Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Sabtu, 22 Januari 2011

TOMYAM Ala Che'No

Hari nih No masak Tomyam sebab tak tahan dek godaan kakIna. Buka blog ade je kakIna tayang tomyam huhu..KakIna nih kira pakar la dalam bab tomyam nih.

Ok..kali ni No nak tunjuk resepi yang No guna untuk masakan No.



 Bahan A
1labu bawang besar
daun limau purut
serai
limau kasturi (perah amik jus)
cendawan


Bahan B
1biji tomato dicincang/didadu
10ulas bawang putih diketuk/dicincang
6-10tangkai cili taiwan diketuk

Bahan B ditumis hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan kacau bia turun airnya dan agak kering sedikit br masukkan air mengikut citarasa. Masukkan sekali cendawan, bawang besar dan serai. Bila dah mendidih, dan ayam telah empuk, masukkan daun limau purut, perahan limau kasturi, garam secukup rasa dan sedikit ajinomoto. Rasa mengikut citarasan dan siap untuk dihidangkan.



Bahan tambahan anda boleh la masukkan sayuran seperti bb corn, carrot, bunga kobis dan yang dipkkan sesuai.. No tak letak sebab takde stok hehe.. Tomato pun ada 1biji je ha, klo tak leh potong lg buh lam tu..

Dlu No pernah guna kuib/pes tomyam dr megi la, knorr la dan ada juga yang dr siam tu (ada tanda halal le) tp Abang kata macam tak ngam ngan selera Abang. Last2 No tanya kawan dan dapat resepi ni terus Abang 'jatuh cinta'.

Apa2 pun atas selera masing2 la kan hehe..

13 ulasan:

Aku Ibu Muda berkata...

adoyai kak No ni, tayang tomyam plak dah...perut tgh lapar ni...hihii..telan air liur je lah :)

sal berkata...

sesekali makan tom yam memang sedap..anak2 kak sal suka sgt makan tuh..hingga menjilat jari

Norhafiza berkata...

=>wani : hehehe..sabooooo

=>kakSal : ye, betul tu...dorang men hirup je kuah tu..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

tomyam cam tu okey je, akak pun pernah buat cam ni, tak payah pakai paste. Masak tomyam yg penting ada daun limau purut ngan serai dah cukup.
jadi lapar akak.

Norhafiza berkata...

=>kakIna : a a..senang keje kan kak hehe..

Nora berkata...

betullah, nora pun suka yang camni... rasa dia ringan jek... isyyy.... nak masak tomyamlah gak ... :)

Norhafiza berkata...

=>nora : yup, No sokong..rasa dia mmg ringan tp semestinya sedap..joooom!

mzhany berkata...

no...huhu hany pun dah lama tak buat tomyam nih. umm terliur plak rasa tgk ptg2 nih...

Norhafiza berkata...

=>hany : sedap hany..yummy hehe..

suri solehah berkata...

salam no..akak suka juga ngan tomyam..biasa kalau buat mesti banyak-banyak lepas mkn n nasi..makan ngan mee ke kuetiaw ke..sedapkan

Norhafiza berkata...

=>kakSuri : salam kak, ye la kan..No pun suka wat camtu..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty la fea berkata...

no..i curik resipi u nih..nak buat jap g..suke resipi yg senang camni..anyway cili taiwan tu cili api kan?

Norhafiza berkata...

=>rina : beres no hal punya la..hehehe No rasa cili api lagi pedas rasanya rina..nnt No tunjuk gambonye ye..