Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 31 Mac 2011

HARAP KEMAAFAN DARI ANDA..

Alahai No skang ditahap kesabaran yang paling tinggi...nak tau kenapa???? Ni la jenis orang yang 'terlebih pandai'..konon nak masukkan MISTER LINKY untuk belog ke-2 No....sekali haraaaaam...yg sedia ada abis ilang link2 anda semua..aduyai..sebenar boleh dikutip kembali tapi No dah godek2 namun tak keluar2 juga tadi huhuhu...tak kene cara la tu agaknya huhu..sabo je leeeee..tak silap dah lebih 60 org yg tinggalkan link mereka..

No harap sudi2 la anda tinggalkan link anda kembali ya supaya senang No nak jenguk anda.

Mohon maaf sekali lagi..

Klo ada pandai dan nak mengajar No camne nak dapatkan balik yang asal tu, sila la bantu No ya..

Siapa PENGUNJUNG BERTUAH ke8377..

ALHAMDULILLAH..No dah dapat tau siapakah PENGUNJUNG BERTUAH MUTIARA NoLan yang ke8377. Kenapa 8377 pla kan..sebabnya itu adalah tarikh lahir No hehe..

Nak tau siapaaaaaa???????...

Beliau ialah orang yang amat penting skali dalam dunia blog ni sebab beliaulah yang membangkitkan semangat No untuk terus berblogging. Beliau juga antara pencetus idea2 No dan antara yang mula2 menegur No dan No kenal beliau dalam blog Group Saya Anak Terengganu dan yang sama2 memberi entri dalam group tersebut. Tapi sayangnya blog tersebut seakan2 sudah terkubur je skang huhu..tak tahu kenapa ya Hany..

Orangya peramah dan sangat sweet..Beliau yang No maksudkan ialah......
*


*


*


*

*
Hany ialah orangnyaaaaa...TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH dari No ye Hany..

Apa? Tak percaya..ok No tunjukkan buktinya ya..Kang ada pula yang tak puas ati lak kan..


Dan nak tau apa hadiah yang Hany dapat?????? Disebabkan pemenangnya ialah Perempuan maka dengan ikhlas hati No nak bagi Hany....


Camne Hany, suka tak? No tau Hany mesti suka warna HIJAU kan..dan kebetulan ada simpanan No warna ni..jadi INILAH YANG AKAN JADI MILIK HANY..nah, skang Hany kene bagi la alamat dan no.tepon ye kot email untuk proses pengeposannya pula..No harap Hany suka..

Tahniah sekali lagi dari No...



SEJAUHMANA benarnya SHOUTMIX Anda..

Sekitar awal tahun dlu No pernah menutup shoutmix/box No..kemudian No buka balik sekarang sebab untuk memudahkan rakan2 meninggalkan pesanan sekiranya ada apa2 yang kena. Contoh sekiranya gagal menulis di ruangan komen ke kan..

Biasanya bila kita dikunjungi seseorang mesti kita cepat2 klik ke link mereka kan?..Ye la dah mereka sudi datang jenguk kita. Nah, sebenarnya ada sesetengah tu dorang tak masuk tengok pun blog kita tapi dorang guna shortcut. Ada pulak tu kata dah jadi follower kita tapi bila kita cek takde puuuun!!! Dusta semata-mata..

Pastu yang iklan bagai tu sah2 No tak caya punya dia masuk. Lain la kawan kita yang kita memang kenal..betul tak? Ada pula tu iklan baju sukan..No ni mana la minat sukan bola2 tu sume haha..

Nak tau cuba anda ke blog Pendekar Berkuda. Nanti anda semua tahu jawapannya. Jangan lupa singgah sini juga=> Shoutmix Kena Hack Tindakan Anda.

Jadi No nak pesan..mana2 yang datang singgah tu klo nak No singgah balik sila tulis nama No ya macam contoh dibawah ni..klo rasa No ni kakak panggil ke kakNo..klo rasa No ni macam mak panggil je cikNo hehe..


Sebenarnya No agak ragu2 juga bila yang datang singgah tu betul ke dia singgah jd better buh nama No ye sayang...

Rabu, 30 Mac 2011

SAPE Boleh TOLONG Ajarkan......


Pagi ni No baru siap listkan senarai peserta yang dah join 1'st GA No dan tak sangka pula ramai yang berminat..terima kasih banyak2 ya atas sambutan dan sokongan anda. Sape2 yang tertinggal tu sila bagitau ye..kot2 No terlepas pandang..sume ada dalam ni => GA No

Sedang duk terjah blog memasing tu kan, ramai pula yang suka asingkan blog hanya khas untuk GA DAN CONTEST je jadi No pun rasa nak buat juga la tapi TAK TAHU CARAnya..Ada sape2 tau tak dan boleh tolong ajar No nak buat camne?..boleh la buatkan 1 entri dan jangan lupa bagitau No..

Ye la kan..klo join contest untuk ruang dia sendiri takde la ganggu ruang ENTRI kita yang biasa ni kan hehe..kawan2 nak masuk bace pun cam terganggu la plak kan..ye tak? hehe..

NOTA TAMBAHAN setelah bace komen Rina..
Maksud No mmg buka blog baru tetapi kita link kan ke blog kita..contoh masukkan blog baru ke HALAMAN kita..selain tu kita leh gak listkan semua bloglist kita dalam blog baru tu..cuma No tak tahu cara nak masukkan dalam HALAMAN hehe..

Selasa, 29 Mac 2011

Contest : Makan Paling Comot!

Akhirnya jumpa juga contest yang No tercari2 selama ni..masa No jumpa dlu No kesuntukan masa jadi No tak sempat nak buat entri..sori ye sis...

Klik banner di atas ye untuk join..

NAAAAH, sekarang tanpa membuang masa sebab TARIKH TUTUP ialah pada 31 Mac 2011. No pertaruhkan gambar ni sebagai tanda sokongan No pada Mas.


Joooooom kita join ramai2 untuk memeriahkan lagi contest Mas..

SIAPAKAH Pengunjung Bertuah Mutiara NoLan??

 Bila anda mengunjungi blog No ni, adakah anda PERASAN yang No sedang mencari PENGUNJUNG BERTUAH yg ke 7177dan secara tidak langsung akan memenangi HADIAH. Ya, klo anda perhatikan di atas blog No ada No publish...

Tapi bila No buka pagi ni angka dah lari jauh dan dari mesti DAH ADA YANG KENA kan?..

Kepada yang BERKENAAN tu sila hantar maklumat yang diperlukan untuk proses pengeposan hadiah. MASA ANDA HANYA 1MINGGU DARI SEKARANG. Jika tidak ANDA GAGAL memenangi HADIAH tersebut. Nak tau HADIAH apa ya..TUNGGUUUUUUU sebab jika LELAKI hanya khas untuk LELAKI dan jika PEREMPUAN hanya khas untuk PEREMPUAN sahaja..

Kepada yang tidak berjaya. Sekali lagi No akan buka. Jadi SENTIASA PANTAU nombor KUNJUNGAN ANDA ya..semoga berjaya.

Isnin, 28 Mac 2011

1'st GA For BELOVED Followers-Mutiara NoLan

No rasa macam nak buat GA la. Bukan main lagi No masuk GA/contest sana sini kan tapi kita senyap je hehe. Agak2 ada tak sapa2 nak join?.. No nak buat khas untuk anda semua ya. Nak tahu apa hadiahnye???

Jeng Jeng Jeng..

3Pemenang bertuah akan mendapat hadiah Kain Pua khas dari Borneo. Tapi takde kayu gantung ye..

Amacam? Berkenan tak?..Klo berkenan jom la join ya. No tak buat syarat sangat CUMA..

1) Untuk FOLLOWER No sahaja ya..jd klo nak tu sila la jadi follower Mutiara NoLan di ruangan Rakan Maya.
2) Buat Tajuk 1'st GA For BELOVED Followers-Mutiara NoLan 
2) Copy BANNER di bawah..

3) Buat 1 entri dan link kan pada ENTRI INI sahaja di ruangan KOMEN..
4) Tak payah nak TAG sesapa, cuma war2 kan macam No selalu buat tu..TAG KEPADA SESIAPA YANG BACA ENTRI INI..boleh kan?..senang je tu..tp klo rajin nak mengeTAG, No tak halang ye..
5) TARIKH TUTUP : Isnin 11-04-11 (cantik plak tarikh ni ye hehe)

Undian melalui CABUTAN BERTUAH..jd tungguuuuu siapa yang KENA..

>NOTA PENTING<
NO TIDAK AKAN MENGHUBUNGI PEMENANG JADI ANDA DINASIHATKAN MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA. SEKIRANYA PEMENANG TIDAK MENUNTUT HADIAH SELAMA 1MINGGU..ANDA AKAN DIGUGURKAN DAN CABUTAN SETERUSNYA AKAN DIBUAT..
SEKIAN..TERIMA KASIH

REKOD Masak Paling Lama..

Semalam No berhajat nak buat nasi minyak. Jadi time nak masak tu kira2 jam 12tengahari masuk dapo. Siap perap daging nak buh atas dapo..buka2 tak nyala..buka2 tak nyala juga. No ingat ni mesti batteri dah abis ni. Try cari dapo lama No takleh guna gak..tak naik api juga. Abang pun cakap guna dapo tungku la. Ok No pun siap2 angkat naikkan kat atas..baru No teringat...
"Looo, camne nak nyalakan?..mancis bukannya ada ni.." sebab Abang tak merokok

Vrooooom..Abang keluar beli mancis. Sampai2...
"Mmmmm terlupa plak nak beli batteri.." kelam kabut gak sambai terlupa.

Apalagi, guna la dapo tungku tuuuu..


Godek2 sana sini, yang start kol 12..kol 2 petang baru la dapat makan huhu..kesian Abang syik duk ulang dapo je tak tahan bau aroma gulai. Padahal 1jam je dah siap masak gulai tu. Klo ayam lagi cepat kan. 

Hari ni kene masuk dapo awal la jawabnye sebab kene masak 1-1 kan huhuhu...sabooooo

Akhirnya siap juga la lauk ala kadar ni. Alhamdulillah, terubat la sket rindu kat kg. Terbayang2 macam gulai kawah kenduri plak hehe. Seronok tengok dorang makan bertambah2. Tu antara dua la..
1) sedap perasan hihi 
2) lapo haha.

Resepi tengok  di sini ya.

Kemudian petang keluar cari batteri. Balik umah pasang balik tengok2 tak nyala gak...hurmmmmm..masalah apa la ye.. Ni No duk cari kotak dia yang lama kot2 ada info dalam tu. Klo tak hantor servis la jawabnya. No beli dapo tu bulan 11/09..ye2 je setahun lebih dah kiok! klo tak leh gak servis free ye dak hehe..

'555' tu yg asal..eberedi tu No beli tp xjalan gak. Mancis baru tuuuu hehe

DAN HARI NI.....DI WAKTU INI.....GAS PULAAAAAAK HABIIIIIIIS...

Nasib la lori gas selalu masuk sini...ok No nak tepon lori gas la plak....jumpe lagi deh...

SET Nasi Minyak

NASI MINYAK
BAHAN
Beras-bersihkan dan tos
Mentega/marjerin
1labu Bawang Besar*
3ulas Bawang Putih*
1inci Halia*
(*ikut la nak hiris/lumat)
1batang Kulit Kayu Manis**
1-2kuntum Bunga Lawang**
2biji Buah Pelaga**
4tangkai Cengkih**
Daun pandan disimpul. 
1gelas susu sejat/manis (No bansuh susu tepung je)
Garam hujung sudu.
Air secukupnya.

CARA
~ Tumis dengan bahan * bersama mentega/marjerin hingga naik bau kemudian masukkan bahan **.
~Masukkan bancuhan susu dan simpulan daun pandan serta sedikit garam.
~Masukkan beras dan air ikut sukatan anda. Klo No 8pot nasi, air tu No taruk hingga ke no8. Ikut beras masing2 ye. No guna beras nasional je tu.
~Mesrakan bahan2 dan tutup.

GULAI DAGING
BAHAN
1kg Daging
1biji kelapa asingkan santan pekat dan santan cair.
4sudu besar rempah*
(No guna rempah kari ADABI sebab sini susah nk dapatkan rempah gulai)
1labu bawang besar*-blend
3-4ulas bawang putih*-blend
1inci halia*-blend
Beberapa hirisan lengkuas*-blend
Kerisik*
1keping asam gelugur
garam dan gula

CARA
~Perap daging bersama bahan * kira2 15minit. (Sebelum uruskan beras tu boleh buat ini dlu).
~Masukkan daging kedalam kuali/periuk dan masak dengan api yang paling kecil sekali. Masukkan asam gelugur dan 1cawan santan cair supaya tidak terlalu kering. Bila gelegak masukkan santan cair selebihnya. Masak hingga empuk. (Orang terengganu cakap "MATI AIR')
~Bila dah empuk baru masukkan santan pekat, garam dan gula. Dan biarkan hingga santan masak.

 ACAR TIMUN MENTAH
BAHAN
Lobak Merah
Timun Batang
Kubis
Cili Merah/Hijau
Bawang besar
Cuka dan gula
(nak + nanas pun sedap)

CARA
Hiris semua bahan.
Bancuh cuka dan gula kemudian tuang kedalam bahan hirisan tadi dan gaul mesra.

SAMBAL BELACAN 
BAHAN
Belacan besar ibu jari tangan*-sangai atas api sekejap
1ulas bawang putih*-sangai atas api sekejap
Beberapa tangkai cili*
Garam dan gula secukup rasa*
Bawang merah/besar di dadu
1biji Tomato di dadu.
2-3biji limau kasturi

CARA
Tumbuk bahan * kemudian masukkan bahan dadu sambil dipenyek sedikit. Perah jus limau kasturi.

INFO
Selain lauk gulai, amat sesuai jika di tambah dengan ayam masak merah.
Selain Acar Mentah No selalu juga buat acar Nenas (org TERENGGANU sll masak resepi ni)

BAHAN
Cili Kering-di blend
Asam jawa (buat jus)
Gula melaka/manisan
Nenas

CARA
Masak cili kering bersama air asam jawa dan gula melaka. Boleh ditambah gula sedikit jika ingin manis.
Masak hingga mendidih dan biarkan sejuk.
Nanas dipotong kecik2. Kemudian dituangkan kuah yang dah sejuk tadi dan hidangkan.

INFO TAMABHAN
Cara ini adalah sama juga sekiranya anda ingin membuat JERUK PEDAS MANGGA/MEMPELAM/PAUH PUTIK.
Cuma anda perlu hiris dan rendam semalamam bersama air kapur. Kemudian basuh dan toskan dan masukkan kuah tadi.

Ahad, 27 Mac 2011

Make Over Jadi "Doll Face"

Ini ada lagi No nak kongsi macam mana dorang buat make over gambar kita guna PHOTOSHOP. No agaknya klo install program ni mau berejam nak siapkan kot hehe..

Bagi yang ada program tu boleh la amik panduan untuk belajar je.


Macam mana?  Comel tak?

Jangan TERPEDAYA

Melihat gambar2 perempuan yang cantik dan kurus ramping tentu kita pun teringin nak jadi macam mereka kan?.  Apatah lagi gambar itu merupakan TESTIMONI dari pelbagai produk. Maka kita pun ghairah untuk mencuba produk2 tersebut.

Tapi bagi No la kan, klo penjual menjual produk kurus namun badan dia ala2 je dan klo penjual tu menjual produk kecantikan tapi mukanya yang bak bulan mengambang baik lupakan aje. Ye la, nak jual produk tp...mmmmm kirim salam la jawabnya. Apatah lagi yang jual produk melalui online kan? Kita tak kenal dan tak tahu pun entah iye entah tidak. Lain la dia tu kawan kita yang kita dah tau dia memang amalkan produk tersebut..mau 'termakan' gak kot kan?..

Jadi No nak kongsi la klip video ni untuk PANDUAN kita. Cuma No nak minta maaf la sebab takde 'calon' lain..terpaksa la ye tengok yang seksi meksi ni..No nak buat sendiri takde plak program PHOTOSHOP..jadi harap maklum la ye..

CARA Letak Pautan Pada Gambar/Banner..

Atas permintaan adik Halila kita yang comel ni..No nak buat la satu entri ya berkenaan ni. Yang sebenarnya No pun baru je belajar dari Rina. (Anda jangan nak ketawa lak ye, maklumla budak tua baru belajar..tp klo nak ketawa pun No tak kisah hehe).. Jadi TERIMA KASIH banyak2 ye Rina tolong ajarkan.

Sebenarnya bagi blogger baru ada juga benda yang kita tak tahu nak godek2 kat mana kan. Caranya lebih sama macam kita letakkan pautan pada TULISAN kita. Jadi kita kene upload gambar kita macam biasa la kan. Dah terpampang gambar kita tu kita KLIK gambar tadi dan KLIK di PAUTAN bahagian atas post kita ni. Kemudian kita taip macam biasa la alamat pautan kita tu. 


Masa Rina ajar tu kan..No cakap dalam hati "Ooooooo mudah je hehe"..jadi macam ni la caranya ya. Sekian saja untuk kali ni.

Sabtu, 26 Mac 2011

"kami SWEET contest !

Terima kasih kepada KakAriana kerana telah mengeTAG No untuk join satu lagi contest anjuran adik manis kita ni ya. 

Waaaaah, nampak menarik je contest ni ya..jadi No nak buh gambo ni la...


Sebenarnya ni gambar sekitar tahun 2007. Time ni Fadhlan masih bb lagi. No pun tengah montel la haha..takpe la kan, demi menyokong adik manis kita ni apa salahnya kan.

Dan macam biasa la ye, No mengeTAG kepada semua yang baca entri ni. Berminat boleh klik banner penganjur yang atas tu ye. Terima kasih kepada Rina kerana telah mengajar No camne nak buat camtu..maklum la No bukannya pandai sangat hehe..

Jumaat, 25 Mac 2011

TERIMA KASIH Sayang..

Syukur ALHAMDULILLAH kepada ALLAH SWT di hari Juma'at yang mulia ini No mendapat berita yang amat gembira. Anak2 No, Nurul Husna telah merangkul JOHAN dan pertandingan Tilawah Al-Quran (P) dan Muhamad Faris berjaya mendapat tempat KE-3 dalam pertandingan Azan peringkat sekolah mereka. Ini bermakna Husna secara tidak langsung akan mewakili Sekolah Kebangsaan Kerupang untuk pertandingan peringkat sekolah seluruh Labuan pula.

Senyum lebo la die...

Ok dah tu ye Faris..tahun depan cuba lagi Tok Bilal..

Tahun lepas Husna berjaya merangkul JOHAN dalam pertandingan Tarranum namun gagal di peringkat antara sekolah2. Takpe, tahun ni insyALLAH, nanti Husna dapat lakukan yang lebih baik dari tahun lepas..insyALLAH..

Di samping ini No nak ucapkan JUTAAN terima kasih kepada pihak sekolah terutama semua Ustaz dan Ustazah yang telah membimbing mereka selama ni. Semoga usaha Ustaz dan Ustazah sekalian akan dirahmati ALLAH SWT..amin

Khamis, 24 Mac 2011

"Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com"

Setelah diTAG oleh Halila, No nak join contest ni yang dianjurkan oleh Farisz@AZ. No pun tak tahu yang mana satu entri terbaik No jadi aci tak No main letak je ye..Harap penganjur berpuas hati la ye..

No pertaruhkan entri Ladang Tenusu Mesilau Kundasang Sabah sebab ianya adalah tempat terbaik diantara tempat yang pernah No pergi. No suka sangat pergi Kundasang sebab ianya sejuuuuuk sangat.

Kemudian nak kene TAG 5orang..mmm harap penganjur sekali lagi berpuas hati sebab No ingin mengeTAG kepada SEMUA pembaca blog No ni. Kepada yang sudi boleh la join ya sebab tarikh tutup adalah 30 Mac 2011. Masih sempat lagi tu ya.

LAICI Oh Laici

Hany nak sangat cari LAICI dalam tin yang ada status HALAL JAKIM. Sebab suami Hany, MZ suka minum Milo Laici. No pun tak pernah rasa pun lagi macam mane hehe. Sudah sedia maklum kan status laici yang ada di pasaran kita skang kan..nak2 yang pemes tu yg tin kaler KUNING tu kan..pernah dorang lelong 3tin RM10 tau..

No pun dengan semangat pergi la cari untuk Hany tersayang kot ada di Labuan ni. Cuma satu ni je No pergi sebab supermarket ni buka 24jam jadi jam8 ni la satu2 yg buka hehe. Yang lain tak sempat nak singgah, petang karang kot No singgah selepas hantor Husna dan Faris ke sekolah agama petang sebab semalam dorang tak p kes ada KoKum di sek ren setiap hr Rabu.

Dengan SUKACITANYA No jumpa la yang Hany nak tu, siap buka camera cap ayam dan snap gambo lagi hahaha..

Cuba klik kasi beso gambo.. produk Thailaind tu...

Tapi ada cop HALAL JAKIM

Yang ni HALAL dr negara Thailand

No balik umah terus buka laman web jakim http://www.halaljakim.gov.my/ dan isi maklumat yang diperlukan.

Tapi DUKACITA dimaklumkan bahawa sarikat terbabit tiada dalam senarai puuuuuuuun..

see..
Ni pun yellek juga..
Bila No taip REX hanya 3syarikat ni je yang keluar..jadi SILAP siapa disini???????

Klo No la kan dah ada status HALAL JAKIM tu tanpa RAGU2 No terus ambil.....

Cuma No tersilap tadi terlupa nak amik kod bar dia tu (yg No petakkan dalam pic di atas)..dari situ kita mungkin boleh dapat sedikit maklumat gak kan. No cuma ingat klo kod bar tu bermula nombor 955++++++++++ bermakna adalah produk keluaran MALAYSIA..

Kita sebagai pengguna kena BERHATI-HATI sebab benda tu semua akan jd darah daging kita anak2 beranak..  

Rabu, 23 Mac 2011

Kembung Percik

Semalam No merajinkan diri mencuba menu percik. Biasa No masak menu biasa2 je yang macam dalam entri ni. Balik2 sayo lemak, sambal ikan/sotong/udang haha.. 

Dan jangan ketawa pula klo No cakap ni la 1st time No masak percik No pula nak ketawa haha. Selama ni duk tengok je arwah Mak dan Ma yang buat. Bukan apa, No masak lauk lain dorang masak lauk lain. Kan dapo ada 2gas kan hehe. Tapi sori la nampak macam lain masan sket, maklumla 1st time buat.

No nak share la resepi ni ya. Ni cara No buat la ala2 main campak je..

BAHAN
4ekor Ikan Kembong - dibersihkan
1labu bawang besar - blender bersama garam dan *serbuk kunyit
3-4ulas bawang putih - blender bersama garam *serbuk kunyit
(*nak tuko ngan kunyit hidup lagi bagus, No guna serbuk tu yang pucat sket tu..)
1mangkuk santan pekat
3-4batang serai
1keping asam gelugur
1helai daun kunyit
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA
1) Ikan diperap dengan bahan yang di blend tadi. Perap kira2 10-15minit. Kemudian bakar/panggang. Ikut la nak panggang stail mana. No panggang dalan kuali non-stick je hehe..dalam oven pun boleh. Cara tradisional lagi sedap.
2) Tumis bahan yang diblend tadi bersama santan, serai, asam gelugur dan daun kunyit hingga pekat.
3) Masukkan garam, gula dan serbuk perasa sesedap selera anda.
4) Masukkan ikan dan digaul balik (jangan sampai hancur lak ikan tu ya). Siap.
5) Klo stail tradisional, ikan tu di dalam pemanggang dan di percikkan kuahnya berkali2 macam kita bako sate tu kan..tu baru betul di panggil PERCIK hehe..yg ni GOLEK pun ada..

Abang : Masak apa ni?..(agaknya tengok lain macam kot)
No : Percik..
Abang : Mmmmm sedap, nape tak buat kuah banyak..sedap kuah dia..
No : dah kembang kempes kene puji Kalo kuah banyak jd gulai la plak tp kene tambah lengkuas sket la pla.

Dan sayo pula No buat Sayur Air Bayam je..


BAHAN
1ikat Bayam Merah - asingkan batang dan daun.
Sotong/udang ikut nak buh banyak mana
1labu bawang besar - di hiris bulat/mayang
3ulas bawang putih - diketuk
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya.

CARA
1) Tumis bawang besar dan putih hinggan naik bau, masukkan air bersama batang bayam.
2) Bila dah gelegak masukkan sotong dan daun bayam serta garam dan serbuk perasa.
3) Kira2 sotong dah empuk (jangan lama sangat) dalam 3-4minit SIAP.

Kemudian No goreng Ikan Cencaru je sekor. Cukup la untuk makan kami sekeluarga. ALHAMDULILLAH.


Selasa, 22 Mac 2011

TERCABUT La Pulak!!!!

Ai yai yai...dia buat lagiiiiii..



Mula2 pintu penumpang seblah kiri..kali ke kedua pintu depan sebelah kiri (sebelah No la tu)..Nah, kali ni pintu dreba la plak. Kebetulan tuan dia yang buka..sib baik bukan giliran No yang guna hihi..

"Dah sampai masa dia la tu.." No cakap bagi sedap sket tuan dia tuuuu..

Hai, mentang2 la tak lama lagi dah nak gajikan..so dia pun nak berganti yang baru gak la. Masalahnya sparepart Ford susah la di Labuan ni. Dulu pernah tanya kat agen Ford dia nak rm350 tau yang ori..kemudian pergi kat workshop tanya kebetulan ada yang jenis proton 1ratus setengah tak silap. Tu pun bukan yang ori. Tukar je la 1 yang depan, yang belakang belum lagi la tu. Ni nak tak nak kene tukar juga la nanti. Tak kan tiap kali nak keluar je..buka cermin pastu buka ikut luar haha..

Macam ni kita klo guna kete import, naik sedap tapi bab ni la yang sakit sket. Ni klo ikut banyak dah nak kene tukar. Umo kete pun nak masuk 8thn bulan Ogos ni. Tapi barang sini mahal sangat. Hampir sekali ganda pun ada berbanding harga semenanjung siap dengan servis. Klo beli barang pastu suh dorang buat, ada banyak beza la juga. Tapi tiap kali turun KL selalu je Abang tak sempat nak servey kedai. Ye la, masa dah terhad pastu nak kene cari kedai lagi duk celah mana. Masa balik kg tahun lepas pernah tanya agen di Kota Bharu. Sume barang yang kita nak terpaksa kene order di KL dlu..pastu tak tahu bila sampai.. Kita dah la terhad duk kg. Nak tuko timingbelt pun kene order huhuhu.

Mmmmm, macam tu la kan kita, dah tua sket sakit situ la sakit sini la, terpele'ot sinun la...

RUTIN Ke Klinik

Semalam lepas sekolah No terus bawa Farihin dan Fadhlan ke klinik desa. Farihin sepatutnya bulan Feb lagi tapi nak No bawa sekali dengan Fadhlan senang sket nak jaga, sekali round je kan.

Bila ditimbang berat, nampak sangat kemerosotan perkembangan dorang.

Farihin 5tahun
Berat : 17.5kg naik 1.5kg dari tahun lepas.
Tinggi : 105cm berbanding tahun lepas setinggi 100.4cm.

Fadhlan 4tahun
Berat : 15kg berbanding tahun lepas 14.3. Tak sampai 1kg naiknya.
Tinggi : 96cm berbanding tahun lepas 90.7cm

Nurse cakap tak apalah selagi dorang aktif. Agaknya terlalu aktif sangat sampai terbantut berat mereka.

Tengok tu..tak duduk diam langsung...terbang sana berlari sini..

Sempat juga No merasa klinik lama ni. Fadhlan dan Farihin anak Labuan tau jadi dorang plate 15 dlm ic dorang.

Kos sampai berjuta tapi baru duduk dalam kuartes seminggu, tangki air terjatuh atas lantai. Pecah la bumbungnya. Nasib baik nurse dan bbnya selamat. Alahai...macam ni la ye kontraktor zaman skang..Tepuk dada tanya akal, malas nak komplain..

Isnin, 21 Mac 2011

Kisah Hari Isnin..

Biasa klo kita kan mesti liat je nak sambung keje balik kan klo tiba hari Isnin..ala omputih kate monday blues. Bak kata kakIna  pula "Hari Malas Sedunia" hahaha..sabo je la kan kakIna hehe..

Ni No nak cite pasal anak bujang No ni Si Fadhlan. Yang bongsu ni bongsu ke? agak liat sket pagi ni, maklumlah dah seminggu cuti. Bangun pagi masuk bilik air Abah dia yang angkat sebab No duk kat dapo lagi. Dah selesai tugasan di dapo No masuk bilik air sambil bawa Farihin. Tengok2 Fadhlan duk mencangkung sambil membebel2..tau dia bebel apa?..

"Adik nantuk (ngantuk) la Mama..adik nantuk la Mama" di ulang berkali2.. Padahal malam tadi Fadhlan la yang tido paling awal, lepas isya' dah pengsan. Hari cuti pula Fadhlan juga yang terjaga awal bila terdengar bunyi jam loceng.

"AbangYin tak ngantuk kan Mama?" Farihin pla tukang bako walaupun time tu luas mulut2 duk menguap haha..

No buat tak layan je terus mandikan Fadhlan. Farihin ni lain sket, sejuk pun dia tak mengeluh walaupun terketar2 gg tu duk berlaga. Walaupun tido jam 12-1pagi..esoknya tetap bangun tanpa banyak soal.

Siap mandi time nak pakai baju lak..

"Adik catit kaki la Mama..Adik nantuk la Mama"..sambil menggosok2 kakinya..
"Adik g skolah dlu, balik nanti Mama sapu ubat pastu Adik leh tido ye.." jangan di layan sangat mood Fadhlan tu. Nanti kang naik lemak. Kita kena tegas sket walopun dia baru nak belajar g sekolah. Tapi bila sampai di sekolah sampaikan terlupa nak salam dengan Abahnya bila tengok ramai kawan2, cepat je nak kua kete huhu..

Ok, No sajikan video si Fadhlan kepada yang sudi menonton...selamat menonton dan semoga anda terhibur dengan celoteh si Fadhlan ni..

 Tarikh sebenar 3 Mei 2010...

AKTIVITI Hari Minggu

Lokasi : Pantai Pohon Batu, WP Labuan
Tarikh : 20 Mac 2011
Masa : Lunch

Macam ni la kami setiap hari minggu. Lepak2, piknik2 cuci mata di pantai. balik2 pusing pantai. Balik2 tawaf pulau.
Macam hari ni, tetiba Abang cakap rasa nak lunch kat pantai. No apa lagi masak2 la lebih kurang. Siap terus pecut ke sana. Tak jauh pun, dalam 5minit sampai la.

No masak ala kadar je..sayo lemak, sambal udang dan ikan cencaru goreng.

Jangan tengok je..abik je la ikan tu..jangan takut dia tak gigit deee..

Eh, ada kumpulan lain duk syok mandi la..

Air barli penyejuk tekak..

Kejo jangan tak kejo. Perasan tak rumpai yg banyak atas pasir tu..ni la sebabnya kami jarang mandi laut..kang bila menyelam, ye2 je rumpai tu bertuko jadi rambut haha..eeee mesti gatal tu!

Antara lokasi yang disediakan..ops terlindung plak..

Ni lokasi sebenar yang diatas tu..siap ada wakaf..gambo ni tahun 2007.

Ramai juga yang berpiknik. Kat situ ada disediakan tempat untuk kita BBQ tp No tak selera la nak guna sebab takut non-muslim bako dia punya pork huhu..

Boleh dikatakan di setiap pantai disediakan tempat untuk kita berehat dan bersantai. Nak main bako2 pun senang.

No selalu lepak sekitar bawah pokok ni sepanjang pantai ni..teduh. No pernah wat entri dlu pasal ni.

Terjumpa pelampung terbuang (nama pe ntah yg buat tanda aras jaring tu) terus disepak seperti bola..mmmm sib baik tak sakit kaki..

Ahad, 20 Mac 2011

~GIVEAWAY SEMPENA 27 TAHUN~



Kali No merajinkan diri nak menjoin contest dari Asfaliza yang No jumpa dari blog Hany. Syarat dia yang paling seeeeenang. Buat entri je. 


Tag orang pun tak payah. No bukannya apa, tang bab tag2 orang tu takut gak klo2 dorang marah ke kan. Pada sesapa yang No pernah mengeTAG tu mohon maaf la ye..kadang2 syarat je tu jadi No pilih je la ye..


Kepada anda yang berminat nak join sila la ye..ala, mudah je tu..saje2 kita buat meriahkan majlis kan apa salahnya.


Tarikh tutup : 29 Mac 2011
Hadiah untuk 3orang yang bertuah melalui cabutan undi. Nasib la sape yang kene ye..


Ok la, ni la saje entri No untuk contest ni..

Sabtu, 19 Mac 2011

SELAMAT HARI LAHIR Buat Fadhlan

19 Mac 2007, tepat jam 11.50am No selamat melahirkan bboy di Hospital Nukleus Labuan dan diberi nama MUHAMMAD FADHLAN FAKHRI. Jadi genap la usia 4tahun hari ni.


(Dlu Fadhlan tersangat la montel..)

Pagi tadi kami just beli makanan dan lepak2 kat pantai. Time balik Abang singgah kedai kek dan roti. Dan...

TADAAAAA...

owh..tuk mama gak upenye..so hepi belated la ye...

'Peace' dari besdeyboy..sukenyeeeee


Baca doa dlu sebelum makan..abaikan tarikh dan masa tu ye..dh lupa ingatan agaknya camera nih..


Posing ngan Mama lak..


Uih..tak sabo2nye die...

Jadi macam biasa la No nak ucapkan No nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..semoga Adik menjadi anak yang soleh, dapat menggembirakan Mama dan Abah, menjadi anak yang taat perintah ALLAH TAALA..Mama juga doakan semoga ALLAH TAALA sentiasa Merahmati, Meredhai dan Merestui apa saja yang Adik ceburi..amin..