Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 16 Februari 2011

BAS Sekolah

Semalam ada berita kes budak sekolah tercampak dari van sekolah haram..sedih sangat2..

Hari ni No nak kongsi citte pasal bas skolah anak2 No. Di Labuan ni van tu dorang panggil 'Bas' malah tertulis perkataan BAS SEKOLAH kat dinding tu. Bas Mini pun dorang guna van selain bas kecik yang biasa tu.

Dlu No mmg guna perkhidmatan mereka sejak Husna dan Faris skolah pra lagi. Pastu sambung ngan Farihin pla. Sejak tu dah 4buah bas No guna. Last skali tahun lepas sebab dah tak tahan sangat.

Husna dan Faris sekolah SK dan Agama naik bas A. Farihin skolah tadika naik Bas B pla. Bas A ni adalah bas persatuan maknanya kalernya mesti la oren kan. Bas B pla jenis prebet sapu, van vannete.


>imej<


Bas B dah tak dapat amik budak sekolah krn tak brani amik risiko lagi sebab kawannya dah kena kompaun. Tapi No suka kat makcik ni sebab dia baik sangat. Ngan budak2 pun tak berkira. Hari minggu buka gerai, hari sekolah hantar budak2. 


Nak tak nak kena beralih pada Bas A juga. Cuma yang No tak suka skolah 8hari skolah pun amik caj 1bulan. Masa Husna dan Faris guna Bas C dlu (pra) klo skolah 2mngu dapat caj 1/2bulan je walopun dia juga under persatuan, siap buat kad dan bil lagi. Tapi Bas A ni langsung takde!..pastu mulut makcik ni boleh tahan gak huhu.. Tahun ni 4orang anak2 No sume skolah jadi kos mestila makin bertambah kan?..


Jadi jalan terbaik Abang suh No amik lesen kete pada Disember lalu dan alhamdulillah lulus. Anak2 pun ada depan mata dengan kita sentiasa. Semua aktiviti dorang kita akan tau. Baik nak p ko-kurikulum ke, aktiviti luar ke kita yang amik dan hantar dorang. Apa2 hal yang berlaku kita boleh terus berhubung dengan pihak sekolah tanpa halangan. 


Semenjak guna kete, duit tambang yang sepatutnya kita habiskan untuk bas dah jimat kira2 RM100. Tu tak termasuk bulan cuti sekolah lagi, nanti lagi la kita jimat. Dah boleh guna untuk keperluan lain.


Cuma bab keselamatan kita tak boleh halang ketentuan Ilahi. Walau secermat mana kita dijalan raya tetapi disebabkan pengguna lain kita boleh juga mendapat kemalangan. Apa yang penting kita sentiasa beringat, berjaga2, berhati dijalan raya. Jangan lupa selawat dan berdoa semasa menaiki kenderaan. InsyALLAH...

14 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

rina pon tgh plan nk beli kete satu lg psl taun dpn risya dh darjah 1..nasib dah mmg ada lesen walaupun x berapa cekap memandu (auto boley kut)..

azila berkata...

btol tu Kno..malapetaka mmg xleh nak dielakkan.cumanya kalo dr awal kt dah rasa xyakin ngan servis diorang, rasanya better cr alternatif lainla kan..mcm kakNo dah pandai bwk keta sendiri, rasanya itu langkah paling bijakla..duit pon jimat kan?:)

Daddy Ziyyad berkata...

`sebenarnya, paling baik ialah kita sendiri yg hantar anak2 ke sekolah...kalau ada masa lah.

~kita berusaha, kemudian bertawakkal kepada Nya.

rieyana ynn berkata...

singah2 sini jap...;d

Norhafiza berkata...

=>rina : mula2 mmg rasa len macam je tp bila dh biasa takde masalah..macam labuan ni xde la jem cam tempat lain jd ok la sket..

=>zila : kakNo setuju tu zila..kita sbg ibubapa kena pk yg terbaik tuk anak2..alhamdulillah skang xde masalah..mudah2an sampai bila..

=>daddyZiyyad : betul tu Dr..No setuju sgt2..

=>rieyana ynn : tima kasih dik..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

betul tu , tapi no dulu akak, biarpun sibuk, ingat lagi hari-hari pulang balik hantar anak pergi sekolah naik basikal, masa tu rumah dekat. oleh kerana nak menjamin keselamatan anak. sekarang dorang semua dah besar, senanglah sikit tak payah risau cuma tinggal firdaus.

Norhafiza berkata...

=>kakIna : besarkan pengorbanan kita sebagai ibu. Jiran No ni tiap hari berjalan ato amik anak dia p sekolah. Walaupun dekat tp jenuh gak duk menapak huhuhu..

nabilah_2908 berkata...

bab bas sekolah..kt sini pun van kuning tu di namakan bas sekolah..

adakalanya dlm satu van..penuh..budak2 ada yg keluarkan kepala...ada yg main buang jer sampah dari tingkap...ish...

sy yg ikut dr belakang..seriau je tgk gelagat budak2 ni...tk tau la driver van tu ada warning or tak pada budak2 ni...

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW:SILENT READER

Mat Ganu berkata...

bende dah nak jadi kan kak...sabar jela....

mzhany berkata...

no, bagus la sbb no ada masa utk hantar anak2, at least nampak dpn mata semua benda no.bab yg tu tuh, xpe la, redho dan berserah je pada NYA. insyaALLAH...semoga diselamatkan olehNYA

ayushida berkata...

ye la k no, saya bernasib baik tau, sekolah tadika, sek rend, semua dekat ngan rumah n opis. Boleh lah berulang abik n hantar. Sek menengah pun x jauh sgt, so boleh lah naik bas sek, sekejap dah sampai...... tu yg kalo boleh, dah x nak pindah mana2 dah.....

Piasara berkata...

ntah la no..akak ni dah berthn pegi-antar sendiri jer.Sbb akk tak kerja..kalau kerja terpaksa lah.

Norhafiza berkata...

=>nabilah : uih, dahsyat budak2 tuh..tp betul gak sbb husna pun ada bagitau kwn2 dia buat camtu..dreba pla wat tak tau je..tak marah pun huhu..

=>matGanu : tu la, sabar je la kan..

=>hany : betul tu..mudah2an diperlihara olehNya amin..

=>ayushida : kakNo pun risau klo kene pindah, nak2 klo dibandar besar..

=>piasara : No br start kak..dlu masalah anak kecik2 la nak amik lesen kete..takut takleh handle anak2 lam kete Abang cakap huhu..

alana berkata...

salam no.. sy cikgu rina. br je pndah ke labuan ni. skrg adik ipar yg ntar ambil ke skolah, tp hujg mgu ni dia dh nk blk kk. bleh x sy mnta no fon driver bas skolah tu? dh desperate sgt xde transport. suami keje shift, so ade mase dia x dpt nk ntar sy keje. tu la dh sminggu lbih mencari transport ni. tnya2 taxi, mhl sgt. dlm 700-800 sebln dorg caj. no ctc sy 0146579564.