaikum..
rezki ya.. sebab beg tak hilang..
kalau tidak, banyk kerja perlu dilakukan..
first buat report dan macam2 lagi kena sittle..

Norhafiza berkata...

=>kakIna : No ni jenis pelupa gak kak..banyak makan semut kot huhu..

=>hany : tu pasal la..klo ilang...waaaaaa..

=>sal : wa'alaikumussalam..alhamdulillah dh rezeki ada tu kan..klo tak kerja dh la bnyk kena buat pastu kena tambah ngan 'taklimat' lagi huhu..