Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 28 Mac 2011

SET Nasi Minyak

NASI MINYAK
BAHAN
Beras-bersihkan dan tos
Mentega/marjerin
1labu Bawang Besar*
3ulas Bawang Putih*
1inci Halia*
(*ikut la nak hiris/lumat)
1batang Kulit Kayu Manis**
1-2kuntum Bunga Lawang**
2biji Buah Pelaga**
4tangkai Cengkih**
Daun pandan disimpul. 
1gelas susu sejat/manis (No bansuh susu tepung je)
Garam hujung sudu.
Air secukupnya.

CARA
~ Tumis dengan bahan * bersama mentega/marjerin hingga naik bau kemudian masukkan bahan **.
~Masukkan bancuhan susu dan simpulan daun pandan serta sedikit garam.
~Masukkan beras dan air ikut sukatan anda. Klo No 8pot nasi, air tu No taruk hingga ke no8. Ikut beras masing2 ye. No guna beras nasional je tu.
~Mesrakan bahan2 dan tutup.

GULAI DAGING
BAHAN
1kg Daging
1biji kelapa asingkan santan pekat dan santan cair.
4sudu besar rempah*
(No guna rempah kari ADABI sebab sini susah nk dapatkan rempah gulai)
1labu bawang besar*-blend
3-4ulas bawang putih*-blend
1inci halia*-blend
Beberapa hirisan lengkuas*-blend
Kerisik*
1keping asam gelugur
garam dan gula

CARA
~Perap daging bersama bahan * kira2 15minit. (Sebelum uruskan beras tu boleh buat ini dlu).
~Masukkan daging kedalam kuali/periuk dan masak dengan api yang paling kecil sekali. Masukkan asam gelugur dan 1cawan santan cair supaya tidak terlalu kering. Bila gelegak masukkan santan cair selebihnya. Masak hingga empuk. (Orang terengganu cakap "MATI AIR')
~Bila dah empuk baru masukkan santan pekat, garam dan gula. Dan biarkan hingga santan masak.

 ACAR TIMUN MENTAH
BAHAN
Lobak Merah
Timun Batang
Kubis
Cili Merah/Hijau
Bawang besar
Cuka dan gula
(nak + nanas pun sedap)

CARA
Hiris semua bahan.
Bancuh cuka dan gula kemudian tuang kedalam bahan hirisan tadi dan gaul mesra.

SAMBAL BELACAN 
BAHAN
Belacan besar ibu jari tangan*-sangai atas api sekejap
1ulas bawang putih*-sangai atas api sekejap
Beberapa tangkai cili*
Garam dan gula secukup rasa*
Bawang merah/besar di dadu
1biji Tomato di dadu.
2-3biji limau kasturi

CARA
Tumbuk bahan * kemudian masukkan bahan dadu sambil dipenyek sedikit. Perah jus limau kasturi.

INFO
Selain lauk gulai, amat sesuai jika di tambah dengan ayam masak merah.
Selain Acar Mentah No selalu juga buat acar Nenas (org TERENGGANU sll masak resepi ni)

BAHAN
Cili Kering-di blend
Asam jawa (buat jus)
Gula melaka/manisan
Nenas

CARA
Masak cili kering bersama air asam jawa dan gula melaka. Boleh ditambah gula sedikit jika ingin manis.
Masak hingga mendidih dan biarkan sejuk.
Nanas dipotong kecik2. Kemudian dituangkan kuah yang dah sejuk tadi dan hidangkan.

INFO TAMABHAN
Cara ini adalah sama juga sekiranya anda ingin membuat JERUK PEDAS MANGGA/MEMPELAM/PAUH PUTIK.
Cuma anda perlu hiris dan rendam semalamam bersama air kapur. Kemudian basuh dan toskan dan masukkan kuah tadi.

4 ulasan:

rATu kEBaYA berkata...

no.. setiap pic ada resepi ye.. betul2 menarik ni

mzhany berkata...

no, sgt sedappp uuu terliur sgt...ooooo

Norhafiza berkata...

=>ratuKebaya : hahaha dah alang buatkan..terima kasih kak..

=>hany : hehehehe...terima kasih hany..

tiefazatie berkata...

wah..best la sis..ada resepi sekali nie..hee