Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 17 Mac 2011

TUKANG Urut Misteri


Dlu sekitar tahun 2005, No nak mengandung lagi tapi sebelum tu No nak pastikan peranakan No sihat ye la dah berehat hampir 5tahun kan. Jadi dengan bantuan kawan(siA) No berjumpalah dengan seorang makcik tukang urut. Yang kebetulan membawa sekali kawannya (siB) yang mengalami masalah rumahtangga.

Rupanya makcik tu bukan stakat boleh mengurut malah 'mandrem' pun layan asalkan berbayar. Yang No tau siB ni mulanya suruh makcik tu menyiasat kenapa suami dia jarang balik rumah selama ni blablabla.. Astaghfirullahal'azim..

Sampai giliran No, No minta dia urut kepala(migrain) dan peranakan. Mula2 time dia urut kepala tu No rasa badan No naik 'jenggi' (berbintil)..meremang satu badan. Apa tak nya, anda bayangkan kepala anda bagai dicakar2. Pedih terasa di seluruh kulit kepala.

"Jangan takut bha, 'dia' nda kacau urang bha. 'dia' ada sinik tapi kau nda nampak 'dia' bha. 'dia' islam, namanya Syarifah bha."..
"Tadi kau mau sampai aku sudah tau bha. 'dia' suruh aku cepat2 balik. Tadi aku pergi seberang sana bha." 

Terang makcik tu. Bila siap No tengok kuku dia cam kita juga. Takde pula kukunya melepasi isi jari tangan. Kemudian dia suh No baring sebab nak rasa peranakan. Keadaan No baring sambil mengangkat lutut, tapak kaki tetap di lantai (macam nak bersalin tu). Tukang urut tu duk di celah kangkang tu sambil menekan untuk menaikkan peranakan..YA ALLAH, No rasa macam kayu dicucuk ke peranakan No..sakit yang amat. Muka dah lain macam dek kesakitan.

Selesai tu dia offer No suh beli bedak kompak. Khasiatnya untuk naik seri wajah dan supaya suami kita sentiasa sayang dan pandang kita selalu. Katanya ramai GRO bawa bedak kompak sendiri suh dia 'jampi2'. ASTGHFIRULLAHAL'AZIM..nasib baik la No jenis tak pk pendek. No tolak cara baik.

Namun No mmg takde rezeki lagi. Bulan seterusnya No jumpa makcikB tukang urut lain. Bila No cerita pasal 'makcik' tadi senyum simpul makcikB ni. Tapi yang bagusnya dia takde pula cerita yang bukan2 cuma dia pesan lain kali jangan pergi sana lagi.

"Kau dah tau kan jadi kau paham2 saja la bha"..

Dengan makcikB ni kita rasa selesa macam kita mengurut dengan yang kebanyakan. Takde la nak tahan2 sakit dan alhamdulillah ..ALLAH SWT memberikan No rezeki..No berjaya mengandungkan Farihin bulan berikutnya dan Fadhlan tahun berikutnya.

Anda pernah tak alamai situasi yang sama?..Ngerikan bila diingat2 semula..Dan no pun tak p sana lagi dah..

7 ulasan:

en_me berkata...

ngerinyerrr.. uhuhu

Nora berkata...

Tak pernah kena, sebab Nora berurut dengan mak bidan dekat ngan umah... memang kenal sangat mak Haji tu... baik orangnya. Kalau kena, mau meremang gak bulu roma :)

Daddy Ziyyad berkata...

lain kali makan acid folic, rancang kalendar subur, dan doa kepada Allah setiap hari. Tak payah urut tu semua. ~hehe

Norhafiza berkata...

=>en_me : hehehe

=>Nora : No dah kene br beringat skang..

=>daddyZiyyad : hehe kebiasaan pla DD, nak peknen ke mesti p ngurut2..macam dah jd amalan pula..

♥ Che NamNam ♥ berkata...

haiyooo ngerinyerrr..beraninyer No..ish ishh naik plak bulu roma sy bacer nehh tuh belum hadapi sendirik lagi baru bacer citer org..hahaha penakut kann..

rATu kEBaYA berkata...

herm... takut jugakkan.. macam2 kan.. sy kalau berubat org tu byk cakap kalau suruh dtg lagi.. mmg tak pergilah..

SYANI berkata...

Memang mengerikan... setakat ni tak pernah le lagi jumpa tukang urut cenggitu.