Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 11 Mac 2011

PAPSMEAR

ASSALAM semua..harap semua baik2 je ye..mana yang tak sihat tu makan la ubat ye kang melarat susah pula jadinya. No pun dah makan ubat hari ni. TERIMA KASIH kerana turut mendoakan kesihatan No semalam. InsyALLAH No sedang tabah dan sabar menghadapinya dan semoga mudah2an doktor tu tersilap suspek hehe..sakit lain tu sebenonye kot..(eh main kot2 la pla)..

Pagi tadi ingat nak wat papsmear tapi silap haribulan pula. Klinik desa kawasan No buat setiap hari Selasa sebelah petang jadi, minggu depan la ye. Last skali tahun 2009 No buat dan sepatutnya tahun 2010 kene buat tapi entah camne No lupa..nurse pla tak bagitau time injek tu. Tahun 2009 alhamdulillah semua keputusan negatif maknanya semua dalam keadaan normal tapi tahun 2010 tak tahu la sebab tak buat.

Bagi semua wanita jangan malu2 buat ujian ni, bagus untuk kita mengetahui keadaan serviks kita sihat ke tak. Nah jadi macam No ni baru la nak buat itu ini..kang sapa yang susah?.diri sendiri gak kan? hehe. Macam No ni skang amik perancang jadi sepatutnya tiap tahun selama 2@3tahun (lupa dah) kene amik ujian..bila semua result normal baru la selang 3tahun kita kena buat.

Sakit? ala, takde sakit pun. Ada rasa la sket tak selesa tu masa nurse amik sample tapi kita releks je insyALLAH. Setakat ni No dah buat kira2 3x kalu tak silap. Mula2 sekali masa bersalin Husna 11tahun lalu.

Bagi ibu2 yang berumur diantara 20 - 65 tahun dan aktif dalam hubungan seksual,  anda semua kena luangkan masa sket tau. No rasa tak rugi kita buat. Yelah, kita nampak je sihat di luar tapi di dalam kita tak tau macam mana. Kadang2 kita ada keputihan tapi kita wat tak tahu je sebab kita ingat tu biasa je kan. Pakai pencuci tu la ini la.

Luang kan masa anda untuk mencari info lam tenet ni ya..tanya pakcik google tu banyak dia tahu..jangan malu2 hehe. Kalo rasa tak puas ati luangkan masa untuk bertanya dengan doktor/nurse anda.


5 ulasan:

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

No, jangan tak percaya, makcik tak pernah buat test ni lagi, takut , dan tak suka kot. cam seram je, .Pencuci guna daun sireh yang diramas ngan air suam, lagi elok No.cunalah.sesekali buat tangas pakai periuk tanah.campur daun sireh bunga cengkih, halia, serai , .Insyaalah mujarab.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

serius No..rina x penah buat papsmear tuh..sbb takott..dan mcm malas sbb malulah..cukuplah ms beranak doktor lelaki dh tgk..

sal berkata...

waduh..waduh..
dah lama tak buat ujian tuh..
terfikir2 juga bila nak buat lagi..

ainnoraini berkata...

kak ain baru jer lepas mendobi...cuaca ok jer hari ni...baru nak BW jengok kawan2...

alamak...kak ain dah lame tak buat papsmear ni...nak buat jugak ni...

betul tu no benda ni tak boleh malu2kan..dokter yg kak ain selalu jumpe tu pun ckp mcm tu...

Norhafiza berkata...

=>kakIna : uih, ye ke kak.. No tiap kali dorang suh wat kebetulan tak peod kene la wat kakIna hehe..a a la, No sll guna air rebusan sirih ngan garam time lepas brsalin, bagus tu, skejap je baik sakit kesan jahitan..

=>Rina : mula2 malu gak Rina tapi dah biasa dan terpaksa, tebal je la muka..lagipun dorang tak tengok sangat Rina..tutup ngan kain..siap minta maaf lagi tu..

=>kakSal : tu la kak, ada baiknya kita buat tu..

=>kakAin : ye btul tu kak..lagipun yg buat sume nurse pompuan, klo yg lelaki mmg takde nye hehe..