Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 4 Mac 2011

BUKAN 18SX..


Pagi semalam kan Husna tak p sekolah sbb malu nak pakai baju kedut2 disebabkan kes semalam. Jadi sambil tolong No di dapo..ada beberapa soklan cepumas yang Husna tanya..

1) Mama, senggugut tu sakit apa?..
2) Ari2 tu apa? Kakak baca dalam buku teks PJK katanya bila remaja kedatangan haid akan tumbuh bulu pada ari2 dan ketiak..
3)Macam mana kita nak tau kita datang haid?..
4) Berapa lama haid tu datang..bila dia datang..
5) Apa maksud dorg tunjuk jari tu Mama? -> jawab isyarat lucah
6) Isyarat lucah tu apa Mama?..

No rasa bila anak ada kemusykilan tentang masalah ni, haruslah kita terangkan kepada mereka sebaiknya. Klo org dlu2, kita tanya mereka akan jawab "alaa, nnt kamu besar kamu tau la tu"..

Zaman skang dah tak sama cam zaman kita dlu. Anak2 dah semakin ke depan. Dlu time kita buka spender ada tompokan darah mesti menangis dan meluru bagitau mak kan? No la org lain tak tahu hehe..

Kita juga sebagai ibubapa, terutama ibu la sebab kita rapat dengan anak2..cuba terangkan kepada mereka bahagian mana yang di kira 'sensitif' tak kira yang pegang tu lelaki atau pompuan..jangan main2 lesbi pun dah wujud di sek ren lagi tau. Malahan penkid pun tidak terkecuali. Kita jangan pandang remeh perkara ni demi masa depan anak2 kita.

Walaupun mereka sek ren tapi kemungkinan terjadi lagi kes 'rasa degupan jantung' mungkin berlaku kan? Siapa tahu?..

Kita juga hendaklah selalu dengar masalah mereka, apa kegiatan mereka di sekolah, dengan siapa mereka berkawan, apa cikgu ajar..jangan terkejut bila Faris bagitau cikgu gantian memberitahu anak2 muridnya..

"Siapa tau pelakon yang jadi ayah Dania dalam cite 'Awan Dania' tu.." 

Kebanyakan murid angkat tangan..

"Haa, dlu anak pompuan dia mati bunuh diri terjun kondo.." sambung cikgu tu..

Masa tu kami tengah makan malam, bederau darah No. Abang apa lagi..mula la sesi soaljawab. Apa motif sebenarnya cikgu tu bagitau cerita macam tu?..Nak bagitau bunuh diri tu SALAH?..Tapi, cuba lah cari pendekatan yang lebih lembut. Usia mereka skang bukan kuat lagi untuk memikirkan isu semasa dan kebanyakan sifat2 negatif yang terlekat dalam otak mereka..'oo ada masalah bunuh diri-habis cite!'

Sekali peranan ibubapa amat penting untuk menerangkan kembali..

"Kita takleh hukum orang tu mati bunuh diri ke apa. Mungkin dia terjatuh, siapa tahu? Hanya ALLAH SWT yang MENGETAHUI. 

"Bila tengok barang kita ada dalam beg orang tu, jangan tuduh dia yang amik tapi kene selidik dlu, mungkin ada orang lain nak kenakan dia"..berceramah la pla si bapa..

-TAHU DIMANA ANAK2 ANDA SEKARANG?-


13 ulasan:

mzhany berkata...

no, betol no...skrg ni kena xplain betol2 kan kat anak2 nih...bair dorg semua faham apa yg betol dan salah...

erkk ape motif jugak yg cikgu tu bgtahu mcm tuh...sabo je la...mentang2 cite awan dania tuh femes...

kpah k-poh berkata...

samalah NO..anak akak yg bongsu tu..darjah 6..selalu ada jer soalan..Kdg2 tu..cikgu punya penerangan budak2 dah salah tafsir...( kalau ada sbox kan senang nak blogwalking...)

Daddy Ziyyad berkata...

Biar kita mengajar anak2 kita pendidikan seks, daripada mereka belajar dari internet/kawan2.

Berapa umur Husna?

niesz berkata...

takut bila pk kan dunia skrg ni, dah x mcm dulu..budak2 pun dah tahu buat mcm yg org dewasa buat..bnda yg xelok tu la yg dorang lebih tahu dr yg elok..tggngjwb sbgai ibubapa pun dah makin sush skrg ni..

Dda Ly berkata...

haii mmg betul la..skang kne gune pendekatan yg betul..takut kite nak educate, tp salah cara...risau! aritu ade cikgu budak darjah 4 cerita, dlm exam di tanya ape kegunaan balkoni, murid die jawab bunuh diri...haru kan? huhuhu

meh ke rumah,
~damia dan selsema~
keep in touch ye..♥♥♥

Mat Ganu berkata...

budak2 sekarang sudah jauh ke depan kak no...hehehe

Magrib berkata...

maksud akak wat link mcm nie ka??


Ini entry terbaru saya..
Onani (melancap) - Adakah Normal?
Cara cepat tingkatkan traffic
sifilis itu penyakit kelamin 'lah!' 
Skuad MALAYSIA berjaya Benam CHELSEA 3 - 0 
Mari lah ROGOL saya!

Norhafiza berkata...

=>hany : tu la tanya si Faris takleh nak bagitau pe2 pun..

=>kpohK-poh : setuju sgt2 ngan akak..

=>daddyZiyyad : betul tu..senang kita leh selami hati anak2 kita..Husna umo 11tahun..

=>niesz : semakin berat dan mencabar..begitu besar tanggungjawab ibubapa niesz..

=>DdaLy : uih! ni kes lagi berat huhu...terima kasih sudi singgah..

=>matGanu : tu la dik ooi..nnt adik akan rasa sume ni hehe..

=>magrib : uih! tajuuuuuk hahaha..
a'a..cam tu la..hehe..tq dik..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

akak sokong apa yang daddy ziyyad kata. No, akak ngan anak anak perempuan akak kalau pasal sulit semua tak de rahsia. Akak nak dia anggap akak cam kawan rapat.Jadi bila dia ada masalah, dia refer akak dulu.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

yerla..risau betul..risya dah mula membesar..tak lama lagi rina pun dah kena sedia utk jawab soalan² mcm ni..sebelum ni dia cuma tanya mcm mana adik boleh ada dlm perut..rina just bagitau Allah tiup adik dlm perut..kan risya yg doa nak adik..hehe..

Piasara berkata...

"no..yg akk heran kita dulu2 takde tanya mcm2 pun pandai sendiri je kan..
budak2 skrg ni lain beno..tp akk ambil pendekatan positif..cerita apa saja yg diorang mushkil.."

airmataibu berkata...

setuju dgn nor, anak lelaki ke anak perempuan ke... kena treat sama saja, bagi contoh n cerita2 tauladan yg baik... jgn pikir budak pompuan aje byk bahaya so kita lebihkan nasihat anak pompuan... salah tu, cara mendidik perlu seimbang...

Norhafiza berkata...

=>kakIna : setuju gak kakIna..patutnya dia kene rapat ngan kita kan..baik anak laki mahupun pompuan..

=>rina : baik kita bersedia dr skang rina..esok2 bila dorang besar soklan yg lebih panas akan kita dengar..

=>kakPiasara : ya kak, kita dlu lain..dorang skang lebih kedepan..kita pla yg patut bagi sempadan yang mn betul yg mana salah..

=>airmataibu : ya , dua2 kene seimbang..sbb dua2 main peranan kan..