Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 28 Februari 2011

KENALI Gincu Anda

Semalam No ada cerita pasal pencuci muka. Hari ni No nak kongsi mengenai gincu bibir plak.

Kita ni memang tak sah klo takde secalit gincu kat bibir tu kan..macam ada yang tak kene je klo tak pakai ye tak? hehe

No ada pengalaman sekitar 2tahun lalu apabila terbeli lipstik beracun. No guna tak sampai 2minggu abis bibir No jadi kering dan keras kemudian timbul warna kebiru2an. Bila kita tarik akan melecet la bibir tapi kulit baru tetap berwarna gelap. Rupanya bila No kaji terdapat plumbum didalamnya.

Nak tahu macam mana? Mula2 sapu lipstik tu atas tapak tangan kemudian gosok2 dengan belakang cincin EMAS..cincin EMAS saja tau!..Kemudian bila warna bertukar menjadi hitam..NAH! itu bermakna lipstik tu mengandungi plumbum yang amat merbahaya untuk kita.

L'elan Vital - Hydralush Lip Glaze dr Cosway.

Alhamdulillah..lipglaze No ni takde plumbum. Biasa plumbum ni mudah terdapat dalam lipstik yang tahan lama tu. Dlu No pernah cuba beberapa jenis lipstik yang ada dalam stok dan kebanyakan ada! Jadi apa lagi..tong sampah la tempatnya dan ini la satu2 nya lipglaze yang setia dalam handbag No.


Ops..No lupa nak citte cara rawatan kulit bibir rosak dlu. No dh try lipsgloss dr avon tp lepas guna takde kesan pun malahan bibir tetap kering. No pun try brand ni pla..


>imej<
Alhamdulillah..serasi ngan bibir No. Siang dan malam No guna tak sampai abis pun sebatang, kulit bibir dah kembali asal..Alhamdulillah syukur..


Cara tradisional adalah melumurkan mentega/marjerin/madu/halia yang telah diasah pada bibir. Halia tu kan kalo kita buh kat bibir akan ada rasa  tak selesa sket tp hasilnya bibir anda akan kembali segar dan kemerah2an..

8 ulasan:

ainnoraini berkata...

takutnye...
jap lagi nak try...
tq no dgn info ni...sgt bergunakan...

ayushida berkata...

ye, dengan segera akan ku buat.....huhu...semua dlm dunia sekrg ni menakutkan lah....

Piasara berkata...

"Tq No sbb kongsi info yg sgt bagus..akak jarang pakai lipstik,tp perasan tak org yg bibir biru kehitaman tu rupanya kesan memakai lipstik yg mengandungi bhn kimia kan.."

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

bibir rina pun mmg sgt alah dgn lipstik..abes menggelupas..rina guna lipgloss ajer..jenama apa tah..lipice kut yg tanpa kaler tu..tu jer yg serasi..

Norhafiza berkata...

=>kakAinNoraini : tima kasih kak

=>ayushida : begitu kenyataannya ayu..kita sebagai pengguna kena berhati2..

=>kakPiasara : sama2 kak..betul tu kak, kesan mmg nyata kelihatan..

=>rina : tu la rina kan..kalau alah mmg mudah kelihatan..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

bagus info tu, akak suka lipstick yang ada gloss, sebab nanti bibir tak cepat kering.

Oh! Azizah berkata...

thanks for sharing this... very informative.....

finaz berkata...

bagus yang tradisional tu.terima kasih atas info tu...