Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Ahad, 27 Februari 2011

PENCUCI Muka Anda Beracun Tak?..


Apakah ini..Puding Kelapa? Puding Laici? BUKAN! Ini adalah hasil eksperimen No petang semalam. Dan inilah yang No biarkan selama semalaman. Nak tahu apa? Pencuci muka No yg No duk tenyeh kat muka setiap hari!


Kenapa jadi macam ni?..Nah, mesti semua nak tahu kan. Ini la hasil tindakan kimia. Maknanya kita dah tahu bahawa bahan pencuci muka kita mengandungi bahan KIMIA dan beracun yang mungkin boleh mendatangkan risiko. Siapa tau? Cara untuk mengetahuinya adalah..


‎1) Ambil sesudu pencuci muka.

2) Masukkan ke dalam segelas air paip.

3) Campurkan dengan sesudu garam halus.

4) Kemudian kita kacau selama 1 minit.

5) Lihat hasilnya


...

Jika sebatian tersebut menjadi pekat! likat! melekat!

Sahlah pencuci itu ada campuran bahan kimia.


Kenapa pakai garam?

Kulit kitakan berpeluh. Cuba rasa peluh tu masin ke manis?


Bayangkanlah apa yang terjadi dikulit kita?

Peluh dikulit akan mengaktifkan bahan kimia yang ada dalam pencuci muka tersebut.


Jadi pencuci yang bagus jika kita campurkan dengan garam, sebatian itu tetap cair.

Kita boleh juga buat ke atas syampu kita tapi No tak buat lagi..lepas ni la No nak cuba pla tengok macam mana.

Jadi jalan terbaik untuk kulit kita ialah cari lah bahan yang mengandungi 100% herba ataupun berbalik dengan cara lama yang kita pk kolot. 

Dlu masa No remaja No selalu genyeh pucuk jambu batu atas tapak tangan dan gosok pada muka. macam pencuci muka la hasil tindakannya. Pucuk jambu tu juga No gunakan untuk menyental seluruh tubuh terutama di kawasan ketiak. Percaya tak, ketiak kita akan tetap segar dan tidak berbau walopon kita tak pakai deodoran selama 2hari. 

JADI?..Tepuk dada tanya AKAL..

info :
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000739359727#!/pages/Pakaian-dan-Produk-Bukan-Makanan-Yang-Dicemari-Kesucian-Untuk-Umat-Islam/110521535690497

7 ulasan:

ayushida berkata...

wah.... macam nak buat je lepas nih... hehehe

mzhany berkata...

no tengkiu atas info nih yer...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

No..rina dah lama carik pencuci muka yg btul² chemical free tp bagus utk kulit..tp ada ker? yg tempatan punyer dok canang 100% herba pun sbnrnya bnyk bhn berbahaya..camno?

suri solehah berkata...

salam no..memang banyak benda yg kita juga byk bahan kimia kan..nak guna aternatif malas hehe..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

setuju ngan komen suri. Kebanyakan pencuci muka memang ada bahan kimia. Seeloknya guna cara tradisional. No , pakai khazanah ke?

Norhafiza berkata...

=>ayushida : boleh2..silakan..demi kepentingan kita gak tu hehe

=>rina : sama la rina..No pun sedang mencari2 gak ni..yg ada mary kay tp mahal loooo...entah betul pun tak tahu gak tu..

=>kakSuri : salam kak..mmg cerewet sket kak tp berbaloi hehe..

=>kakIna : ya kak..br tuka brand ni tahun lepas..kes sbb ada tanda HALAL..tp sama je ada bahan kimia gak..huuhuhu

Ma Madiihah berkata...

Salam..Sis,sahabat sy dh cuba buat ujian ini..Alhamdulillah,pencuci muka Nutriwhite Shaklee tidak mengandungi racun..Cubalh sis..=)