Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 23 Mac 2011

Kembung Percik

Semalam No merajinkan diri mencuba menu percik. Biasa No masak menu biasa2 je yang macam dalam entri ni. Balik2 sayo lemak, sambal ikan/sotong/udang haha.. 

Dan jangan ketawa pula klo No cakap ni la 1st time No masak percik No pula nak ketawa haha. Selama ni duk tengok je arwah Mak dan Ma yang buat. Bukan apa, No masak lauk lain dorang masak lauk lain. Kan dapo ada 2gas kan hehe. Tapi sori la nampak macam lain masan sket, maklumla 1st time buat.

No nak share la resepi ni ya. Ni cara No buat la ala2 main campak je..

BAHAN
4ekor Ikan Kembong - dibersihkan
1labu bawang besar - blender bersama garam dan *serbuk kunyit
3-4ulas bawang putih - blender bersama garam *serbuk kunyit
(*nak tuko ngan kunyit hidup lagi bagus, No guna serbuk tu yang pucat sket tu..)
1mangkuk santan pekat
3-4batang serai
1keping asam gelugur
1helai daun kunyit
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA
1) Ikan diperap dengan bahan yang di blend tadi. Perap kira2 10-15minit. Kemudian bakar/panggang. Ikut la nak panggang stail mana. No panggang dalan kuali non-stick je hehe..dalam oven pun boleh. Cara tradisional lagi sedap.
2) Tumis bahan yang diblend tadi bersama santan, serai, asam gelugur dan daun kunyit hingga pekat.
3) Masukkan garam, gula dan serbuk perasa sesedap selera anda.
4) Masukkan ikan dan digaul balik (jangan sampai hancur lak ikan tu ya). Siap.
5) Klo stail tradisional, ikan tu di dalam pemanggang dan di percikkan kuahnya berkali2 macam kita bako sate tu kan..tu baru betul di panggil PERCIK hehe..yg ni GOLEK pun ada..

Abang : Masak apa ni?..(agaknya tengok lain macam kot)
No : Percik..
Abang : Mmmmm sedap, nape tak buat kuah banyak..sedap kuah dia..
No : dah kembang kempes kene puji Kalo kuah banyak jd gulai la plak tp kene tambah lengkuas sket la pla.

Dan sayo pula No buat Sayur Air Bayam je..


BAHAN
1ikat Bayam Merah - asingkan batang dan daun.
Sotong/udang ikut nak buh banyak mana
1labu bawang besar - di hiris bulat/mayang
3ulas bawang putih - diketuk
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya.

CARA
1) Tumis bawang besar dan putih hinggan naik bau, masukkan air bersama batang bayam.
2) Bila dah gelegak masukkan sotong dan daun bayam serta garam dan serbuk perasa.
3) Kira2 sotong dah empuk (jangan lama sangat) dalam 3-4minit SIAP.

Kemudian No goreng Ikan Cencaru je sekor. Cukup la untuk makan kami sekeluarga. ALHAMDULILLAH.


16 ulasan:

ariana's berkata...

No: akak suka sangat kedua-dua resepi yang No paparkan tu..tengahari gini..buat terliur je.., ikan kembung ada tapi x sempatlah nak buat percik hari ni..tggu weekend lah..:)

halila Ibrahim berkata...

emm.. esok bleh try la.. sy dah habis menu dah.. kadang2 tak tau nak masak apa.. dah hari2 masak..

Daddy Ziyyad berkata...

sedap!!!

selalunya saya makan ikan kembong percik ni di kedai kelantan yg jual nasi kerabu tu...mereka ada jual ikan percik, ayam percik

Norhafiza berkata...

=>kakAriana : ye la kan kak..kene spend masa sket sbb tang nak bakonya tu hehe..

=>halila : sama la kita kan, balik2 menu sama hehe..

=>daddyZiyyad : ya kan, mesti ada ikan/ayam percik kat gerai nasi kerabu..dah jd salah satu aksesori tu..

.:rizaL:. berkata...

1st time dgr ikan kembung percik

suri solehah berkata...

salam no..sedapnya ikan kembung percik..kegemaran akak tu..mak akak kan no,kalau jumpa kembung besar dia kata mesti ingat akak sbb akak suka buat percik.hehe

Norhafiza berkata...

=>rizal : biasa seblah pantai timur kami selalu buat..

=>kakSuri : salam kak..ya kan kak..asal yang beso je terus terliur nak buat percik..lagi banyak isinya..

sal berkata...

lauk no sangat mengancam..

makanan itu mnjadi kegemaran saya..

tkasih berkongsi resepi..

YATZAKIE berkata...

ya Allah...terliur air liur saya kak...nak buat malas..hehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

siyes..rina x penah dan x pandai masak percik..first time nmpk sayur air bayam taruh sotong..salu taruh ikan bilis je..sotong my feberet..

niesz berkata...

sedap nye kak, dah lame niesz xmkn ayam percik ni, kalau ade pun, beli je kat pasar, kena cube ni, kot2 menjadi ke kan..

Cikgu Den berkata...

salam.
tiba2 pulak teringatkan ikan celup tepung.huuu bestnya...

Norhafiza berkata...

=>kakSal : hehe yeke kak..sama2 kak..

=>yatZakie : hehehe..sabo je la..

=>rina : uih, boleh cuba ni rina..No pun 1st time gak ni..

sebenarnya boleh nak taruk pe2 pun rina, ikut tekak kite hehehe..

=>niesz : tula, try la buat skali mn tau menjadi kan dan kene selera plak tu..

=>cikguDen : salam..waaaaaa, best tuuu..tp No mmg fail bab tepung huhuhuhu

ainnoraini berkata...

kak ain belum pernah try buat percik lagi ni...
selalu goreng cili jer...sesakali ubah selera ape salahnye kan...nnt boleh try ni..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

no, masak campak-campak tu yang sodap.dapat sambal belacan tu sedap no. akak suka rebus sayur cam tu, selera nak makan

Norhafiza berkata...

=>kakAinNoraini : oo, boleh try ni kak..mn tau kene selera akak kan hehe..

=>kakIna : hahaha, ye la kan kak..betul tu ada sambal lgi power tu..best2..