Rakan Maya

Kenali No

Foto Saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 14 Mac 2011

Ladang Tenusu, Mesilau, Kundasang Sabah.

Cuti sekolah dan bermula kan minggu ni tapi No tak pergi mana2..just lepak dan pusing2 pulau Labuan je. Bajet telah disimpan untuk Mei nanti hehe. Mesti anda semua pun dah pilih tarikh kat mana nak bawa anak bercuti kan?

Kali ni No nak kongsi tempat yang No pernah pergi masa melawat Sabah pada cuti pertengahan tahun lepas - Jun 2010. Best sangat tempatnya, sejuuuuk! Memang tak puas pergi sana. Nak masuk kene bayar tapi No dah lupa berapa cuma No ingat rm10 untuk 4branak. Yang kecik 2orang tu tak kene sebab under age lagi. Ye la, tukang sponser yang hulur duitnya..kita pandai order je hehe..

Kalau No dari Labuan kene naik feri Labuan-Menumbuk kira2 1jam setengah sampai la di Menumbuk, Sabah. Kemudian No kene drive naik ke Bandar Kota Kinabalu (KK) lebih kurang 2jam setengah perjalanan. Dari KK ke Kundasang boleh melangkau 1jam setengah juga. Dan Kebisaanyanya perjalanan kami feri jam 7.30pagi, akan sampai di Kundasang, Sabah kira jam 5-6petang. Maklumla ada anak2 ni kene berenti sana stop sini kan..


Lembu beratur tunggu nak kene perah susu..lembu pun pandai beratur..




Susu segar terus di kotakkan dan dijual kepada pengguna..seingat No ada 2perasa iaitu asli dan coklat. Coklat la yang No suka..



Iklan susu jap hehe..


 Perjalanan No dari Labuan..

klo tak nampak klik la ye kasi beso hehe..
Walaupun perjalanan amat panjang tapi keseronokan yang kami dapat memang berbaloi. Terdapat lagi beberapa tempat yang menarik di sekitar Kundasang. Malah anda boleh terus ke Ranau untuk menikmati lebih banyak tempat2 yang menarik. Ada masa No akan kongsi bersama2 ya..

7 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

rina lum penah g sabah..kalau rina bercuti ke sana..no jadi pemandu pelancong boleh?? hehe..

ayushida berkata...

Waaahhhh.... bestnya dpt susu segar...terbaik dari ladang tuuuu....

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

No bestnya suasana kat sana.mententeramkan jiwa.tengok awan kat belakang tu. Rasa tempat cam ni suka sangat akak nak lawati.

mzhany berkata...

no besh nyer...

tang lembu pun tahu beratur tu hany stuju...;)

shah-kayrul berkata...

bestnyer tengok view kat situ..rasa macam kat new zealand plak..

Norhafiza berkata...

=>rina : hehe, No p sana 1x setahun je rina..tp klo rina datang Labuan anytime slagi No duk Labuan, leh No bw p round ya hehe..

=>ayushida : ye betul tu..terbaiiiik..

=>kakIna : betul kakIna..Abang suka p sana (Kundasang) sbb suasana dia mmg nyaman, sejuk..abis segala masalah..

=>hany : hahahaha..betul2..

=>shah-kayrul : ye, lebig kurang macam tu la..kalo semenanjung kat cameron or genting kan tp fulus pun kene best gak kan hehe..

FARISZ@AZ.Com berkata...

tempat yang bagus untuk bercuti sambil belajar