Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 7 Februari 2011

NASI Kerabu Tumis Klate


Malam tadi No dh janji nak wat entri resepi nasi kan hari ni..jadi, jooooom geledah barang dapo..resepi ni dari Ma (mertua) No di Klate...

NASI
Nasi ditanak seperti biasa cuma dicampur air bunga telang-No blend bunga..boleh juga dicampak macam tu je dalam periuk hehe, 2-3batang serai, 5-6 tangkai daun limau purut dan sedikit garam. Ada juga yang ditambah dengan sedikit budu. Klo xde bunga ni No akan ganti dengan serbuk kunyit. Jadi la Nasi Kerabu Kuning hihi..

Bunga Telang segar dr belakang rumah
KUAH TUMIS
1biji kelapa di ambil santan
10tangkai cili kering*
7-8batang serai*
1labu bawang besar @ 1genggam bawang merah*
80g halia (siap timbang hehe)*
lengkuas 3-4hiris*
*blend
1-2sudu budu
kerisik
sedikit gula melaka
garam & gula

CARA
Semua bahan (kecuali garam, gula, gula melaka dimasukkan selepas mendidih) No masukkan dalam periuk dan tunggu hingga pecah minyak. Jangan lupa dikacau2 dan beringat sebab ianya akan membuak naik. Jangka masa antara 1jam setengah - 2jam. Cukup ada rasa masin, manis dah ok. No masukkan cili yang kerinting tu jd ada rasa pedas2 sket. Sebab tumis ni penting, klo tak cukup rasa maka kureng la rasa nasi tu nanti.

BUDU
1-2botol budu
beberapa helai daun limau purut*
1batang serai*
1/2 bahagian bungan kantan*
*diracik, dipotong, dihiris ikut suka

CARA
Semua bahan didihkan. Bila didihan pertama kali terus tutup gas dan didihkan kali kedua serta tutup gas sebab dia akan membuak. Kemudian tapis dan amik budu sahaja.

SAMBAL IKAN
1kg ikan selayang (nak buh ikan apa2 pun ikut suka la)
-direbus/kukus/panggang, ceraikan isinya
1biji kelapa digoreng tanpa minyak hingga garing.
sedikit budu
sedikit garam dan gula
sedikit gula melaka
1-2camca lada hitam
1/2 labu bawang besar/ beberapa bawang merah dihiris nipis.

Semua bahan No goreng semula sekejap sehingga agak kering sedikit.

ULAM
Kobis, daun selom, daun kesom, daun kemangin, bunga kantan, kacang panjang, taugeh

AYAM
No goreng kunyit je.

BAHAN SAMPINGAN
Telur masin dan kopok

BAHAN SAMPINGAN LAIN
Solok Lada, Daging salai, Ikan Celup Tepung, Bawang Putih Jeruk errr apa lagi ek?..

4 ulasan:

KELI OH KELI berkata...

sedapnya nasi kerabu......like!like!

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

Rajin ye no siap pakai bunga telang lagi.kalau kat kedai sekarang dia letak pewarnakan.akak suka je makan nasi kerabu ni.letak sambal dia yag pedas banyak. akak prefer makan ngan daging.kecur air liur no.

Norhafiza berkata...

=>keliOhKeli : tima kasih..hehe

=>kakIna : ya kak, skang dorg pakai pewarna...wahhhh, mmg lagi best klo ada daging..makin laju je makan hehe..

Ujang9897 berkata...

tak mkn..hehe..