Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 11 Januari 2011

SUSPEK Dah Di Tangkap...

kredit tuk www.koliaja.com

Malam tadi Abang tepon Ma tanya kabo dorang..ALHAMDULILLAH sumenye sihat wal-afiat.

Sambil borak Abang tanya pasal suspek yang curi lappy kak dlu..yang belom tau citte nak baca kat entri Musuh Dalam Selimut. Ma cakap dah kena tangkap polis. Kesnya curi kabel. Kebetulan polis wat rondaan suspek tengah duk gulung kabel..pelagi kena rembat terus la.

Selepas suspek curi lappy kak tu mmg dia tak balik rumah dia langsung. Tido mana pun tak tau. Mak bapak dia takmo amik hal langsung. Ye la, dah bapak orang dah. Dah tua bangka orang kata.

No memang geram la klo jumpa dia time balik kampung. Sebabnya suspek tu suka masuk rumah Ma cari barang. Dah la orang tua tu takde harta mana. Bagi suspek tu klo dapat periuk belanga tu dah cukup. Ma cakap periuk dia banyak yang dah ilang yang saiz beso2 tu. Time nak wat kenduri besar2 nak guna la. Sekali cari takde!..

Periuk hangus yang Ma guna tuk masak air kat luo tu pun laku!..

Bila la suspek tu nak insaf. Ni tak tau kali ke berapa dah keluar masuk penjara. Tak serik2!..Mudah2an ALLAH SWT memberi taufik dan hidayah pada suspek tu nanti..amin

Abang kata masa suspek kecik2 dlu mmg selalu wat hal di sekolah tapi bila bagitau kat mak bapak dia..bapak dia siap ajak bertumbuk lagi ngan pengadu. Langsung tak mahu dengar..bagi dia anak dia je yang betul. Nah! Sekarang jadi buruan polis dah sebab terlalu banyak kes yang dia dah buat. Bab agama jauh sekali klo nak tengok. Bapak dia langsung tak p solat Jum'at.

Begitu la kita..nak didik anak, didiklah dari kecik2 lagi. Kita pun perlu tunjuk contoh yang baik dengan anak2. Jangan pula anak2, itu tak boleh ini tak boleh tapi benda tu kita buat dan tunjuk depan anak2.

2 ulasan:

mzhany berkata...

hurmm susah jugak kan no, tp bak kata tu mmg betol la kena didik dr kanak2 kan...cabaran tu mendidik anak kan...

Norhafiza berkata...

=>hany : tul tu..mmg mencabar hany..tersilap didik buruk padahnya..