Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 18 Februari 2011

SEKOLAH Oh Sekolah...

Dua hari lepas ada Husna gtau yang kawan2 dia dah dilantik semula jd Pengawas Sekolah. Drpd 5org hanya 3org dilantik termasuk Husna. 2org lagi tu lelaki, tidak disambung lantikkan sebab ada masalah disiplin dan menyalahgunakan kuasa.

Yang No nak crita ni, kenapa baru sekarang pihak sekolah melantik mereka? Mengapa tidak dari akhir tahun lepas?

Contoh macam Husna dilantik dari akhir Tahun3 (2009). Skang dh Tahun5, dah tentu la pakaian tu akan singkat kan? Ujung tahun 2010 lagi Husna mengadu baju dah singkat, kain pun macam org nak masuk lam sawah klo org trg cakap 'macam nok g ceddung'..tapi No cakap..

"Sabarla tunggu awal tahun kita beli baju baru"

Pompuan dia cepat membesar berbanding lelaki. Macam Faris, baju Tahun 1 masih muat lagi huhu..tp No belikan juga baju baru 1helai tuk bg semangat sket. Seluar tiap2 tahun kene beli sbb sll koyak kat lutut..

Alhamdulillah rezeki Husna sebab ada kawan sedekah baju anak dia 2pasang tp baju putih la. Maknanya tinggal beli baju biru (pengawas) sebab kain dah ada. Nak beli baju sekolah agama dorang jual spasang (bukan asing2) jadi terpaksa beli juga la..koman2 nak 2pasang. Spasang saiz Husna dalam 40hengget lebih gak dlu. Klo baju sekolah rendah murah pla dalam 20-30hengget spsg. Pastu boleh beli asing2.

Hari pertama Husna pakai pakaian pengawas..balik rumah dia cakap kawan2 dia yg 4org lagi tu pakai pakaian biasa..rupanya Husna terlepas dengar yang dikehendaki memakai pakaian biasa dahulu. Tapi Husna cakap ada juga pelajar yang pakai seragam pengawas.

No pun tepon guru kelas untuk kepastian dan memang begitulah yang dikehendaki pihak sekolah. Hari kedua Husna berpakaian biasa. Masuk minggu ke2, Husna balik gtau cikgu suh pakai pakaian pengawas plak. Kawan2 yang lain belum dapat keputusan lagi. Ni masuk pertengahan Febuari baru dorang dapat disahkan lantikan. 

Persoalannya, pihak sekolah tu tak pk ke yang awal tahun tu mesti dorang nak beli baju baru kan?..Lepas ni kene beli baju lain pula. Abis baju yg baru sebulan lebih pakai tu nak bagi siapa?..Lain la ada adik2 yang lain. Takpun sedekah kat masjid. Memang ada peruntukan pakaian percuma bg golongan yang kurang berkemampuan tapi kami tidak!..

Entahla, ini bergantung kepada pihak sekolah..kalu dapat GB yang boleh terima pendapat syukur Alhamdulillah TAPI........ wallahualam



5 ulasan:

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

sekolah ni kadang-kadang kalau buat sesuatu tak nak pikir benda lain.sepatutnya dia kena tanya dulu. Dah membazir bab tu.

mzhany berkata...

umm betol gak kan no, kena yg anak ramai alahai kesian nya...duit semua tuh.

tahniah husna...

Daddy Ziyyad berkata...

saya tak pernah jadi pengawas pun zaman sekolah dulu...~haha

ayushida berkata...

ye la kak no, sekolah ni kadg2 macam 2 benda yg kita tak jumpa masa zaman kita kan. Rasanya, zaman saya dulu sekolah ni senang je, sekarang ni pelik2, sy ckp ngan ank saya, kalau cikgu lantik, jangan terima, sebab nanti awaka yang susah.... teruk kan sy jadi mak? tapi, kalau menyusahkan buat apa kan.......

Norhafiza berkata...

=>kakIna : betul tu kak, kesian pla makbapak dorang..

=>hany : No setuju sesangat sebab No dah rasa, maklum la anak dh 4 huhu..

=>daddyZiyyad : No pun hehe..

=>ayudhida : betul cakap ayu tu..kawan kakNo pun ada yg tak bagi sebab takut ganggu pelajaran katanya..