Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 17 Februari 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

Tadi No terjumpa lam fb artikel ni..No rasa amat sesuai untuk panduan kita sebagai kaum HAWA yang senantiasa lemah. Malahan ini pernah terjadi pada seorang kawan kepada kawan No..
BERHATI2 la ye..

>imej<


pada pada 16hb Februari 2011 pukul 8.31 pagi

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

6 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

uih..mcm² teknik org nak mencurik sekarang ni eh..yg paling risau kalau ada anak kita masih dlm keta tu..

mzhany berkata...

a'ah la no.takot kan, skrg mcm2 dorg sanggup lakukan. hany paling takot time isi minyak, membe hany bleh hilang handbag bagai. hany kalau isi minyak, mesti hany bukak tmpt isi minyak, then lock kete, g byr isi minyak. dah setel semua...baru on masuk kete cepat2 lock...takot laaa

Greenlava berkata...

Penjahat memang kreatif.

Norhafiza berkata...

=>rina : betul tu,..cam No Abang suh isi minyak pagi2 sebab anak2 sume skolah..

=>hany : No pun wat cam tu hany..walopon labuan ni kurang kes2 camtu tp kita mst beingat gak..

=>greenlava : dorg sntiasa cr idea huhu..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

itu untuk orang berkereta, yang pakai motor cam akak, ada amaran tak? hua hua saja kacau no.

Norhafiza berkata...

=>kakIna : hehe..pakai moto ni beg jangan bagi nampak la..dlu No sll masukkan dalam sweater (betul eja nih)..