Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 18 Mac 2011

KEBUN Mini No..

Petang2 camni best kan duk belakang umah sambil 'bercakap' ngan pokok2.. buang makhluk perosak yang ada..cabut2 rumput liar tu kan. Tapi No jarang ada masa..ye la duk ngadap 'benda alah' tup2 dah petang, dah sampai waktu masuk dapo lak hehe..

Ni, No nak share kebun yang tak seberapa ni..maklumla, tanah pun cenonit je ni ha..yang lain owner dlu kasi simen sume tanah. Jadi, yang tinggal ni kita 'berbudi' la sket ye dak?


Ni la satu2nya tanah yang ada..


Pokok kunyit..leh la takat nak bungkus ikan bako ye dak?..ops, nampak tak cam ada 'loji' kat bkalang tu..maap ye, tu bukan 'loji' tapi saluran air terus ke loji perumahan ni. Maknanya takde masalah nak 'melimpah' la ye...cuma kena bayo la caj pd Indah Water sket.


Tiga saluran air..yang pasti satu dari singki dapo dan yg dua tu dari 'mangkuk' lam toilet hehe..maap ye, No tak pernah nak menyental lam tu sejak 2tahun duk umah ni hehe..



Pokok Cengkur Manis/Cekur Manis. Klo No malas No main tarik terus je dr pokok haha. Daun dia juga No blender dengan daun pandan untuk memekatkan warna kueh. Bila buat kue Seri Muka tu takde la pucat kan?..


Pokok Kesum. Dlu banyak No tanam tp dah pupus sebab terlebih 'rajin' No jaga..skang baru nak aktif jaga balik.


Alahai, kesiannya Pokok Serai ni..ni je yang tinggal. Kesnya No tak reti jaga. Dlu ada 3rumpun. Nak makan amik..nak makan amik..jaganya idok!..skang 1rumpun ni pun idup segan mati tak mau..


Anak Pokok Kari. Asal benih dari rumah seblah, dia tumbuh kat tepi longkang antara umah No dan Jiran. No amik dan tanam di sini.


Pokok Halia..


Pokok Limau Kasturi. Dah tinggi melangut. 6kaki mungkin ni.


Pokok Limau Purut. Tinggi daripada No dah pokok ni..


Anak Pokok Betik.


Pokok Jambu Batu. Tu buah yang sulong. Skang sedang berbunga mekar.


Pokok Betik bercabang2. Yang nampak depan je kan?..kat blakang tu ada cabang dia lagi tu. Asalnya ada 1 je cabang tapi bila Abang potong kesnya dah tinggi melangut sampaikan nak tumbang umah belakang, dia tumbuh lagi banyak cabang.


Pokok Cili apa entah. Buah dia PUTIH bila putik, kemudian KUNING, pastu OREN..dah masak MERAH. Time masak br ada rasa pedas sket je..ala2 manja gitu..


Pokok Telang. Bunga dia kita buat pewarna dalam Nasi Kerabu tu.


Buah Kundur. Satu2 pokok yang tumbuh sendiri. Sempat juga No rasa buah ni 2-3biji. Pastu bagi kat kawan. Masakan dia lebih kurang macam Labu Air juga la. Bagi No sedap lagi Labu air hehe.. Tak tahan bila kita terleka dia akan menjalar dari kiri abis naik atas Pokok Jambu, naik atas Pokok Telang. Bila dah malas nak jaga terus No buang.

Ops..dah petang dah..tak sempat nak cabut rumput hehe..ni masa No masuk 'opeh' la pla..kang tak siap masak bigboss masham muke tak besh la kan...Abang klo 5.30ptg sampai umah mesti terus makan malam. Malam pula kudap2 dengan biskut/roti/kue je.

Ok, panjang umo kita jumpa lagi ek..

10 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

wah..beshnya bnyk pokok..rina tak bape pandai tanam pokok..adalah jugak bela pokok hiasan..kalau tanaman blh mkn cuma tanam pandan jer..tu pun kt depan umah sbb takda tanah belakang..

mzhany berkata...

no, byknya pokok yang no tanam..baguslah no ni...tabikkk r kat no.huhuuh hany ni xde pun bercucuk tanam. tapi kalau dah duduk umah sendiri, hany dah plan nak tanam pokok pokok yang patoto ada, almaklom ler kat kl slangor ni semua kena beli kan...huhuhu semoga hany berjaya nanti....

suri solehah berkata...

salam no,rajinnya no..respek akak kat no,akak pun minat jgk tp dah duk umah atas awan ni terpaksa la kiv dulu minat tu...

Piasara berkata...

"banyak nya pokok yg no tanam.Macam2 ada tu..senang kan kalau nak masak..tak yah nak beli2 lagi..akak pun tanam mcm2 gak,tp sbb tak jaga betul2 byk yg dh mati.."

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

No,

Rajin lah .akak punya kebun kecik depan rumah nak bersawang.No , cam mana nak merajin diri berkebun.dulu akak rajin, sekarang ni, kenapa ntah dah malas. tips no?

Norhafiza berkata...

=>rina : teringin gak nak tanam pandan ni..kene redah rumah kwn2 kot2 ada anak hehe..

=>hany : tula hany..dah ada tanah sket No kerjakan la hehe..

=>kakSuri : oo tapi boleh pakai pasu kan kak..takat pokok kecik2 akak boleh tanam lam pasu..

=>kakPiasara : ye kak, takat yang ada ni No kutip je nak masak..skang terining nak beli benih kacang panjang lak, tak pun bendi ke..leh wat ulam..

=>kakIna : hehehe tip?..ala No tak tau sangat kakIna...mmmm kita kene buat jadual kot..tiap2 hari minggu kita khaskan untuk membelai dia..amacam kak?..
=>

.:rizaL:. berkata...

my dad loves gardening...bleh katakn hari2 tau..

ayushida berkata...

kak no, saya pun suka bercucuk tanam ni, tp kan tanah yg ada kat luar pagar, jadik pokok pandan yg gemuk, habis di tarik kaum myanmar, tanam dlm pasu kt tepi koridor, di duduk kan kucing, tinggal le pokok serai kt depan umah tu, nasib baik segar je, dah malas nak tanam2... masa pun tak de nak melayan pokok, huhuhu

Norhafiza berkata...

=>rizal : wah..tu lagi seronok sebab ada geng hehe..

=>ayushida : aloo, sianya nye..dugaan betul la ayu ni kan..pokok pandan kakNo teringin gak nak tanam..tengah cari anak2 ni kat umah kengkawan sini..

sya berkata...

Salam Norhafiza,
tumpang tanya...sy mencari pokok bunga telang untuk tujuan penyelidikan, ternampak pulak blog Norhafiza dan pokok bunga telang Norhafiza yang merimbun tu. Boleh x sekiranya saya nak mintak sedikit daun-daun dan bunga telang Norhafiza tu? Sekian.... (^_^)