Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 22 Februari 2011

ALHAMDULILLAH, Syukur...Bob Lokman Berhijrah..

Anda kenal Bob Lokman?..Ala yang cipta lagu ISABELLA-Search tu..Aaaaa, ingat kan?.. Tak ingat gak?..ala yang jadi juri time Raja Lawak Musim Ke4 tu..nah...br ingat kan.. Bagi yang tiada astro tu ni No sertakan sekali...


"...takut banyak sangat ketawa nantikan...cepat pulak pegi nantikan..."

 Hayatilah kata2 beliau ni...

Mula2 skl no tau pasal Bob Lokman ini adalah melalui fb Ahmad Fetri Yahya yang memaklumkan wujdnya blog DEMI ALLAH

Bila No buka baru 1entri sahaja yang beliau catat dan hanya 1follower shj yang tertera. Tanpa berlengah No terus menjadi follower ke2 beliau. Dan No juga la orang yang ke2 meninggalkan komen dalam entri pertama juga bertajuk Demi Allah. Namun tidak bbrp lama beliau telah memansuhkan semua follower beliau. Mungkin beliau bukan mengejar follower yang ramai, cukup la sekadar pembaca setia yang membaca hasil nukilan beliau. Dan nampaknya memang ramai yang menyokong beliau...tahniah..


Anda perasan tak sejak kebelakangan ni beliau sering melakonkan watak2 dakwah/ustaz. Pernah menonton drama Cinta Tikar Sejadah? Heronya Farid Kamil dan heroin lupa nama tp dari Gadis Melayu..berwajah manja ala2 Dato' Siti gitu.

Cerita terbaru minggu lepas..No lupa tajuk tapi mengisahkan seorang Ustaz (lakonan Fauzi Nawawi) yang telah mengubah anak2 didiknya hingga menjadi insan berguna. Juga tidak menggalakkan kita memanggil nama anak2 dengan panggilan pendek. Klo MUHAMAD wajib di panggil MUHAMAD bukan MAMAT (yang bermaksud 'mati' dalam bahasa Arab)..

Alhamdulillah..beliau telah mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH SWT untuk menegakkan syiar Islam. No harap lepas ni beliau akan terus mengembangkan dakwah beliau di dalam karya2 beliau akan datang..

p/s
No takde maksud mn2 parti..cuma sokongan untuk beliau sbb No pun tak pernah daftar lagi huhu..pst! jangan bising2 k hehe..

6 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

penghijrahan yang bagus..

semoga kita sentiasa mendapat hidayahNya

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

Berubah arah kebaikan semua orang inginkan. Semoga dia mendapat apa yang dihajati dari Allah SWT.Bob Lokman ni kelakar orangnya kan. Dulu sheila rusli pernah buat cerekarama tentang kisah hidup dia, pelakonnya sheila rusli ngan afdlin shauki.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..terkesima saya apabila mendapat tahu beliau telah insaf...

semoga beliau terus istiqamah..

btw, first time singgah blog ini..terus folo..bagus blog ini, banyak info

mzhany berkata...

Alhamdulillah...berubah ke arah kebaikan...ameen.

Mat Ganu berkata...

alhamdulillah...

Norhafiza berkata...

Alhamdulillah...ya betul tu semua..semoga kita pun dalam kerahmatan ALLAH SWT